UMNO, TIDAK HABIS DENGAN LAWAK SENARIONYA

Jumaat, 9 Mei 2008

(Sinar mentari pagi atau cahaya senja bagi UMNO? Diharap cahaya ini cahaya ke arah maghrib)


Kepala ana jadi pusing setiap kali menonton buletin palsu TV3. Pening-pening lalat dan juga sakit kepala kearah migrain minor apabila asyik-asyik dihidangkan berita yang suka sangat kearah memeningkan kepala rakyat seperti ana. Sudahlah pembaca berita berlakon membaca berita macam bagus je walhal meluat melihatnya, ditambah dengan isi-isian berita-berita yang merapu ditahap gaban yang melampau.

Asyik-asyik cerita repot polis, asyik-asyik cerita repot polis, banyak pula puak UMNO sekarang ini yang tiada kerja mempunyai hobi baru iaitu pergi ke balai polis untuk buat laporan polis. Laporan polis apa? Laporan polis terhadap Karpal Singh lah, semestinya.

Konon-kononya, hendak diceritakan kepada rakyat Malaysia berbangsa Melayu, sesungguhnya, UMNO ini adalah satu parti yang amat menyayangi kuasa Sultan. UMNOlah kononnya adalah satu parti yang sanggup mempertahankan Sultan dari dihina dan dicerca oleh mereka-mereka yang suka mencerca dan menghina kuasa Sultan. Kononnyalah. Tetapi, bukankah sejarah telah membuktikan sesungguhnya UMNOlah parti yang bertanggungjawab mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu yang sememangnya telah kecil. Bukankah UMNOlah yang bertanggungjawab menghina dan mencerca, malah bukan setakat menghina dan mencerca, tetapi sanggup menggubal perlembagaan Malaysia untuk mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu.

UMNOlah yang sanggup menggunakan TV3 memperlekehkan Sultan-sultan Melayu. Menuduh Sultan-sultan Melayu semuanya makan gaji buta, suka tampar, tengking dan pukul rakyat marhaen dengan selambanya. Menuduh Sultan-sultan Melayu adalah manusia golongan moral rendah. Tidak ingatkah kita wahai umat Melayu, UMNOlah yang bertanggungjawab mem'brain wash' diri ana ini semasa ana di sekolah agar tidak menghormati Sultan kerana dituduh bermacam-macam semasa krisis UMNO dan Sultan dahulu. Puak UMNOlah yang bertanggungjawab terhadap diri ana yang telah menipu bulat-bulat ana dan rakan-rakan agar kuasa Sultan-sultan Melayu ini sepatutnya dikecilkan sekecil-kecilnya.

Alhamdulillah, setelah ana memasuki jemaah PAS, sikit sebanyak penipuan UMNO terdahulu telah dihakiskan sedikit demi sedikit. Cuma hendak diberitahu, ana baru sahaja menghormati sepenuhnya kuasa Sultan pada tahun 2007. Ya, baru setahun jagung, tidaklah ana katakan benci akan Sultan sebelum 2007, tetapi sebelum 2007, ana sayangkan Sultan, tetapi kecewa kerana Sultan seperti tidak mahu membantu rakyat dari kezaliman puak UMNO BN. Apabila Sultan Terengganu menjadi DYMM SPBY Dipertuan Agong, barulah nampak.

Janganlah hendak bersandiwara dengan rakyat Malaysia yang telah celik ilmu politik wahai UMNO. Setakat hendak menipu pakcik dan makcik di kampung Hulu Selangor ini bolehlah, tetapi kena ingat, pakcik dan makcik ini pun di rumah masing-masing sudah ada komputer dan internet, cuma tidak tahu menggunakannya sahaja. Hentikanlah sandiwara ini, tolonglah hentikan.

UMNO ingat rakyat Malaysia tidak tahu menahu mengapa dikecoh-kecohkan sangat cerita-cerita Karpal Singh ini. Sebenarnya ini adalah semata-mata untuk melindungi cerita yang lebih besar lagi sensasi, iaitu 2 cerita, satu cerita Mongolia dan satu cerita tukar PM. Ya, cerita sensasi Mongolia dan PM akan bertukar tangan akan ke udara tidak lama lagi. Kita rakyat biasa ni, saksikanlah sahaja drama swasta bersiri ini, pasti cerita Bella pun akan dibakul sampahkan.

1 comments:

Bani Tanjong berkata...

Salam Arjuna
Orang PAS aku cukup meluat tol dgn depa ni..kerja dia asyik mazmumah jer. Ape idaknya nak mengutuk UMNO je korjenye. Apa mike ingat pembangunan dan sekolah mike, sekolah mak bapak mike dan kemerdekaan ni PAS yang tuntut ke..Kalau fanatik dgn PAS (Parti Ajaran Sesat) pun takyah la hang nak tambah dosa pi maki hamun, buruk sangka, hasad dengki, fitnah UMNO. Hang larat ka nak mintak ampun sebelum mati dan dipersoalkan di padang mashar. Konon ana anta, kunta kente la.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut