DAH LAH NAKAL, ZALIM PULA TU.

Khamis, 8 Mei 2008

(RPK, berkarismatik, namun perlu mendalami Islam dengan guru, bukan buku)

'Dah lah nakal, zalim pula tu'. Inilah ayat yang sesuai diberikan kepada UMNO BN yang tidak serik-serik dengan tingkah laku yang penuh dengan noda dan dosa. Masih belum faham-faham puak neo-sekularis dan assabiyah ini daripada mahu insaf dan bertaubat akan perbuatan mereka-mereka ini yang selalu bertindak penuh dengan kejahatan.


Seorang lagi insan yang diberi nama oleh ibu dan ayahnya, Raja Petra Kamarudin (RPK) dengan tidak semena-mena, dituduh di dalam akta hasutan kerana artikel yang dibuatnya dan diterbit olehnya di blog peribadi beliau. Ana pun tidak faham apakah yang hendak dihasutnya di dalam artikel itu? Mungkin disebut nama isteri Timbalan PM dan nama Timbalan PM yang menyebabkan ianya menjadi penghasut. Kesian Malaysia, negara yang berkecamuk dengan kacau bilau sistem undang-undangnya.


Ana tabik hormat kepada RPK kerana beliau dengan berani tidak mahu diikat jamin dan sanggup masuk ke lokap kerana pendirian beliau yang tidak mengaku bersalah. Walaupun banyak perkara yang berkaitan dengan Islam tidak dipersetujui oleh ana kerana RPK memang mengarut lagi jahil tentang agama beliau sendiri, tetapi prinsip hidup tegas dan pendirian yang kukuh tidak takut kepada sesiapa menyebabkan beliau ini mempunyai karismetik personaliti yang tersendiri. Jika analah, ana dah telefon sanak saudara dan kawan-kawan untuk diberi pinjam duit sebanyak RM5000 untuk diikat jamin. Ana ini ada sifat penakut juga.


Ana masih tidak faham tindak-tanduk parti memerintah ini kerana tidak serik-serik menyusahkan rakyat. Janganlah kerana percaturan politik hendak menjatuhkan seseorang menyebabkan seorang rakyat Malaysia dituduh, diancam dan ditakutkan dengan bermacam-macam akta hanya kerana mainan politik UMNO BN. Ini zalim namanya. Namun apakan daya, UMNO BN akan selama-lamanya menjadi nakal dan zalim selagi nama mereka adalah UMNO dan BN. Kesian mereka,........

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut