BARU TERASA BETAPA WAJIBNYA HUDUD.

Jumaat, 4 Julai 2008

Walaupun sibuk dengan bekerja, namun jari-jemari ana terasa sungguh gatal untuk menekan keyboard bagi menulis artikel ini. Ana rasa perlu dan penuh tanggungjawab ana sebagai seorang Islam dan pendokong kepada perjuangan menegakkan syariah Allah dibumi Malaysia untuk menulis apa yang ana hendak tulis.

Semenjak dua menjak ini, sibuk manusia-manusia seantorio Malaysia telinganya dihidangkan dengan kes tuduh-menuduh liwat-meliwat. Ada yang kata fitnah, ada yang kata betul dan ada yang buat tak tau tak mahu ambil tahu.

Kemudian wujud pula pertuduhan zina dari seorang manusia dari akuan bersumpahnya walaupun bukan secara langsung pertuduhan, tetapi secara tidak langsung akuan itu mengatakan TPM kita berzina dengan manusia yang sungguh dikenali seluruh Malaysia. Ada manusia yang percaya, ada yang tidak dan ada yang tidak tahu buat-buat tak tahu.

Seluruh kedai kopi, kedai mamak dan kedai tom yam, mereka-mereka yang makan-makan dan minum-minum akan bercakap-cakap dan tuduh-menuduh orang ini meliwatlah, orang ini berzinalah, orang ini gila seks dan berbagai-bagai lagi tohmahan yang tidak elok.

Soalannya disini ialah, bolehkah kita sebagai rakyat marhaen dengan selamba rocknya mengatakan TPM kita telah berzina sama itu Mongolia? Jawapannya tidak boleh dan dilarang sama sekali. Pertuduhan yang kita hendak tuduh ini, samada pertuduhan liwat kepada Anwar dan pertuduhan zina kepada Najib, adalah pertuduhan undang-undang hudud. Ianya adalah undang-undang yang telah 'digazetkan' oleh Allah kepada kita untuk dilaksanakan bukannya digazetkan oleh Parlimen dan Perlembagaan.

Pertuduhan zina kepada mereka ini, hukumannya jika didapati bersalah adalah hukuman mati. Rejam sehingga mati. Berzina ketika sudah beristeri. Sesiapa pula yang menuduh mereka ini berzina dan tidak mencukupi pula bukti-bukti yang telah dinyatakan oleh Al-Quran bukti-bukti yang perlu dibuktikan, maka hukuman sebat perlu dikenakan kepada mereka dan persaksian mereka akan diharamkan.

Oleh itu, wahai sekelian manusia di bumi Malaysia ini, agar menjaga mulut kerana menuduh orang berzina (@liwat), jika ianya fitnah, maka berdosa yang amat besar akan ditanggung oleh kita. Jika berborak, bercakap atau berdiskusi dengan sesiapa tentang perkara ini, maka dinasihatkan, tolong lencongkan kepada perkara yang lain. Jangan hendak memandai-mandai mengatakan orang ini berzina dengan si fulan atau orang itu meliwat dengan sifulan. Tolong jangan buat dosa. Tolonglah,....

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut