ULASAN ANA UNTUK ISU KARPAL SINGH

Sabtu, 10 Mei 2008

Ana terlupa sebenarnya, rakan sekolah VI ana 'shahalam journalist' ada meminta ana mengulas cerita berkenaan dengan Karpal pada e-mailnya semalam. Ana teringat kerana melihat berita yang tidak sudah-sudah dengan isu cap ayam ini. Siapalah ana hendak mengulas tentang Karpal. Lainlah jika ana ni DSAI, layaklah hendak mengulas. Tapi takpe, disebabkan rakan sekolah lama punya pasal, ana akan ulas walau ulasan ini nampak cair nasi bubur..



Pertamanya kita mesti mengenali Karpal ini. Beliau adalah seorang yang hobinya adalah membangkang. Tidak kisahlah apa yang hendak dibangkangnya, dia akan bangkang. Mungkin kerana sikapnya yang suka membangkang, maka perkara yang remeh pun akan dibangkangnya.



Kes yang terbaru lagi sensasi apa yang dibangkangnya ialah kes Raja Muda Perak Nazri bersama menteri besar Perak Ir. Nizar berkenaan dengan pemindahan Ketua Pengarah JAIP. Apa yang tidak dipuas hatikan oleh Karpal adalah pada beliau Sultan tidak berhak mencampuri urusan pemindahan kakitangan kerajaan kerana pada pandangannya, skop ketua kepada urusan agama Islam oleh Sultan tidak termasuk berkenaan dengan perihal urusan pentadbiran kakitangan awam kerajaan negeri. Itu sahaja. Beliau tidak mengutuk atau menghina Sultan. Itu adalah pandangan beliau terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri berkenaan kuasa-kuasa Sultan. Perkara undang-undang lah katakan, diakan peguam.



Apa yang diperkatakan adalah pandangannya. Takkanlah beliau hendak tarik balik pandangannya. Kan ke pelik namanya. Nama pun pandangan, bukan arahan. Cumanya, UMNO sekarang ini di dalam situasi kelam lagi kabut dengan kekalahan yang menimpa parti itu pada PRU yang lalu. Mereka cuma hanya mahu bermain isu perkauman untuk mendapat kembali sokongan. Nama pun UMNO, parti assabiyah. Tak bolehlah kita hendak salahkan mereka, sudah menjadi darah daging UMNO buat kerja mengarut begini. Mungkin UMNO masih menganggap orang Melayu masih bodoh politik.



Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah, Karpal ini sebenarnya adalah seorang manusia yang kurang cerdik berpolitik. Memang sungguh cerdiknya tidak wujud langsung bila beliau berpolitik. Mulutnya tidak boleh dikawal oleh dirinya sendiri sehingga menyebabkan isu-isu besar yang lain yang lebih penting dan utama berjaya di kona baring oleh puak-puak UMNO. Boleh dikatakan, Karpal adalah seorang yang memberi masalah kepada PR.



Berkenaan dengan isu Negara Islam oleh beliau, ana dah buat artikel untuk isu itu di blog ini. Antum semua carilah sendiri. Ana sebenarnya tidak berapa gemar komen dan mengulas tentang manusia secara individu, ana lebih suka mengulas berkenaan dengan parti dan persatuan. Mengulas mengenai dasar dan misi sesebuah parti dan persatuan adakah ianya mengikut kehendak Allah atau tidak.



(Laptop adik ana, dah letih dah mata melihat cahaya neon pada laptop ini)

Itulah dia ulasan ana yang ringkas ini. Sebenarnya ana hendak buat panjang lebar, tapi ana hendak tengok TV sekejap. Sudah sakit mata melihat laptop adik ana. Letih la,......

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

You may be right. I agree Karpal may not be a good politician after all. In our Malaysian dictionary politic means you must twist and turn to please others and whenever can must not say things even if it is true because it will be seditious.
But I think he is quite a straight forward person who speaks the truth no matter how painful it is, maybe this is how he became a reputable lawyer. All of know he did not defend a DAP man; he defended Nizar the MB of Perak who comes from PAS. He could have kept quite as one may perceive he dislikes PAS. But most of them proven wrong as Karpal came out to defend Nizar, not because of politic but because he thinks legally it was wrong for the Sultan to interfere. (This is an example of Karpal, he defends anyone or everyone even if his action seemed to be disrespectful for which in this case he has clarified his stance is one legal point only). And I believe the Sultan of Perak wouldn’t consider this as disrespect looking at his background.
That should speak a little about Karpal, correct? But we all know UMNO is deliberately politicizing Karpal's issue for personal gain; they want to kill him politically and they exploit royal disrespect as the issue and we all falling for that.
I would like to suggest to PAS to also proceed with Polis Report against Pak Lah, and UMNO leaders for uttering seditious remark against Agung, the sultan of Terengganu and Raja Perlis who became so unhappy that he didn't even read the text prepared but sat with the assemblymen to tell them his piece of mind face to face.
When it involves humanity, natural principle can we Malaysians come together in unity to support anyone be it, Karpal, Raja Petra or even Pak Lah. Let us be more humane.

Bani Tanjong berkata...

Salam..
Aku cukup menyampah tul dgn org PAS yang gelar diri ana, ente, taik unta, taik ente ni. Apala kepala mangkuk betoi mike ni..ate x sedor kediri lagi ke benggali tu kutuk institusi raja kita.Dema tu dahler kaum pendatang nyibuk jer nak amik tau kisah orang melayu la, raja2 melayu. Melayu kita di Malaysia ni tak pernoh pun kesibuk nak cara ttg hindu ke, buddha ke tapi dema sibuk dgn agama Islam seperti 14 tuntutan dema oleh Suruhanjaya Antara Agama. Apa mike ni Islam ke idak? Langsung tak der sensitiviti dak pertahankan ketuanan melayu dan islam. Dalam konteks malaysia ni org Melayu jer yang sungguh nak pertahankan Islam, orang benggali, cina dan india apatah lagi iban mmg sahih sampai kemati pun dema dok sokong Islam mcm DAP tu. Tapi mike dok sibuk nak pertahankan Karpal Selam Singh ni.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut