BAJU PUTIH SEKOLAH - PKPIM - ADA BENDA TERSIRAT SEBENARNYA

Sabtu, 31 Mei 2008

Baju putih jarang, memang cukup mengancam jika ternampak baju dalam sipemakainya. Mata lelaki-lelaki gatal pasti akan bulat beliak memerhati tahap lama yang termampu kepada 'keindahan' yang 'sengaja' dipaparkan oleh sistem wajib pemakaian baju sekolah perempuan. Pasti nafsu-nafsu lelaki akan terganggu seketika akan kerana pakaian baju kurung putih yang jarang menampakkan samar-samaran kulit tubuh sipemakai. Kesian lelaki, banyak sangat mendapat dosa kering kerana suasana keadaan. Kesian.


Inilah sebenarnya yang mungkin meresahkan PKPIM, Persatuan yang bermoto 'Hidup Biar Berjasa' terhadap maksiat 'kecil' yang berlaku di sekolah-sekolah terhadap cara pemakaian pelajar perempuan yang memakai baju kurung putih. Sebenarnya tiada masalah untuk seseorang pelajar memakai baju putih ke sekolah, ianya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan, tetapi permasalahannya ialah baju kurung putih yang jarang, yang si pemakainya tidak bertudung atau yang bertudung tetapi bukan tudung labuh. Itulah masalahnya.


Setelah keluar kenyataan rasmi oleh PKPIM melalui pengerusi HEWI tentang diselidik semula baju seragam sekolah perempuan, maka malatahlah syaitan-syaitan haram melalui sikafir The Star dan siajaran sesat SIS (Sister in 'Syaitan?') tidak bersetuju dengan 'statement' PKPIM. Adalah juga puak-puak ultra liberal barat cap ayam berbuih-buih mulut memperlekehkan PKPIM diatas isu yang dianggap oleh mereka isu yang tiada isu. Jika tiada isu, buat apa susah-susah buat bising-bising? Duduk senyap sudahlah.

Alhamdulillah, adalah juga jemaah-jemaah Islam yang mempertahankan PKPIM, Pemuda PAS, Muslimat PAS, JIM dan NGO-NGO Islam yang lain mempertahankan isu ini. Hanya United Malay National Organisation sahaja yang membisu tentang perkara ini kerana mungkin mereka hanya mementingkan isu Melayu, bukannya isu Islam.

Sepatutnya isu ini perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan agar dapat menolong lelaki-lelaki daripada terus mendapat dosa kering apabila ke sekolah. Umat Islam wajib menolong umat Islam yang lain daripada mendapat dosa tidak kira dari segi kuasanya, mulutnya atau hatinya. Perkara ini perlu.

Namun, adakah kita terperasan, sebenarnya, apa yang nampak tersirat disini ialah PKPIM telah membawa satu platform perbahasan tentang cara pemakaian pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan sekarang. Bukan sebenarnya hanya isu baju kurung putih jarang sahaja yang ingin diutarakan, tetapi isu yang lebih besar, iaitu cara pemakaian yang tidak menutup aurat oleh umat Islam dan cara pemakaian yang melampau lucahnya oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.

Pada tahun awal 90-an dahulu, wanita-wanita masih malu memakai pakaian yang menjolok mata seperti wanita memakai singlet dengan seluar pendek keluar berjalan-jalan, tetapi sekarang tidak, bukan setakat singlet, baju yang tiada tali di atas dengan terbuka seluas-luasnya dada dan lengan (macam berkemban) dengan selamba dipakai diluar rumah sambil berjalan-jalan di shopping complex. Ada yang hanya dipakai regu baju lucah itu dengan seluar pendek yang ketat hanya setakat panjang menutup punggungnya. Inilah dia isu cara pemakaian yang hendak dihujahkan oleh PKPIM. Aurat perlu dijaga, bukan setakat aurat, tetapi kehidupan masyarakat bebas zina perlu dilaksanakan.

Setakat adanya peraturan untuk pemakain yang bersopan di sekolah-sekolah sebenarnya bukanlah isu utama yang hendak diutarakan, tetapi perlu juga ada peraturan cara pemakaian bagi penduduk Malaysia kesuluruhannya tidak kira umat Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan. Umat Islam perlulah wajib menutup aurat, dan yang bukan Islam perlulah pakaian yang bersopan mengikut lunas-lunas ketimuran. Jangan berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.

Jangan peduli akan bangkangan-bangkangan dari pihak anti Islam, jangan biarkan kita dipijak-pijak oleh mereka yang tidak suka akan moral policing, lantakkan mereka dengan idea-idea haram mereka tentang kebebasan tiada had tanpa aturan agama mereka. Biarkan sahaja mereka. Yang pentingnya, pokok utama ialah segala arahan dan perintah Allah perlu dilaksanakan oleh kita tidak kira dari segi kuasa, suara dan hati. Kita wajib melaksanakannya.

Janganlah kerana kononnya hendak menghormati orang bukan Islam, kita umat Muslim sehingga terlupa hendak menghormati Allah SWT. Kerana terlebih-lebih kononnnya menjaga hati orang bukan Islam, kita tidak menjaga 'hati' Allah SWT dengan membiarkan perkara yang terang-terang maksiat berleluasa bermaharajalela di dalam sistem hidup masyarakat. Oleh kerana inilah, jenayah seksual sehingga kanak-kanak pun dirogol dan kemudian dibunuh berlaku pada masyarakat Malaysia. Kerana terlupa larangan Allah. Malah bukan lupa, malah memperlekehkan larangan Allah dengan bangganya. Hancurlah masyarakat jika kita umat Islam tidak membuat sesuatu. Hancur!

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut