SITAM NAK GAMBAR KELUAR DI SINI KE?

Jumaat, 2 Mei 2008

(Ini bukan gambar sitam. Tetapi jika beliau berada di Batu Burok, kemungkinan besar beliaulah terpampang di gambar ini.)

Nampaknya ada insan yang tidak berpuas hati dengan blog ana nampaknya. Gambar beliau tidak ada di mana-mana di dalam blog ini.


Beliau adalah hero perkasa di Rasa. Orang kuat PAS keluarga anak beranak Sahak. Malah boleh dikatakan seluruh adik beradik mereka adalah ahli PAS. Cuma bukan ahli seumur hidup. Dimulakan dengan si sulong Dahlan terus kepada adiknya Faizal dan ada muslimat dipanggil Ani. Malah kakak-kakak mereka pun menyokong PAS. Cuma sudah menjadi ahli sahaja ana tidak perasan, kena cek dengan Haji Sahyer, ketua Cawangan yang berwibawa tapi kekadang ada ana tidak berpuas hati, he, he...:)


Sitam ini adalah boleh di katakan di dalam bahasa Kelantannya 'gedebe'. Tetapi mempunyai hati nurani yang baik jika diperhati dengan mendalam. Bekas askar, sekarang berkecimpung di dalam arena profesional kimpalan, mempunyai gaya karismatik jejaka kampung yang tampan. Harap jika ketua pemuda berkeinginkan dikimpal pintu gate besi, bolehlah diberikan diskaun. Bukan atas dasar parti, tetapi atas dasar kawan-kawan...he, he,....:)


Gambar sitam ana telah cari merata-rata dalam komputer ana, tetapi tiada. Mungkin ana akan meminjam gambar dari setiausaha cawangan a.k.a setiausaha kawasan iaitu namanya serupa nama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tetapi beliau bukan ustaz, tetapi seorang jurutera jentera yang sungguh berwibawa. Jika ana diberi kuasa untuk memilih ahli majlis daerah, ana akan undi dia sebagai ahli. Tetapi takpe, masa masih panjang dan cerita pun ada banyak hendak disampaikan. Malam ini ada perjumpaan oleh orang-orang kampung di masjid untuk memilih tok 4. Betul ke?


Semalam ana tidak hadir ke mesyuarat bersama PKR, kerana ana suka melakukan tindakan ikut rasa hati. Ana rasa di dalam hati lebih baik ana tidak hadir, maka ana pun tidak hadir, maklumlah, ana ini bukan orang kampung, tetapi makhluk asing,.............

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut