PAS TIDAK AKAN GUNA MASJID UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA.

Khamis, 10 September 2009


Ada sesiapa terbaca berita berkenaan ketidakpuasan hati Umno bahagian Sekijang dengan karenah Pemuda Umno Sekijang kerana membuat majlis penyerahan zakat berdekatan dengan program Anwar ibrahim di dewan berdekatan. Jika ada, mari kita lihat, ada kepincangan disebalik program anjuran pemuda Umno itu.

Satu

Mereka menggunakan masjid untuk program parti Umno. Program itu adalah program dimana parti Umno melalui pemuda Umno Sekijang menyerah duit zakat kepada orang fakir miskin, di dalam masjid.

Mereka kata jangan mempolitikkan masjid. Masjid adalah satu kawasan neutral kononnya. Cuba lihat apa Umno tuduh PAS di Selangor, mereka mengatakan PAS menggunakan masjid untuk kepentingan politik PAS, dan mereka mengadu kepada Sultan. Padahal mereka yang lebih!

Kedua

Program memberi zakat itu adalah menggunakan duit zakat dari pejabat agama (daerah Segamat). Bermaksud, duit zakat yang diberi oleh mereka kepada fakir miskin adalah bukan milik Umno, tetapi memang duit penerima zakat itu daripada rakyat Johor yang membayar zakat.

Sudahlah menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka, duit zakat itu pun bukan duit dari kocek mereka.

Maka oleh itu, jika PAS Cawangan Rasa akan menggunakan masjid untuk menyerahkan duit zakat kepada fakir miskin di Rasa, maka apa agaknya akan dibuat oleh Umno cawangan? Adakah mereka akan melenting?

Jika mereka melenting, apa kuasa mereka ada kerana mereka hanya pembangkang di Selangor, padahal pemegang EXCO hal-ehwal agama Islam dipegang oleh PAS. Adakah PAS cawangan Rasa akan terus sahaja membuat program di masjid untuk kepentingan politik PAS seperti mana Umno telah buat semenjak merdeka lagi.

Jawapannya TIDAK. PAS akan hanya menggunakan premis kerajaan negeri kerana PAS sekarang adalah pemerintah bersama dengan PR, ataupun PAS akan menggunakan markas kami sendiri dan juga rumah ahli-ahli PAS untuk membuat program sedemikan rupa. Kami dari jemaah PAS bukan berperangai seperti Umno.

SYABAS AJK DAN NAZIR MASJID AL-KHOLIDIAH.

Sabtu, 5 September 2009

Alhamdulillah, dalam minggu ini sahaja, sudah 2 tazkirah berselit bersama solat sunat Terawikh telah dijalankan oleh pihak pengurusan masjid Al-Kholidiah, Kpg Melayu Rasa. Pihak PAS cawangan mengucapkan tahniah diatas inisiatif para AJK masjid untuk melaksanakan sebuah taman syurga di masjid Al-Kholidiah ini pada bulan Ramadhan yang penuh berkat.

PAS cawangan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada nazir masjid yang memberikan lampu hijau dan juga galakan untuk dijalankan program taman syurga pada bulan Ramadhan ini. Diharap, kerjasama diantara para AJK masjid dan Nazir dapat memeriahkan lagi program dakwah Islami di dalam masjid jamek para jemaah Rasa.



(Dato' Ustaz Ismail Kamus, anak watan Kampung Rasa)

Untuk maklumat, pada hari Ahad, malam 17 Ramadhan, bersamaan 6 September, Ustaz Ismail Kamus akan membuat program Iftar (berbuka puasa) di Masjid Jamek Al-Kholidiah, Kpg Melayu Rasa. InsyaAllah beliau akan menjadi imam juga untuk solat sunat terawikh pada malam itu dan terdapat ruangan untuk tazkirah selepas atau sebelum terawikh.

Para jemaah Rasa dan seluruh muslimin-muslimat di sekitar Hulu Selangor dijemput hadir jika ada kelapangan masa untuk bersama-sama berbuka puasa di masjid Rasa yang barokah ini, insyaAllah.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut