HENTIKAN FITNAH TERHADAP TUAN GURU PRESIDEN PAS.

Rabu, 13 Ogos 2008

Sekarang ini, terlalu ramai insan di alam maya yang suka dan beria-ia untuk menghentam semborono dan mengecil-ngecilkan apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden jemaah Parti Islam SeMalaysia, PAS. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden seperti dibakul sampahkan oleh mereka-mereka ini yang seperti beria-ia benar melihat Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijatuhkan daripada tampuk presiden jemaah Islam.

Ada juga yang beria-ia sungguh dengan anggapan-anggapan negatif terhadap Tuan Guru seperti Tuan Gurulah orang yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS yang dengki dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PAS Cawangan Rasa berasa sungguh kecewa dan terkilan dengan mereka-mereka ini yang sebenarnya tidak mengenali tuan guru dan hanya mendengar dari mulut-mulut orang tentang kononnya Tuan Guru begitu kemaruk mahu bersama dengan UMNO. Sungguh jahat anggapan mereka. Mereka seperti kacang lupakan kulit kerana Tuan Gurulah orang yang menyokong penuh kewujudan Pakatan Rakyat ini.

Mereka-mereka selalu menyatakan bahawa pihak risikan UMNO telah berjaya memecah-belahkan PAS dan Pakatan rakyat dengan isu ini, tetapi mereka lupa, sebenarnya merekalah yang menjadi batu api untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah kepada Presiden PAS.

Diharap, walau apa yang terjadi, akhirnya Islam juga yang menang di bumi Malaysia ini kerana jika yang menangnya bukan Islam, sia-sialah kepada semua manusia kerana sekali lagi ditipu daya oleh iblis dan syaitan yang tugasnya adalah memang untuk menipu daya manusia.

1 comments:

al-chechen berkata...

Tuan Guru Hj Hadi telah mengeluarkan kenyataan terbuka disaat saat PRK P. Pauh. Sebagai presiden sebuah parti yang besar kenapa Tuan Guru tidak boleh bersemuka dengan Anwar sendiri minta penjelasan dan sebagainya.

Lagi sekali...kenapa perlu buat kenyataan terbuka. Tangan yang mencincang maka bahu itu juga mesti sanggup memikul.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut