SEDANGKAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB PUN MASUK ISLAM.

Jumaat, 18 Julai 2008

Semasa zaman Rasulullah SAW berdakwah di Mekah, nama Omar Al-Khattab adalah nama yang paling dibenci dan digeruni oleh sahabat-sahabat nabi dan insan-insan yang telah menerima Islam sebagai Ad-Deen sebelum saidina Omar menerima Islam.

Rasulullah sungguh mengharapkan, setiap kali doa Rasulullah kepada Allah SWT, agar salah satu Omar daripada dua Omar menerima Islam sebagai agamanya. Yang dimaksudkan dua Omar itu adalah saidina Omar sendiri dan Abu Jahal, dua orang penentang dan musuh utama Islam semasa zaman permulaan dakwah Rasulullah SAW.

Dengan izin Allah, maka hidayah milik mutlak Allah telah diberikan kepada saidina Omar Al-Khattab, sehinggakan Rasulullah SAW sendiri tidak menyangka saidina Omar yang dahulunya memang cukup anti dengan Islam, berhati batu dengan kezaliman, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Maka setelah itu, kaum kafir Quraish telah menampakkan sedikit kegerunan untuk menyeksa umat Islam Mekah.

Cuba kita bayangkan, sekarang, presiden Amerika George W. Bush Junior, yang sememangnya anti Islam dan sungguh bermusuh dengan agama Allah ini, tiba-tiba, datang kepada Yusof Qordawi, dan memeluk Islam sambil dibuat siaran langsung seluruh dunia, begitulah rasanya mungkin, umat Islam di Mekah ketika Saidina Omar memeluk Islam, rasa seperti tidak percaya. Tetapi, ini semua kerja Allah SWT, hidayah adalah hak mutlak Allah, kita sebagai umat Islam, hanya wajib untuk berdakwah dan berdakwah selagi mampu.

Mutakhir ini, riuh rendah jugalah komentar-komentar manusia mengenai perkara-perkara berkenaan dakwah ini, terutama cerita berkenaan dengan politik negara Malaysia. Terdapat satu jemaah Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia ingin bermuzakarah atau berbincang bahasa mudahnya dengan sebuah parti neo-sekular yang berlandaskan Kebangsaan atau Assabiyah iaitu dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu, Pekembar atau telah di Inggeriskan dengan nama singkatan UMNO.

Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada yang buat tidak tahu sahaja. Ada yang tidak bersetuju dengan mengutuk-ngutuk jemaah PAS dan ada yang tidak bersetuju dengan cara nasihat menasihati. Ada juga yang melenting dan ada juga yang masih di dalam keadaan sedar apabila mengkritik. Biasalah, apabila ada satu isu yang besar, maka kritikan yang diterima juga adalah besar.

Bagi ana, secara peribadi, bukan melibatkan Pemuda Cawangan dan PAS Cawangan, pada mula isu ini, iaitu 1-2 bulan selepas pilihanraya, ana juga melenting kerana tahap kebencian ana kepada parti UMNO adalah terlalu tinggi. Kebencian kepada UMNO adalah kerana sifatnya yang musuh Islam dan menipu bulat-bulat umat Melayu dengan Islam celup yang selalu diputar alamkan oleh UMNO yang sungguh munafik.

Tetapi, setelah mendengar penjelasan dari pimpinan dan ustaz-ustaz tentang kewajiban berdakwah ini, barulah ana terperasan, bahawa ana telah tersilap langkah, iaitu walau seteruk mana sekalipun tahap kebencian seseorang itu terhadap Islam, kita sebagai jemaah Islam yang tugas utamanya adalah berdakwah, masih wajib untuk berdakwah kepada mereka yang memang jelas memusuhi Islam. Maka apa kurangnya UMNO, kerana bukan semua ahli UMNO yang jelas-jelas memerangi Islam seperti Rais Yatim dan Najib, kerana mereka terang-terangan mengatakan tidak kepada negara Islam, seperti juga kepada kepimpinan MCA, MIC, Gerakan dan DAP, tetapi kepimpinan yang lain, yang masih mempergunakan Islam 'hadhari'nya untuk kepentingan diri sendiri, boleh di bawa berdakwah agar hidayah cahaya Islam terpancar kepada hati mereka yang telah sedikit ke arah mati.

Mungkin juga Najib dan Rais Yatim juga akan bertaubat dan menerima Islam sebagai perjuangan. Kita mana tahu, hidayah adalah milik mutlak Allah, kerja kita hanya berdakwah kepada mereka tentang Islam.

Perlu diingat juga, muzakarah ini bukannya bermaksud, PAS dan UMNO akan bersatu, tidak sama sekali. PAS dan UMNO tidak akan bersatu selama-lamanya kerana selagi UMNO itu sebagai parti politik masih berpegang kepada semangat kebangsaan Melayunya, selagi itulah ianya adalah parti yang bukan berpegang kepada Islam. Memperjuangkan Assabiyah tetap haram sehingga kiamat.

Apa yang boleh dibincangkan ialah ahli UMNO bertaubat dan bersama-sama dengan jemaah PAS memperjuangkan Islam dibumi Malaysia ini dan juga memperjuangkan kembali kewujudan Khalifah Islam di muka bumi ini. Ini yang ana harapkan. InsyaAllah.

2 comments:

Saifudin berkata...

Salam.

Tq. tapi bagi ana, jika DAP juga dikatakan degil, adakah UMNO tidak? UMNO didakwa Islam, tetapi apa yang mereka telah lakukan kepada Islam? hancur!!!

UMNO yang mengakibatkan tragedi memali. DAP pernah ada bunuh orang PAS tak ek?

Bagi ana, cara yang terbaik untuk mendidik UMNO ialah dengan menghilangkan kuasanya. Itu yang terbaik.

Mengenai negeri selangor, ana x pasti. tetapi setakat mana musyawwarah yang telah dilakukan?

Di perak, ana harap anta leh rujuk blog ust ahmad awang. Mungkin dia lebih arif dengan suasana pakatan rakyat disana.

TQ.

Saifudin Ibrahim
019-9981661

Saifudin berkata...

Salam.

TQ. tapi kalu diselangor, ana baca juga tulisan Yb iskandar dalam blog dia. menarik gak.

Tq.

Salam perkenalan

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut