KEPUTUSAN PRK BAGAN PINANG: PARLIMEN HULU SELANGOR PERLU BERJAGA2.

Isnin, 12 Oktober 2009

Melihat kepada keputusan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam, PAS Cawangan melihat satu perkembangan yang agak perlu diberi perhatian kepada Pakatan Rakyat terutamanya PR di kawasan Hulu Selangor. Ini kerana, keputusan dimana pengundi India adalah majoriti didapati telah tidak mengundi PAS didalam PRK tempoh hari.

Kesemua saluran mengundi yang majoriti pengundinya India kalah dengan teruk di Bagan Pinang.

Di UPU ladang Atherton, PAS kalah dengan 145 undi dimana PAS perolehi 91 undi dan BN 236 undi.

Di UPU Pekan Siliau, PAS kalah dengan 236 undi, PAS 113 dan BN 349.

Di UPU Ladang Brawall, PAS kalah 125 undi, PAS 90 dan BN 215.

Di UPU Sua Betong, PAS kalah 222 undi, PAS 149 dan BN 371.

Pada Pilihanraya umum 2008, PAS berjaya memenangi dua UPU majoriti India daripada 4 UPU itu.

(Adakah mereka ini akan kekal menyokong Pakatan Rakyat di PRU 13 khususnya di Hulu Selangor? Kerja dakwah perlu dilaksanakan dengan segera.)



Oleh kerana Parlimen Hulu Selangor adalah satu Parlimen yang mempunyai majoriti lebih 15 % pengundi India, maka pihak PAS Kawasan harus melaksanakan sesuatu perkara agar PAS Kawasan melalui cawangan-cawangan dapat mendekati dengan lebih kerap masyarakat India di kawasan parlimen ini.


Segala kepercayaan masyarakat India terhadap PAS mestilah kita buktikan dengan banyak membantu golongan ini agar kehidupan masyarakat ini lebih terjamin di masa hadapan.


Namun, kepada masyarakat Melayu dan Cina, PAS juga perlu jangan lupa untuk mendekati mereka dan dekatilah mereka ini dengan cara anggapan oleh mereka bahawa kita ini sebagai sebuah kerajaan negeri, bukannya pembangkang.


Pergelutan dalaman yang berlaku kepada rakan PAS iaitu PKR cabang Hulu Selangor perlulah diatasi dengan segera kerana kekuatan parlimen di Hulu Selangor ini bukanlah terletak dibahu satu parti sahaja, tetapi terletak dibahu parti komponen Pakatan Rakyat.

3 comments:

Salam..
memang mudah untuk dibicarakan tetapi amat sukar sebenarnya untuk dikotakan..

dimanakah kita diwaktu ini?
dimanakah kita diwaktu sahabat-sahabat lain berjuang?

moga kita dikurniakan kekuatan dalam mengelakkan mencipta alasan untuk keluar berjuang!

Allahuakbar!

roh_insan berkata...

...Pergelutan dalaman yang berlaku kepada rakan PAS iaitu PKR cabang Hulu Selangor perlulah diatasi dengan segera kerana kekuatan parlimen di Hulu Selangor ini bukanlah terletak dibahu satu parti sahaja, tetapi terletak dibahu parti komponen Pakatan Rakyat.

dicatat oleh PAS Cawangan Rasa pada 17:21 oada 2009 Okt 12

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sememangnye itulah yg sdg berlaku didlm PKR H/S.Ade unsur2 yg cube memecahkn kekuatan PR H/S,make terdengarlah alunan2 angkuh yg kununnye mereke tak perlukn GABUNGAN rakan seperjuangan,mereke mendakwe mereke teleh cukup kuat utk menakluki H/S.

PR H/S harus lebih berwaspada,Agenda menakluki H/S perlu diutamekn dr segale yg lain,kemenangan Parliman H/S bkn dek kerana PR kuat,tetapi kerane undi protes dari kalangan org2 melayu umno yg tdk menerime G.Palanivel didlm pentadbiran H/S.

Melihat kpd keretakkan jawatankuase Cabang sehingge meninggalkn ketue cabang,Saye yakin,jike berlaku PRK di H/S same ade Dun Atau Parliman PR pasti kecundang.

Tanpa Nama berkata...

Salam....
banyak komen2 macam ni saya pihak bloger perlu buat satu ruang untuk berdiskusi atau ruang pendapat....

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut