KEMANA PERGI PARA USTAZ?

Jumaat, 23 Januari 2009

Terkini:

Setelah sehari artikel ini diterbitkan, alhamdulillah, terdapatlah beberapa orang ustaz telah bersama dan telah kembali bersama-sama aktif didalam jemaah walaupun kami yakin mereka tidak pun membaca artikel ini. Kami dari jemaah PAS cawangan Rasa berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya, maka hajat kami agar para ustaz bersama dengan jemaah termakbul.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Cawangan Rasa adalah satu cawangan yang kecil yang hanya mempunyai lebih kurang 60 lebih ahli dan yang aktifnya kurang daripada 20 ahli daripada lebih kurang bertanggungjawab kepada 4000 pengundi bagi 4 Unit Peti Undi (UPU).

Kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat sesuatu program tanpa meminta infa' terlebih dahulu daripada ahli namun apa-apa program yang hendak kami lakukan, walaupun 'adhoc', namun ia tetap berjaya kerana komitmen lebih kurang 20 ahli yang aktif tadi.

Ini tidak menjadi masalah kepada kami sebenarnya, kami tidak mempunyai masalah kurang ahli untuk melaksanakan tugas dakwah kepada penduduk Rasa, kami tiada masalah kewangan untuk menjalankan sesuatu program atau aktiviti, tetapi masalah yang kami hadapi adalah kekurangan USTAZ-USTAZ yang memberanikan diri untuk bersama-sama berjihad di dalam jemaah Islam PAS di Rasa ini.

PAS Cawangan sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu liat untuk bersama-sama dengan jemaah? Adakah mereka terlalu sibuk? Adakah mereka takut? Atau adakah mereka tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS itu sendiri?

Kebanyakan ustaz-ustaz akan mengatakan bahawa alasan mereka untuk tidak bersama-sama dengan jemaah adalah kerana JQOF, kerja dengan kerajaan dan sibuk mengajar. Tiga alasan ini adalah satu alasan yang selalu bermain ditelinga kami apabila kami memohon agar para ustaz-ustaz aktif bersama jemaah.

Sepatutnya, ketika inilah, ketika kerajaan negeri Selangor dan JAIS sedang dipegang oleh jemaah Islam, pada ketika inilah para ustaz mesti WAJIB bersama-sama dengan jemaah secara aktif. Ketika inilah para ustaz mesti turun berjuang dimedan politik sebagai medan dakwah agar akidah umat Melayu Islam berpegang teguh kepada Islam yang syumul, bukan kepada firasat nasionalis.

Pada ketika inilah sepatutnya para ustaz mengemblengkan usaha-usaha dakwah melalui jemaah agar Islam dan kehidupan harian penduduk Rasa disatukan seperti aur dengan tebing. Pada ketika inilah para ustaz perlu berkorban wang dan masa untuk berdakwah kepada umat manusia agar kembali kepada Islam melalui jemaah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Pada ketika inilah, jika PAS cawangan menjemput para ustaz agar memberi ceramah berkenaan Daulah Islamiyah dan keKhalifahan Islam, para ustaz tidak akan memberi seribu alasan untuk menolak jemputan kerana takut dipantau SB.

Pada ketika inilah, sepatutnya, para ustazlah yang memimpin dan membimbing kami di dalam jemaah PAS cawangan Rasa agar menjadi sebuah cawangan yang benar-benar berjalan dilandasan dakwah Islam. Para ustazlah yang sepatutnya menjadi pemimpin kami di dalam PAS Cawangan Rasa ini.

S.U

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam, sblm saya sbg ustaz nak join PAS boleh tak saudara blogger bagi tau apakah kerajaan pakatan selangor beri peruntukan hulu selangor kpd cikgu nasha (PKR Hulu Selangor) ttp tidak kepada PAS Hulu Selangor...kemanakah peruntukan tersebut?

Tanpa Nama berkata...

takkan ada duit baru nak masuk pas kot? Masuk pas bukan sebab duit wei.....

Tanpa Nama berkata...

mmglah masuk pas bkn sbb duit ttp secara profesionalnya kita mesti menyelidik kemanakah dana itu? adakah ianya diseleweng?kalau tak diseleweng bolehkah pihak pkr berikan penyata kewangan secara detail dan telus!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam, tahukah anda setiap JDM telah diberikan dana oleh kerajaan negeri..kita kena faham pihak pakatan bukan diperintah tapi memerintah negeri bukan seperti dahulu.....yang dibimbangi sekarang ialah golongan 'oportunist' yang meresap dalam PKR Hulu Selangor skg...jadi ingatlah jangan kita menghambakan diri untuk golongan sedemikian bersihkan PKR, tolak opportunist dalamnya...pemimpin PKR Hulu Selangor kene diberi tarbiyah sikit...

jdm rasa berkata...

jamil berkata...

Salam, tahukah anda setiap JDM telah diberikan dana oleh kerajaan negeri..

Klu di sebut 'ramai diantara JDM diberi dana'kebarangkalian nye ade berkemungkinan betul,tetapi klu di sebut 'setiap JDM' sememangnya ia tdk tepat,ape pun silalah lampirkan bukti seandainya ade agar kite tdk dianggap sebagai agen penyebar fitnah.

Oppocot??? sye tdk berani komen,nanti ade JDM yang marah,cume tdk dinafikan ade yang "menangguk di air yang keruh" ape pun yang pasti sebilangan besar ahli keadilan adalah terdiri dari kalangan ahli umno,krn Pengasas Keadilan juge 'Bekas TPM n Ahli umno jg'.

bkn saje menghambakan diri kpd golongan oppocot..malah menghambakan diri kpd parti n manusie pun tetap salah.

Tarbiyah??? sgt dialu-alukan,harap Tuan Jamil sendiri yg anjurkan,n sye org pertame yg akan hadir andai di jemput.

Tak semesti nye Tuan Jamil yang berceramah,jd penganjur pun ok.Tp klu mampu silakan.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya minta pihak PAS Rasa boleh menganjur forum untuk ahli atau bukan ahli kepada warga hulu selangor....dan saya sudi menyatakan pandangan dan jemput ustaz-ustaz untuk program tarbiyah sekali ek!!! Jadikan Parti anda aktif sikit.......

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut