RM2.70, padanlah muka.

Isnin, 9 Jun 2008

Sebenarnya, ana baru balik dari bercuti panjang sempena cuti sekolah. Itulah sebabnya sudah dekat 2 minggu artikel pada blog tunggal ana ini tidak di'update' walau banyak cerita-cerita menarik untuk diartikelkan. Seronoknya balik kampung orang rumah ana, balik kampung di six stone, Terengganu. Setitis air hujan pun tidak turun di bumi Terengganu sepanjang cuti sekolah. Panas yang amat. Mungkin kerana SUKMA sedang berlangsung di negeri penyu yang tiada penyu ini.


Pada hari rabu, 4 jun 2008, iaitu 5 hari yang lalu, ketika petang jam 5:30, ana dan biras bersama-sama anak-anak saudara dan anak sulong ana pergi ke pantai airport a.k.a pantai telaga batin untuk menikmati keindahan laut cina selatan. Setelah kereta Innova birasku membelok ke kanan dari bulatan batu enam menuju wakaf tembusu, terdapat sebuah stesyen minyak petronas di sebelah kiri. Memang selalu melihat stesen minyak itu jika hendak ke Gong Badak tetapi pada hari dan ketika itu, ada perkara pelik yang berlaku di stesen minyak itu.

Berjujut-jujut kereta beratur untuk mengisi minyak. Terlalu banyak kereta yang berpusu-pusu hendak mengisi minyak di stesen minyak itu. "macam dia sorang je ada stesen minyak." ana sebut keluar dari mulut ana. "entah?" birasku warga Kuantan membalas. Ketika itu, memang kami tidak tahu apa-apa tentang harga minyak akan naik kepada RM2.70 6jam setengah lagi. Kami pun menuju ke pantai dengan gembiranya tanpa mengendahkan peristiwa yang agak pelik itu.

Setelah balik ke rumah ayah di batu enam dari pantai ketika jam 7.00 malam, kakak ipar ana bising-bising petrol akan naik RM2.70 jam 12 tegah malam nanti, apalagi, biras ana pun terus pecut ke stesen minyak yang berdekatan, isi penuh!

Ana telefon abang ana yang baru balik dari Bahrain cuti 2 minggu, cuba meminta tolong mengisi minyak penuh kereta isteri ana di KL. Tengok-tengok, abang ana sedang beratur dalam kereta isteri ana untuk mengisi minyak. Alhamdulillah, penuh jugalah kereta isteri ana dengan petrol RM1.92.

Kesimpulan yang ana hendak ceritakan disini ialah, ana ingin mengucapkan padan muka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong BN UMNO semasa PRU-12 yang lalu kerana dengan setiap undi anda, maka anda adalah penyebab kepada kita semua terpaksa bersusah payah untuk beratur mengisi minyak kerana ingin menikmati harga minyak yang mungkin murah ketika itu walaupun sebenarnya memang sudah mahal iaitu pada kadar RM1.92.

Syabas diucapkan kepada kesemua makcik-makcik UMNO kerana dengan jasa-jasa puan-puan, maka seluruh rakyat Malaysia terpaksa sekali lagi hidup dalam penuh kesusahan kerana angkara-angkara pemimpin UMNO BN yang tidak cerdik mentadbir kewangan negara sehingga menyebabkan beban kebodohan mereka itu terpaksa ditanggung oleh kita semua rakyat Malaysia yang sememangnya suka sangat diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang suka menipu. Padan muka diucapkan.

Kepada sesiapa yang sedang didalam keadaan sakit hati yang amat sangat kepada menteri yang bernama Shahrir, maka janganlah marahkan beliau, kesian dia, kerana beliau sebenarnya telah diarahkan oleh kepimpinan yang lebih tinggi untuk menipu daya rakyat dengan cara yang penuh dengan kepandaian menipu dan kelentong agar perkara yang hendak dikelentongkan itu menampakkan rasional ketahap cakap-cakap intelektual cap ayamnya.

Jangan marahkan beliau, sebaliknya marahlah kepada diri sendiri yang tidak habis-habis dengan khurafat UMNO BN sahaja yang pandai dan boleh memerintah. Ikutlah resam orang Johor kecuali orang Johor Muar, hidup dan matiku hanya untukmu UMNO. Kerana ketuanan Melayu yang sengaja diwujud-wujudkan, maka terimalah sahaja petrol RM2.70 seliter ini didalam penghidupan anda semua. O.K apa, berbanding Singapura, seliter petrol di Singapura SinDollar2.30 je, o.k apa.

Oleh itu, marilah semua rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendesak kerajaan Malaysia agar minyak petrol ini dinaikkan sehingga RM5.00, bukannya RM2.70, kerana kita sebagai rakyat harus berkorban demi negara, biar kita rakyat marhaen hidup susah, asal pemimpin hidup kenyang. Amacam? Ada harapan?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam...memang perit bg pemuda2 yg merantau ni ble kenaikan harga minyak,mcm sye ni la tak sampai tgh bulan je dah pokai.perut kne ikat le nmpknye huhuhu

tak sangka kwasan hambo ada blog sndri hohoho thniah2

from:padeil_86@yahoo.com

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut