2 HARI 3 PERISTIWA.

Ahad, 22 Jun 2008

Tarikh 20 dan 21 Jun 2008, terdapat 3 peristiwa yang menarik untuk dihebahkan didalam blog pemuda Islam Rasa ini. Semua peristiwa adalah berkaitan dengan jemaah PAS, samada PAS Rasa atau PAS Hulu Selangor. 2 peristiwa yang sukses dan satu peristiwa yang mengecewakan.

Peristiwa pertama adalah peristiwa yang agak kecewa dimana demo untuk membantah kenaikan harga minyak di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam selepas solat jumaat tidak menjadi kenyataan kerana tiadanya kelengkapan banner, hand bill dan tenaga manusia yang hanya berjumlah 10 mujahid.



(berbincang kerana musykil mengapa tiada demo. 3 pemuda Rasa ketika ini ada di dalam kereta hendak pulang ketika ana mengambil gambar ini )


Pemuda Rasa membawa 3 insan termasuk ana telah balik dengan hati yang agak kecewa kerana hanya 1 AJK Pemuda Kawasan (dipilih) yang hadir. Yang lain hilang entah ke mana? Jika alasan bekerja dan lojistik, mengapa 3 pemuda Rasa boleh datang ke Hulu Bernam? Kami pun bekerja dan tinggal jauh dengan lokasi Hulu Bernam juga.

Namun kekecewaan kami pemuda Rasa yang pergi untuk berdemo dapat disejukkan apabila 2 dari 3 yang pegi ke Hulu Bernam berjaya hadir ke stadium shah alam untuk mendengar taklimat sempena 100 hari kerajaan PR memerintah 5 negeri. Seorang lagi perlu balik ke Kedah kampung halaman kerana adiknya yang hendak bernikah.

Seronoknya rasa apabila memasuki stadium shah alam. Teringat semasa muda dahulu yang gilakan ke stadium untuk menyokong pasukan Selangor bermain bola. Ana dahulu gila ke stadium menyokong pasukan merah kuning, dari stadium merdeka sehinggalah ke stadium shah alam. Termasuklah semasa pasukan Selangor berada di division 2. Tetap setia bersama merah kuning. (Namun agak rasa sedih semasa menulis blog ini kerana gagal menjuarai piala FA malam tadi).



(suasana di stadium pada lansa kamera ana)

Esoknya, pagi jam 8.30, bergegas pula untuk menjayakan majlis penyampaian wang zakat berjumlah RM300 kepada penduduk Rasa oleh Ustaz Ismail Kamus. Dianggap seramai 60 warga Rasa yang berkelayakan menerima zakat telah berjaya diberikan.

Pemuda Rasa ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis ini, kerana walaupun majlis ini baru di'inform' oleh ustaz Ismail Kamus pada hari Khamis, namun dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan hanya perancangan 1 setengah hari.



(Haji Basir memulakan dengan bacaan doa, kemudian ceramah disampaikan oleh Haji Alwi Kamus, Timbalan Ketua Cawangan PAS Rasa. Selepas itu, penceramah jemputan Ustaz Azman dari Sekolah Syed Masyor Batang Kali menyampaikan ceramah agamanya kepada para hadirin (penerima zakat)).


(penceramah ketiga Ustaz Aidul Munir dan akhirnya Ustaz Ismail Kamus sendiri menyampaikan kuliyyah agama masing-masing sebelum majlis penyampaian wang zakat dilaksanakan)




(tetamu yang hadir mendengar ceramah agama sebelum menerima wang zakat oleh Ustaz Ismail Kamus)


(sebahagian dari 60 warga Rasa yang menerima wang zakat)


(bergotong royong memasak untuk majlis makan selepas selesai penerimaan wang zakat)




(Jamuan makan untuk penerima zakat dan tetamu-tetamu. Gambar makan tidak sempat ambil kerana sibuk melayan tetamu dan juga sibuk makan)



(Licin. Sarapan pagi juga disediakan. Alhamdulillah,rezeki habis dinikmati tetamu)


(tetamu kehormat yang hadir)


(Ini dia, ana dengan Ustaz Ismail Kamus. Ana rasa ini adalah pertama kali gambar ana memasuki blog ini)

Walaupun penat, namun hati tetap gembira kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan.

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut