CERITA BOLA SIKIT.

Ahad, 17 Januari 2010

Pasukan Rasa FC telah berjaya menewaskan Falakam FC 3-0. Tahniah kepada pasukan Rasa. Bukannya apa, walaupun tidak ditaja oleh mana-mana cawangan Umno untuk pertandingan bolasepak yang memang milik Umno ini, namun menang tetap menang.

Boleh dikirakan pasukan neutral, iaitu pasukan Rasa FC berjaya menewaskan pasukan gergasi Umno Batang Kali (pasukan dari ketua pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor) yang semestinya mempunyai dana yang cukup banyak.

Tahniah kepada pemuda Rasa yang bermain cukup profesional dan syabas diucapkan kepada penjaring-penjaring gol iaitu saudara Ikhwan, saudara Mat Said dan saudara Nizam. Jaringan anda mendekatkan kejuaraan piala ADUN yang menetap di kampung kita.

Mungkin Ketua Cawangan PAS Rasa dan Tok4 boleh belanja makan jika juara nanti. PASti boleh....

1 comments:

din berkata...

apa kata kita buat derma dan minta sumbangan dari orang kampung....insyaAllah lagi berjaya lah bolasepak kite...

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut