ADA MASJID SEKONGKOL DENGAN RIBA?

Rabu, 21 Mei 2008

Riba adalah satu perkara yang haram lagi berdosa besar jika kita berkecimpung dengannya. Lebih-lebih lagi di Malaysia, kerana pilihan untuk bersekongkol dengan riba atau tidak mahu bersekongkol dengannya disediakan.

Jika seseorang itu dengan sengaja menyimpan duitnya di dalam bank akaun bersistemkan riba, padahal terdapat berbagai-bagai akaun bank yang menyediakan sistem perbankan Islam, maka berdosa besarlah dia. Bukan setakat berdosa, malah beliau telah dengan sukarela, mengisytihar berperang dengan Allah. Berat dosa tu, berat.

Jika seseorang itu jahil agama, bolehlah diberi alasan tidak tahu, tetapi jika institusi masjid sendiri yang bersekongkol dengan riba, maka perkara ini satu perkara yang amat sangat melampau. Perkara yang bukan remeh, perkara yang bukan boleh dipandang sebelah mata, tetapi perlu diperangi dengan sekuat-kuatnya.

Susah sangatkah pihak masjid hendak menukar akaun bank dari sistem riba kepada sistem Islam? Susah sangatkah hendak melaksanakan perintah Allah berbanding dengan hendak melakukan perkara maksiat? Susah sangatkah hendak mensucikan duit yang kotor selama ini dipegang oleh masjid kepada duit yang bersih lagi halal? Susah sangatkah?

Perlu diingat, masjid adalah rumah Allah, tempat umat Islam melaksanakan ibadah, tempat majlis ilmu-ilmu Islam disampaikan. Jika tempat beribadah pun dinodai dengan wang riba, maka bagaimana ibadah yang dilakukan di masjid riba ini akan diberkati oleh Allah? Susah ni, ramai yang menanggung dosa ni, ramai ni,.......

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut