KES IMAM OTHMAN RAYU SOKONG UMNO- SIAPA BOHONG? IMAM ATAU SINAR?

Jumaat, 17 Oktober 2008

Perkara ini telah diheboh-hebohkan pada minggu lepas. Namun ana sebagai penggerak tunggal blog pemuda Rasa tidak mahu berita ini disensasikan. Namun oleh kerana terdapat satu komen daripada pelawat blog ini yang mencadangkan agar memberi informasi-informasi terkini di kawasan Rasa, Hulu Selangor ini, maka eloklah seluruh warga manusia yang 'ter'blog ke blog pemuda Islam Rasa ini mendapat informasi terkini lagi sensasi.

Peristiwa dimana seorang imam dari masjid Rasa Al-Kholidiah, iaitu imam 1 masjid Rasa, Ustaz Othman Jantan, telah membuat kenyataan di dalam surat khabar Sinar Harian, versi Selangor, bahawa beliau, iaitu imam Othman, telah merayu dan berkempen agar menyokong Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dan menyokong juga Dato Seri Abdullah Ahmad sebagai Perdana Menteri Malaysia secara terang dan nyata.

Beliau berkata begitu setelah ADUN Batang Kali dari pembangkang (UMNO), Mohd Isa Kasim telah memberi sumbangan perubatan kepada isterinya yang sakit. 'Statement' itu juga seperti telah dinyatakan semasa ADUN Batang Kali dan wartawan dari Sinar Harian berada di dalam rumahnya.

Maka, oleh kerana kata sepakat diantara PAS-UMNO di Rasa agar imam masjid perlulah berkecuali, maka, Ketua PAS Cawangan Rasa, Haji Sahyar telah pergi berjumpa dengan imam Othman sendiri untuk memastikan bahawa adakah betul ungkapan itu diungkap dari mulut tok imam sendiri. Jawapan dari imam Othman ialah dia tidak pernah mengatakan yang demikian.

Maka pihak PAS telah menghubungi wartawan Sinar Harian Selangor untuk daerah Hulu Selangor, dan wartawan itu telah menyatakan memang itulah yang diungkapkan oleh imam Othman dan beliau ada bukti.

Kami, dari pihak Pemuda PAS Cawangan agak keliru dengan peristiwa ini. Kepada siapa kami hendak percaya. Kerana, wartawan Sinar itu, kami dapati, selalu mengeluarkan berita yang berat sebelah yang selalu mengfokuskan kepada berita-berita dari parti politik pembangkang iaitu UMNO. Dalam masa seminggu, 95% adalah dari berita pihak pembangkang UMNO, jarang sekali dari pihak pemerintah Pakatan Rakyat.

Dan kami juga mendapat informasi, bahawa wartawan dari Sinar Harian itu telah dibeli oleh ADUN pembangkang Batang Kali (UMNO) untuk sentiasa mengikut beliau di mana-mana ADUN itu melakukan kerja 'kempen' politiknya.

Oleh kerana itu, Ketua Cawangan PAS Rasa telah mencadangkan agar imam Othman dan wartawan itu bersemuka bersama-sama kami agar perkara ini dapat diselesaikan dan tidak akan menjatuhkan air muka imam 1 masjid kami, iaitu Ustaz Othman Jantan. Selagi perkara ini tidak selesai, PAS Rasa akan berkempen untuk memboikot surat khabar Sinar Harian di seluruh Hulu Selangor.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang bagus moga, byk cerita dr RASA dan hulu selangor dalam blog tuan......

Tanpa Nama berkata...

memang sepatutnya blog harus wujud untuk memberi maklumat kepada komuniti. Oleh itu blog ini tidak perlu bercerita tentang isu nasional, ini kerana isu nasional biasanya dibincangkan di Harakahdaily.. cukup kiranya pihak tuan buat link sahaja ke Harakahdaily dan blog ini memokuskan aktiviti PAS di kawasan atau cawangan dengan melantik(assign writer) kepada cawangan yang ada dikawasan termasuk cawangan PASTI yang ada di kawasan, agar komuniti di kawasan tuan dapat maklumat terkini aktiviti PAS disini.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut