KAMI MERINDUI MEDIA ALTERNATIF.

Khamis, 15 Mei 2008

Hari ini sudah 8 hari PRU 12 memasuki usia 3 bulan. Suasana pagi masih terasa seperti dahulu juga, iaitu tiada niat membeli akhbar-akhbar di kedai runcit. Buat apa beli surat khabar, berita fitnah sahaja memanjang dikeluarkan oleh editor-editor yang tidak ambil endah dosa pahala.

Harakah masih 2 kali sebulan. Begitu juga Suara Keadilan. Cuma Siasah sahaja terbit setiap Ahad. Itupun banyak berita yang diulang di alam internet. Seminggu sekali, buku komik pedang setiawan pun keluar seminggu sekali. Bosannya. Ana berasa sungguh bosan. Sudahlah tiap-tiap hari di dalam berita perdana TV1, TV2, TV3, 8TV, NTV7 dan TV9, semuanya membantai Kerajaan Pakatan Rakyat. Yang boleh dijawab hanya di internet.

Orang Hulu Selangor majoritinya tidak pernah jenguk internet. Hendak 'on' komputer pun ramai yang tidak pernah. Inikan pula 'surf the net'. Hanya media TV dan surat khabar sahajalah bahan rujukan mereka-mereka yang berada di Hulu ini.

(Wakil calon orang hulu, kirinya DUN PAS (kalah), sebelahnya Parlimen PKR (menang)


Walau Selangor diperintah oleh PR, namun mentaliti majoriti di sini masih pekat BN. Kerana apa, kerana media-media yang berat sebelah inilah. Ceramah-ceramah yang dibuat, sudah pasti 100% orang kampung tidak akan datang kerana fobia kepada ayat 'PAS' masih melekat di akal mereka-mereka ini.
'
Pak cik, malam ni ada ceramah, jom pergi bersama'. 'Pakcik tak suka pegi ceramah2 politik ni. Banyak sangat fitnah dan maki hamun. Setakat dengar ceramah agama di Masjid, pak cik tidak akan menolak.' ' Ish, pakcik, saya ni pergi ceramah tidak pernah pun ada dengar fitnah dan maki hamun. Mana ada pak cik'. 'Sudahlah, setiap ceramah PAS mesti ada maki hamun pemimpin punya, cakap berkobar2, hentam sana, hentam sini. Pak cik selama hidup pak cik tak pernah dengar ceramah PAS. Tak pernah! Takut dapat dosa.'

'Eh, jika pak cik tak pernah pergi seumur hidup, macam mana pakcik tahu ceramah PAS banyak ada banyak maki hamun. Ni fitnah namanya ni. Tak baik gitu pakcik.'

'Er,... tak pelah, pakcik masuk masjid dulu,....'.

Ini bukan dialog buat-buat, ini dialog sebenar yang berlaku apabila ana mengajak seorang insan kuat ke masjid (surau) untuk pergi ke ceramah PAS. Yang sedihnya, sehingga sekarang masih belum kecapaian pak cik itu untuk ke majlis ceramah.

Oleh itu, apakah sumber-sumber media yang paling efisien untuk dimasukkan ke dalam akal orang golongan seperti pakcik tadi? Ana rasa akhbar. Bukan akhbar keluaran 2 kali sebulan, tetapi akhbar keluaran tiap-tiap hari.

Ana masih ingat lagi pimpinan tertinggi PR ada menyebut tentang keluaran akhbar alternatif untuk 5 negeri pimpinan PR ini. Tetapi, dimanakah akhbar ini? Adakah masih di dalam peringkat perbincangan? Lambatnya. Tolong cepat sikit, kami amat merindui media alternatif.

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut