DR. XAVIER DAN RONNIE LIU, DUA MAMAT KRISTIAN NI NAK APA SEBENARNYA?

Selasa, 10 Jun 2008

Baik-baik sikit wahai DAP dan PKR bukan muslim. Baik-baik sikit meminta-minta sesuatu. Walau kamu itu EXCO, namun kamu itu hanya manusia biasa. Jangan bermain api kemarahan orang Islam Melayu.




Tiga EXCO ini akan kami perhatikan agar tidak meminta sesuatu yang menjerumus kepada memburukkan Islam.

10,000 kaki persegi tu tak luas lagi ke nak buat kuil dengan gereja? 10,000 kaki persegi tidak cukup besar lagi ke hendak menampung golongan bukan Islam untuk bersembahyang di kuil-kuil, tokong-tokong dan gereja-gereja anda masing-masing?

Mengapa hendak memansuhkan undang-undang yang sudah ada? Mengapa hendak merubah undang-undang yang elok ini kepada undang-undang yang lain? Mengapa hendak mengubah undang-undang peraturan saiz pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor agar tidak melebihi 10,000 kaki persegi? Mengapa?

Jangan anda sekalian ingat kami ahli PAS walau bersama di dalam Pakatan Rakyat, isu-isu sentimen agama akan kami bakul sampahkan. Tidak sama sekali. Jika ianya ada kaitan dengan Allah, maka kami akan tentang habis-habisan.

Kepada YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jangan tergopoh untuk bersetuju dengan idea cap ayam ini. Kami umat Islam tidak mahu sentimen sebegini dimainkan oleh mereka-mereka dari EXCO-EXCO Kristian Selangor dari melangkaui sentimen berkaitan dengan agama selain Islam.

Kami ahli PAS akan perhatikan dari semasa ke semasa peranan-peranan EXCO-EXCO beragama Kristian ini agar jangan perlakuan mereka merugikan Islam dan menyentuh sensitiviti kami umat Islam di bumi Selangor ini. Kami akan perhatikan.

3 comments:

jdm rasa berkata...

Bro,hati2 sikit dlm berbicare soal keagamaan dlm melaysia ni,aku tengok kate2 kamu ni seinada n seirama dgn zahid hamidi si panglime perang umno tu,rase nye elok lah kamu runding2 dgn yg lebih arif,mcm Dato' Hassan Ali tu rase aku die lebih memahami,bersbr la dulu,pkr blm lg 100 hari,jgn mudah terperangkap dgn mereke2 yg sakit hati dgn kerajaan Selangor yg baru je ditubuhkn ni,cube ditenung kate2 si zahid tu,tentang isu kuil yg dipikirkn akn mengungtung kn umno make dikate nye pusat tak ade bidang kuase utk menghalang,tp bile Selangor nak bagi air percume yg pasti akn mencemar kn name baik umno yg kunun nye terlalu baik menjage rakyat,make berbagai bagai tomahan n tatacare di keluarkn demi utk menggagal kn rangcangan air percume tersebut.jd elok lah kamu bersabar dahulu,jgn terlalu emosi,cukup lah dgn kebodohan yg dilakukn oleh Mb yg lepas dgn meruntuhkn kuil Hindu,jgn kite ulangi kesilapan yg bolih merosak kn perpaduan kaum./bkn niat nak membakul sampah kn,cume nak mintak bertenang.

PAS Cawangan Rasa berkata...

Sepatutnya DAP dan PKR non-muslimlah yg kena berhati-hati dalam memberi kenyataan. Jangan meminta sesuatu yg sensitive dari segi agama.
Apa yang diminta oleh Dr Xavier dan Ronnie tiada kaitan dgn pembangkang Selangor, ianya adalah masalah dalaman PR, maka PAS dlm komponen PR berhak menyatakan pendapat masing2, jangan jadi macam BN, tak boleh kritik.
Ini adalah blog peribadi ana, jadi apa yg ana tulis, itu adalah pendapat peribadi ana sebagai ketua pemuda PAS. Dan ruang komen adalah hak anda masing2, maka silalah komen lagi dan lagi, ana terima dgn hati terbuka.

ummah protector berkata...

ronnie liu mmg biadab.
dia adun di kawasan ana.
melampau betul tindakannya terhadap ahli PAS di sini.
menyesal x sudah ana bertugas masa pilihanraya dulu.

buat pimpinan PAS.. cepat2 lah sedar ...
putuskan hubungan dengan kafil laknat ini...

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut