PKR SELANGOR SUDAH BERGADUH?

Rabu, 25 Jun 2008

Dengan tiba-tiba, suasana aman di dalam Pakatan Rakyat negeri Selangor, tiba-tiba berkocak. Bukannya berkocak antara parti, tetapi berkocak sesama sendiri di dalam hanya satu parti, parti yang terbanyak kerusinya di dalam PR Selangor.

Mengapa terjadi begitu, hanya Allah sahaja yang tahu. Jika seseorang menyebut ianya berpunca hanya kerana Yahya Sahri, mungkin zalim kita menuduhnya, jika ia berpunca dari MB Selangor, mungkin lebih zalim kita menuduh Tan Sri yang ana kenal semasa belia, semasa ana masih ahli kariah masjid Saidina Omar Al-Khattab.

Oleh itu, ana bawakan disini satu cebisan akal ana yang telah ana berikan kepada blog kak Nora (http://nnora75reform.blogspot.com/) , reformis tulen agar ahli PKR berfikir bersama;

Perjuangan adalah satu cara hidup yang akan dibawa sehingga mati. Bermaksud, perjuangan tidak akan selesai sehingga kita mati.Kemenangan bukanlah satu titik noktah penghabisan perjuangan, malah kemenangan adalah satu permulaan satu perjuangan.

Rakan utama perjuangan adalah istiqomah dan musuh utama perjuangan adalah kekecewaan.Maka oleh itu wahai rakan-rakan reformis, janganlah anda semua berhenti berjuang dan jangan anda semua dibuai perasaan kecewa, teruskanlah perjuangan anda bersama-sama kami dari jemaah Islam PAS.

Biarkanlah rakan-rakan anda yg tidak buat apa-apa dapat habuan tidak setimpal kerjaan mereka, kerana kami dari zaman Anwar menzalimi kami, sehingga Anwar bersama kami, kami tidak dapat apa-apa pun selain mengharap pahala dari Allah SWT.

4 comments:

roh_insan berkata...

Tuan,kenape nak mengejar pahala,bukan kah kita mencari redha ALLAH,n bukan kah dgn redha NYA itu akan menjamin syurga kpd SEKELIAN hamba2 NYA.

Tanggung jawap kita sebagai hamba adalah untuk mengesakan NYA dan tdk menyekutukan pada tiap sesuatu.Bkn kah lebih sempurna andai kita melakukn sesuatu semata mata utk mencari KEREDHAAN dari NYA,tetapi andai setiap yang kita lakukn utk mencari pahala bukan kah kita telah MENYEKUTUKN ALLAH itu dgn pahala.

Adakah sesuai utk kita mencari pahala pada setiap kali
kita melaku kan solat?.

Salam Tuan.

mazwandi berkata...

Mungkin ana tersilap taip mengejar pahala. Sepatutnya mendapat redha Allah. Lebih enak kita membaca.

Tetapi syeikh, janganlah pula kita sebut mereka yg beribadat itu untuk mengejar pahala adalah syirik kepada Allah. Salah tu syeikh. Salah tu. Harap betulkan.

Tanya para ustaz, para ilmuan Islam (ulama), adakah manusia kategori yg baru mengenal iman, melakukan ibadat kerana hendakkan pahala adalah dilarang oleh Allah?

Ps- ana rasa, ana masih ada perasaan hendakkan pahala semasa solat, kerana ana ni masih anggap ana masih tidak layak utk ke syurga, takutnya ana....

roh_insan berkata...

" Jika sekiranya kamu berharap utk bertemu tuhan mu,hendaklah kamu beramal dgn amalan yang soleh,jangan di sekutukan Aku dengan satu apa jua pun didalam ibadah mu " al-khaffi ayat 110.

Bukan kah kita telah menyengutukan Allah dgn pahala pada setiap kali kita melaku kan apa jua ibadah dgn berhajat kn balasan pahala.

Bertanya Abu Dzar ra kpd Rasallullah SAW. " apakah perkara yang baik dan apakah perkara yang buruk disisi Allah.Maka jawap Rasullullah SAW.Barang siapa yang mati nya tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu pasti akan masuk syurga,dan siapa yang mati nya didalam keadaan menyengutukan Allah dengan sesuatu pasti ia akan masuk neraka ".hadis riwayat muslim.

mazwandi berkata...

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” Ali Imran 145

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut