SYABAS YANG KAPITALIS DAN ZALIM

Selasa, 10 Jun 2008



Inilah salah satu syarikat mangkuk hayun yang pernah diwujudkan di Malaysia. Syarikat kapitalis yang menyedut air dari bumi Selangor, kemudian menjualnya kepada rakyat Selangor dengan keuntungan yang berlipat kali ganda, dan kemudian berkurang ajar kepada kerajaan yang memerintah negeri tanah Selangor yang airnya diambil dari tanah negeri itu.

Perkara yang tidak masuk akal lagi keliru dengan ego cap ayam yang ditunjukkan oleh Syarikat Syabas yang zalim ini. Sungguh zalim syarikat kapitalis ini dengan mempergunakan sumber asli negeri Selangor iaitu air untuk mendapat keuntungan yang melampau, namun sungguh sombong kepada tuan punya tanah dimana dia mengambil untung daripada sumber air itu.

Sungguh susah sebuah syarikat berasaskan UMNO putra ini untuk memberi air percuma atau rebet RM11.20 kepada rakyat marhaen yang sekarang ini hidup dalam tunggang langgang dengan bebanan harga kos hidup yang mahal. Bukan setakat susah, malah dengan sombong menolak mentah-mentah cadangan tuan punya tanah, iaitu Kerajaan Negeri Selangor agar air percuma 20meter padu pertama diberikan kepada rakyat.

Inilah dia kapitalis Melayu yang perlu dihapuskan di bumi Selangor ini. Kapitalis ini perlu dibuang sahaja daripada bertapak di bumi Selangor dan diharamkan terus dari menikmati kekayaan daripada sumber asli rakyat Selangor yang bernilai ini iaitu air. Biarlah syarikat air bersistemkan kapitalis ini hancur di bumi Selangor dan dikapankan terus untuk dikuburkan selama-lamanya dari ia bersenang-senang menikmati kekayaan dari sumber asli tanah Selangor ini sehingga akhirat.

Buangkan sahaja Syabas dari bumi Selangor ini dan gantikanlah urusan pentadbiran air di bumi Selangor ini kembali kepada kerajaan negeri agar air dapat dinikmati oleh rakyat Selangor dengan aman dan tenteram. Jika air dimilik kerajaankan semula, maka rakyat Selangor tidak akan marah-marah untuk memberi bayaran yang setimpal kepada air yang digunakan kerana duit yang diberikan kepada kerajaan negeri akan digunakan untuk rakyat Selangor juga.

Tetapi sekarang, duit bayaran air itu diberikan kepada syarikat Syabas dimana keuntungan dari duit itu akan dinikmati hanya kepada syarikat kapitalis itu, dan tidak diturunkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Maka, adalah wajib untuk kerajaan negeri bertindak keatas syarikat kapitalis Syabas ini yang sungguh sombong dan kurang ajar kepada tuan tanah dan dihalau terus syarikat kapitalis cap ayam ini dari bumi Selangor untuk selama-lamanya.

Hapuskan ISA, hapuskan Syabas.

3 comments:

jdm rasa berkata...

tulisan kamu ni kdg2 aku tengok banyak nafsu dr akal,kdg2 nampak hebat,kdg2 nampak kartun,kamu nak tau ape yg kartun n ape yg tak gune akal nye?.bkn ke kamu ni ketue pemude Pas Rasa,n dah tentu lah kamu ni antare yg terhebat di kalangan pemuda Pas Rasa,klu tk masekn kamu diangkat menjdi khalifah pemude di Rasa tu,n setahu aku bnyk hulubalang2 Pas Rasa yg hebat2 berade dikeliling kamu.n ape yg paling kartun aku tengok kamu ni menulis seolah olah kamu ni msh lg berade didlm pembangkang.Wandi,kamu jgn lupe yg parti yg kamu dokong tu dah jd parti pemerintah,kamu ade hak dan tugas yg lebih besar dr menulis dgn perkataan yg mengamok ngamok kat blog kamu ni,ape kate aku cadangkn kamu kumpul kn seluruh hulubalang2 kamu utk membuat satu rapat umum di dpn "site office" SYABAS kat kg Rasa tu,tulis kn ayat2 geram kamu tu kat banner2,panggil media atau ape yg boleh kamu smp kn msg pd SYABAS dgn jelas,(klu dlm blog kamu ni aku ingat SYABAS tak pandang pun)buat perhimpunan aman secare beser2an,baru la betul yg kamu memperjuang kn hak rakyat yg kamu kate hasil dr kurnie dr ALLAH tu.n baru la kerajaan yg kamu sokong tu tau yg "grass root" pun tak suke dgn cara jual beli SYABAS tu.klu ini kamu BERANI buat aku jamin ramai yg akn ikut serte dlm rapat umum kamu tu,aku pun nak lihat gak sejauh mane nye keberanian n kebenaran yg kumpulan kamu laung2 kn selame ni,tak lah mcm AYAM JANTAN YG BERKOKOK DLM GELAP,bile ternampak musang lari bertempiaran.

PAS Cawangan Rasa berkata...

Maaflah jika tidak faham berkenaan dengan artikel ini. Maafkan ana.

Artikel ini adalah berkaitan kepada kenyataan akhbar oleh SYABAS di The Star berkenaan tajuk "No Free Water For Selangor".

Cuba baca The Star dulu, baru enta tahu apa cerita sebenarnya SYABAS ini.

Lagi satu, salah ke ana hendak mengamuk dgn golongan kapitalis?

roh_insan berkata...

Tuan,tak salah mengamok,cuma cadangan jdm rasa mencadangkan supaya tuan memilih jalan yang lebih sesuai untuk disalurkan bantahan kepada pihak Syabas.Lagi pun betul lah pandangan jdm rasa tu,tuan ketua pemuda pas rasa dan tuan berada didalam kerajan,jadi elok lah tuan kumpul kan ahli-ahli pas rasa untuk memberhentikan perhidmatan Syabas yang tuan anggap pun macam cap ayam.
Tapi itu lah kadang-kadang saya pun bersetuju gak yang puak ana-ana Malaysia ni emosi sgt,tak ada kuasa nak kuasa,dah ada kuasa tak reti pula nak guna./ apa pun saya tak memihak kepada mana-mana parti,yang penting rakyat selamba.salam

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut