SENARAI NAMA2 AHLI MAJLIS PBT HULU SELANGOR

Rabu, 30 Julai 2008

SENARAI NAMA AHLI MAJLISMAJLIS DAERAH HULU SELANGOR2008/2009


1.

Y.D.H DATO’ HJ AMAN SHAH B. MOHD SHAHAR; No. K/P : 450902-10-6125

Tel : 03 – 60641026/27E-mail : amanshah@mdhs.gov.my

Pejabat Daerah / TanahHulu SelangorKuala Kubu Bharu44000 Hulu Selangor.

2.

MOHD NASHRUDDIN B. HJ ABD AZIZ; No. K/P : 610528-08-5259

T : 012 – 3006605 E-mail: tiada

No. 23, Jln Tanjung 1Bandar Bukit Sentosa, BS248300 Rawang.

3.

ABDUL WAHAB B. IBRAHIM; No. K/P : 600903-10-5735

Tel : 017 – 2273290E-mail :tiada

Pej. Ahli Parlimen H.SelangorNo. 14a, Jln Mahagoni 2A/7Tamu Hill, Bdr Baru Btg kali44300 Batang Kali.

4.

SHARIFUDIN B. BUDIN; No. K/P : 601202-10-5067 (6082822)

Tel : 019 – 2311439E-mail : tiada

1275, Jalan Tanjung 5/446000 Petaling Jaya.

5.

RAMES A/L ITTAN; No. K/P : 691123-08-5231

Tel : 012 – 6023026E-mail : tiada

Lot 45/337, Kg PinangOff Jalan Escot35950 Tg. Malim.

6.

MAI BT. MT ZIN; No. K/P : 590215-08-5578

Tel : 016 – 9922885E-mail : tiada

Lot 4023, Kg Bt 30Ulu Yam Lama44300 Batang Kali.

7.

KASIM B. YAAKUB; No. K/P : 540906-04-5369

Tel : 016 – 9964295E-mail : tiada

No. 15, Jln Indah 5Taman Serendah Indah48200 Serendah.

8.

K.A RAMU A/L KANDASAMY; No. K/P : 661119-04-5395

Tel : 016 – 6114891 E-mail : karamu@streamyx.com

5, Jalan 14/30Seksyen 14, Petaling Jaya46100, Selangor.

9.

OOI LENG HANG; No. K/P : 751117-10-5373

Tel : 012 – 3639080 E-mail : tiada

24, Jln CempakaTaman Seri44300 Batang Kali.

10.

KONG KWOK CHUN; No. K/P : 781127-08-5051

Tel : 016 – 3769525E-mail : tiada

No. 10, Jln Berlian 4A/3Tmn Lembah Damai 44100 Kerling.

11.

KARIN LEE YEN LING; No. K/P : 711017-07-5780

Tel : 016 – 3215409E-mail : daphuluselangor@gmail.com

No.17A, Taman Gamelan44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan.

12.

A. RAJOO NAIDU A/L APPALASAMY; No. K/P : 610521-08-6195

Tel : 017 – 65917748E-mail : tiada

No. 170, Taman Juta44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan.

13.

SANTOKH SINGH A/L GURDEV SINGH; No. K/P : 640206-08-5499

Tel : 019 – 2108137 E-mail : santokh_cheema@yahoo.com

No. 69, Lebuh Sembilang 2Kaw. 7, Off Jalan Teluk Pulai41100 Klang.

14.

ABDUL WAHID BIN BASRI; No. K/P : 500110-10-5307

Tel : 019 – 2204884E-mail : alwahidligamas@yahoo.com

No. 13, Kg. SekolahBatang Kali44300 Selangor.

15.

ABDUL SUKOR BIN ALI; No. K/P : 471111-10-5413

Tel T: 019 – 3853190 E-mail : absu47@yahoo.com

220, Taman Ampang Indah44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan.

16.

MOHAMMED SALLEH BIN RI; No. K/P : 741010-10-6107

Tel : 019 – 5261522E-mail : wew5647@yahoo.com

Lot : 1098Kg Jelutong Tambahan44100 Kalumpang.

17.

MAHYUDDIN BIN ISMAIL; No. K/P : 481025-06-5493

Tel : 013 – 3910788E-mail : tiada

17, Jln Anggerik 1B/8Desa Anggerik48200 Serendah.

18.

MD. RIDZUAN BIN MD.IDRIS; No. K/P : 610209-10-6155

Tel : 012 – 6201236E-mail : tiada

26, Jln 14Taman Seruling44000 Kuala Kubu Bharu.

19.

MOHD YUSOF BIN ABDUL RAHMAN; No. K/P : 640630-01-5959

Tel : 013 – 3484990E-mail : mdyusof@gmail.com

No. 48, Jalan Kemboja 4A/2Sek BS8, Bukit Sentosa 348300 Rawang.

20.

ONG THIAM HOCK; No. K/P : 690205-10-5465

Tel : 019 – 3206007E-mail : ongthleng@yahoo.com.my

No. 16, KG. GurneyUlu Yam Bahru44300 Batang Kali.

21.

KAEVAN RAGHAVAN; No. K/P : 581218-10-6229

Tel : 019 – 6743100 E : keevan7@yahoo.com

No. 10, Jalan Damai 2Tmn Damai, Ampang Pecah44000 Kuala Kubu Bharu.

22.

K. SUPPIAH A/L KURUSAMY; No. K/P : 630722-10-6357

Tel : 019 – 2636357 E-mail : tiada

No. 53, KL Tin Mine44100 KalumpangHulu Selangor.

23.

LOH TAI FATT; No. K/P : 610815-10-6569

Tel : 013 – 3213551 E-mail : tiada

No. 66, Jalan Besar48200 SerendahSelangor Darul Ehsan.

MEMANG BENAR INI ADALAH EPISOD TARBIYAH KEPADA SEMUA AHLI PAS.

Khamis, 24 Julai 2008

Melihat suasana terkini, cuaca seperti sudah reda dari hujan lebat. Maaf, bukan hujan lebat, tetapi dilihat seperti sudah reda dari ribut taufan skala Myanmar. Bising-bising, kutuk mengutuk, berburuk sangka, marah memarahi tanpa adab, sembur-menyembur ungkapan hina-dina dan tohmah mentohmah kepada kepimpinan PAS oleh ahli PAS sendiri seperti sudah hilang dan sayu.

Bukan setakat ahli PAS tahunan RM3.00, tetapi yang seumur hidup RM100, yang memegang jawatan dan juga yang memegang jawatan EXCO negeri pun ada yang terbabas dengan riuh rendah berkata-kata tentang tidak setujunya kepada kepimpinan dengan cara yang agak meresahkan kami yang hanya ahli 'grass root' PAS.

Muzakarah telah bertukar menjadi muqabalah. Perbedaan pendapat rupa-rupanya jika diperhalusi dengan tenang dan iman, sebenarnya adalah persamaan yang tidak ternampak oleh kita kerana kejahilan melihat tindak tanduk seseorang. Tok Guru Nik Aziz yang kami cintai, Tok Guru Abdul Hadi yang kami kagumi, kedua-duanya adalah tokoh besar yang cintakan Islam lebih dari segala-galanya.

Mungkin boleh diperhalusi, sebenarnya perkara ini berlaku adalah kerana sebagai ujian dari Allah SWT kepada ahli PAS. Ujian dari Allah untuk melihat akhlak kita sebagai jemaah Islam terhadap kepimpinan. Ujian dari Allah untuk kita sebagai individu sendiri untuk diperhalusi, adakah kita ini berada di dalam jemaah untuk Islam atau untuk kedudukan. Untuk akhirat atau untuk dunia.

Adakah mungkin kita telah dikaburi dengan kemenangan dan jawatan sehingga menganggap kedudukan kita yang sudah berjawatan adalah setaraf dengan kepimpinan tertinggi jemaah, Presiden dan Mursyidul Am.

Paling dirasai ialah ahli-ahli 'grass root'. Sifat kurang diajar dan biadap kepada kepimpinan seperti telah diluahkan seluah-luahnya kepada kepimpinan dengan peristiwa ini. Sesiapa ahli yang sudah terlanjur, maka inilah masanya untuk kita untuk bermuhasabah diri, untuk kita menginsafi kepada perlakuan kita, untuk melihat ego kita yang sememangnya ego tidak bertempat, untuk bertaubat agar akhlak Islam di dalam jemaah diperkukuhkan agar tidak mengulangi perkara yang tidak dirancang ini dari berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Semua ahli patut beristighfar banyak-banyak meminta keampunan kepada Allah, agar sifat buruk yang telah ditonjolkan oleh kita dibuang sejauh-jauhnya agar tiada lagi sifat buruk ini terpalit di dalam hati kita.

Bersyukur kita kepada Allah, kerana berlakunya peristiwa muzakarah ini, alhamdulillah, diharap dengan tarbiyah ini, maka jemaah Parti Islam SeMalaysia menjadi lebih kukuh dan kuat kerana kemungkinan, perang yang lebih besar sedang menanti kita di masa mendatang. Takbir!

SEDANGKAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB PUN MASUK ISLAM.

Jumaat, 18 Julai 2008

Semasa zaman Rasulullah SAW berdakwah di Mekah, nama Omar Al-Khattab adalah nama yang paling dibenci dan digeruni oleh sahabat-sahabat nabi dan insan-insan yang telah menerima Islam sebagai Ad-Deen sebelum saidina Omar menerima Islam.

Rasulullah sungguh mengharapkan, setiap kali doa Rasulullah kepada Allah SWT, agar salah satu Omar daripada dua Omar menerima Islam sebagai agamanya. Yang dimaksudkan dua Omar itu adalah saidina Omar sendiri dan Abu Jahal, dua orang penentang dan musuh utama Islam semasa zaman permulaan dakwah Rasulullah SAW.

Dengan izin Allah, maka hidayah milik mutlak Allah telah diberikan kepada saidina Omar Al-Khattab, sehinggakan Rasulullah SAW sendiri tidak menyangka saidina Omar yang dahulunya memang cukup anti dengan Islam, berhati batu dengan kezaliman, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Maka setelah itu, kaum kafir Quraish telah menampakkan sedikit kegerunan untuk menyeksa umat Islam Mekah.

Cuba kita bayangkan, sekarang, presiden Amerika George W. Bush Junior, yang sememangnya anti Islam dan sungguh bermusuh dengan agama Allah ini, tiba-tiba, datang kepada Yusof Qordawi, dan memeluk Islam sambil dibuat siaran langsung seluruh dunia, begitulah rasanya mungkin, umat Islam di Mekah ketika Saidina Omar memeluk Islam, rasa seperti tidak percaya. Tetapi, ini semua kerja Allah SWT, hidayah adalah hak mutlak Allah, kita sebagai umat Islam, hanya wajib untuk berdakwah dan berdakwah selagi mampu.

Mutakhir ini, riuh rendah jugalah komentar-komentar manusia mengenai perkara-perkara berkenaan dakwah ini, terutama cerita berkenaan dengan politik negara Malaysia. Terdapat satu jemaah Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia ingin bermuzakarah atau berbincang bahasa mudahnya dengan sebuah parti neo-sekular yang berlandaskan Kebangsaan atau Assabiyah iaitu dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu, Pekembar atau telah di Inggeriskan dengan nama singkatan UMNO.

Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada yang buat tidak tahu sahaja. Ada yang tidak bersetuju dengan mengutuk-ngutuk jemaah PAS dan ada yang tidak bersetuju dengan cara nasihat menasihati. Ada juga yang melenting dan ada juga yang masih di dalam keadaan sedar apabila mengkritik. Biasalah, apabila ada satu isu yang besar, maka kritikan yang diterima juga adalah besar.

Bagi ana, secara peribadi, bukan melibatkan Pemuda Cawangan dan PAS Cawangan, pada mula isu ini, iaitu 1-2 bulan selepas pilihanraya, ana juga melenting kerana tahap kebencian ana kepada parti UMNO adalah terlalu tinggi. Kebencian kepada UMNO adalah kerana sifatnya yang musuh Islam dan menipu bulat-bulat umat Melayu dengan Islam celup yang selalu diputar alamkan oleh UMNO yang sungguh munafik.

Tetapi, setelah mendengar penjelasan dari pimpinan dan ustaz-ustaz tentang kewajiban berdakwah ini, barulah ana terperasan, bahawa ana telah tersilap langkah, iaitu walau seteruk mana sekalipun tahap kebencian seseorang itu terhadap Islam, kita sebagai jemaah Islam yang tugas utamanya adalah berdakwah, masih wajib untuk berdakwah kepada mereka yang memang jelas memusuhi Islam. Maka apa kurangnya UMNO, kerana bukan semua ahli UMNO yang jelas-jelas memerangi Islam seperti Rais Yatim dan Najib, kerana mereka terang-terangan mengatakan tidak kepada negara Islam, seperti juga kepada kepimpinan MCA, MIC, Gerakan dan DAP, tetapi kepimpinan yang lain, yang masih mempergunakan Islam 'hadhari'nya untuk kepentingan diri sendiri, boleh di bawa berdakwah agar hidayah cahaya Islam terpancar kepada hati mereka yang telah sedikit ke arah mati.

Mungkin juga Najib dan Rais Yatim juga akan bertaubat dan menerima Islam sebagai perjuangan. Kita mana tahu, hidayah adalah milik mutlak Allah, kerja kita hanya berdakwah kepada mereka tentang Islam.

Perlu diingat juga, muzakarah ini bukannya bermaksud, PAS dan UMNO akan bersatu, tidak sama sekali. PAS dan UMNO tidak akan bersatu selama-lamanya kerana selagi UMNO itu sebagai parti politik masih berpegang kepada semangat kebangsaan Melayunya, selagi itulah ianya adalah parti yang bukan berpegang kepada Islam. Memperjuangkan Assabiyah tetap haram sehingga kiamat.

Apa yang boleh dibincangkan ialah ahli UMNO bertaubat dan bersama-sama dengan jemaah PAS memperjuangkan Islam dibumi Malaysia ini dan juga memperjuangkan kembali kewujudan Khalifah Islam di muka bumi ini. Ini yang ana harapkan. InsyaAllah.

PATUTLAH SHARLINIE MASIH TIDAK BERJUMPA

Khamis, 17 Julai 2008

Hati terasa gundah gulana melihat arah tuju politik tanahair. Berbagai-bagai peristiwa dan cerita yang penuh muslihat lagi kontroversi sedang cuba dimainkan oleh mereka-mereka yang gila kuasa untuk mentadbir kewangan Malaysia sehingga kiamat.

Ya, ana sebut kewangan Malaysia, kerana yang melampau-lampau sangat ingin memegang kuasa pemerintahan di Malaysia ini adalah mereka-mereka yang hanya pandang kepada habuan yang akan diterima oleh mereka, keluarga mereka, kroni mereka dan mereka-mereka yang mereka kenal untuk dikayakan sehingga bertimbun-timbun harta 15 keturunan tidak habis makan dan minum.

Sungguh taksubnya mereka untuk kekal berkuasa kepada kewangan negara sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang pelik-pelik lagi bukan-bukan tanpa tahu sempadan dosa dan haram. Sanggup bermain-main dengan fitnah melampau dan juga dengan sambil lewa sungguh senang mengaibkan manusia kerana ingin kekal kuasa kewangan negara untuk diri masing-masing.

Pelik tapi benar, inilah yang berlaku di bumi tanahairku tercinta, untuk menangkap seorang manusia atas tuduhan seks luar tabie, sehingga 30 anggota polis perlu digunakan untuk menangkap seorang manusia yang sudah berumur dan pinggang yang rosak. Penangkapnya pula adalah seperti golongan komando super elit dengan bertopeng ala ninja seperti hendak menangkap ketua gangster seantorio dunia kuasanya. Sungguh pelik, tidak masuk akal dan membuang duit rakyat yang telah membayar gaji polis-polis ini untuk menjaga keamanan rakyat.

Lagi tidak masuk akal dan pelik ditahap gaban jepun, pada tarikh 14 Julai 2008, dengan tidak semena-mena, Kuala Lumpur telah di'jam'kan dengan sengaja oleh pihak polis kerana berpuluh-puluh sekatan jalanraya telah dibuat oleh polis untuk memasuki K.L. Belum ditambah beratus-ratus anggota polis dan tentera yang mengawal Parlimen dan Angkasapuri atas sebab-sebab yang tiada bersebab. Sibuk sungguh polis sehingga mereka terlupa bahawa adik Sharlinie masih belum ditemui sehingga sekarang.

Malah dianggar lebih ramai lagi kanak-kanak kecil yang telah diculik oleh manusia yang jahat masih belum dijumpai oleh polis-polis Malaysia yang kononnya begitu cekap untuk 'mencekup' penjenayah.

Di mana kamu semua wahai polis ketika adik Sharlinie masih belum ditemui? Kenapa menyibuk-nyibuk diri anda dengan bermain-main politik bersama-sama manusia-manusia politik jahat? Hidup atau sudah meninggal dunia adik Sharlinie. Adakah suspek jenayah culik ini sudah dikenal pasti? Berapa ramai agaknya pegawai polis yang bertanggung jawab untuk menyiasat kes adik Sharlinie ini sehingga sekarang tiadanya kabar berita?

Ana sudah menyampah melihat muka Dato Bakri Zenin terpampang dimuka TV bercerita tentang kes rogol lelaki dengan lelaki. Kes yang sudah beribu-ribu kes rogol di Malaysia ini, mengapa satu kes yang masih belum hendak dibuktikan menjadi kes terpenting seluruh Malaysia? Apa cerita dengan adik Sharlinie? Apakah perasaan ibu dan ayah adik Sharlinie melihat telatah polis yang sibuk-sibuk dengan kes yang entah apa-apa entahlah. Jika ana, ana sudah lama melenting.

Sudah menjadi kebiasaankah manusia-manusia di bumi Malaysia ini hidup di dalam keadaan yang kelam kabut sekarang ini. Bilakah masanya mereka yang memegang kuasa ingin bertaubat dan insaf bahawa mereka ini hidup di dunia yang tiada nilai bagi Allah. Dunia ini hanya tin kosong yang setaraf sampah sarap. Ianya hanya bernilai setelah tin kosong itu diisi dengan iman dan Islam. Jika tiadanya 2 elemen itu, rugilah anda semua hidup di dunia hanya semata-mata untuk menunggu seksa di neraka Allah. Rugi,.......

PROTES SAMPAI TURUN

Isnin, 7 Julai 2008

Semalam ana ke stadium kelana jaya. Sorang diri sahaja. Pergi ke sana jam 3.30ptg. Hanya semata-mata untuk memujuk diri agar ana juga telah menjalankan tugas hadir ke demo protes kenaikan harga minyak. Ana sebenarnya tidak mahu pergi, bukannya kerana boikot perhimpunan Protes, tetapi agak tidak setuju cara perjalanan demonstrasi yang telah bertukar menjadi karnival.

Ana balik jam 4.30petang, hanya sejam sahaja ana berada di sana, dan ana bersyukur ana balik awal kerana jika balik sehingga ke malam, maka ana mungkin orang yang keempat naik ke pentas memberi 'kata dua' kepada kumpulan carberator Dung.

Tapi itu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalahnya ialah melihat rakyat Malaysia yang tidak memberi 'support' langsung kepada karnivel ini. Ana rasa cukup pelik. Tidak terasa bersalah langsung untuk tidak bersama-sama di dalam karnivel itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati tentang kenaikan harga minyak.

Jika mereka yang dari luar KL atau lembah Kelang, ana bolehlah maafkan sebab berbagai-bagai sekatan jalan raya dibuat agar mereka dari luar lembah Klang tidak boleh memasuki KL. Tetapi, mereka-mereka yang memang menetap di KL, Tidak sampai 0.1% penduduk lembah Klang yang hadir. Apalah punya cerita ni.

Jika ya pun takut dengan demonstrasi, takkan lah dengan karnivel pun takut? Siap ada jualan seperti pasar malam lagi di luar stadium. Semua ada, kecuali baju merah protes, habis licin dijual. Mungkin juga rakyat marhaen di KL sudah boleh terima harga petrol RM2.70, ataupun mungkin juga rakyat marhaen KL fikir 2-3 kali untuk kesana, yelah, untuk ke kelana jaya perlukan duit petrol. Betul juga ye,....

Walaubagaimanapun, ana mengucapkan syabas kepada pihak yang menganjurkan karnivel Protes ini, dan mungkin di harap karnivel ini dibuat lagi, tetapi ditukar menjadi demonstrasi jalanan yang betul-betul di jalanraya agar kami semua dapat menikmati air asid dan asap gas pemedih mata seperti mana pada himpunan Bersih dahulu di depan masjid jame'. Boleh jugalah ana ceritakan pada anak-anak ana 'keseronokan' merasai 3 kali air asid dan 2 kali gas pemedih mata. Sakitnya, hanya orang yang sudah kena sahaja yang tahu.

Mungkin ramai yang mengatakan demostrasi ini membuang masa dan menyusahkan orang, tapi mereka lupa, kerana demonstrasi di Indonesia, harga petrol di sana masih tetap RM2.38 sen. Maka, adalah lebih berkesan sekiranya diadakan demonstrasi lagi dan lagi sehingga harga petrol turun. Protes sampai turun.

BARU TERASA BETAPA WAJIBNYA HUDUD.

Jumaat, 4 Julai 2008

Walaupun sibuk dengan bekerja, namun jari-jemari ana terasa sungguh gatal untuk menekan keyboard bagi menulis artikel ini. Ana rasa perlu dan penuh tanggungjawab ana sebagai seorang Islam dan pendokong kepada perjuangan menegakkan syariah Allah dibumi Malaysia untuk menulis apa yang ana hendak tulis.

Semenjak dua menjak ini, sibuk manusia-manusia seantorio Malaysia telinganya dihidangkan dengan kes tuduh-menuduh liwat-meliwat. Ada yang kata fitnah, ada yang kata betul dan ada yang buat tak tau tak mahu ambil tahu.

Kemudian wujud pula pertuduhan zina dari seorang manusia dari akuan bersumpahnya walaupun bukan secara langsung pertuduhan, tetapi secara tidak langsung akuan itu mengatakan TPM kita berzina dengan manusia yang sungguh dikenali seluruh Malaysia. Ada manusia yang percaya, ada yang tidak dan ada yang tidak tahu buat-buat tak tahu.

Seluruh kedai kopi, kedai mamak dan kedai tom yam, mereka-mereka yang makan-makan dan minum-minum akan bercakap-cakap dan tuduh-menuduh orang ini meliwatlah, orang ini berzinalah, orang ini gila seks dan berbagai-bagai lagi tohmahan yang tidak elok.

Soalannya disini ialah, bolehkah kita sebagai rakyat marhaen dengan selamba rocknya mengatakan TPM kita telah berzina sama itu Mongolia? Jawapannya tidak boleh dan dilarang sama sekali. Pertuduhan yang kita hendak tuduh ini, samada pertuduhan liwat kepada Anwar dan pertuduhan zina kepada Najib, adalah pertuduhan undang-undang hudud. Ianya adalah undang-undang yang telah 'digazetkan' oleh Allah kepada kita untuk dilaksanakan bukannya digazetkan oleh Parlimen dan Perlembagaan.

Pertuduhan zina kepada mereka ini, hukumannya jika didapati bersalah adalah hukuman mati. Rejam sehingga mati. Berzina ketika sudah beristeri. Sesiapa pula yang menuduh mereka ini berzina dan tidak mencukupi pula bukti-bukti yang telah dinyatakan oleh Al-Quran bukti-bukti yang perlu dibuktikan, maka hukuman sebat perlu dikenakan kepada mereka dan persaksian mereka akan diharamkan.

Oleh itu, wahai sekelian manusia di bumi Malaysia ini, agar menjaga mulut kerana menuduh orang berzina (@liwat), jika ianya fitnah, maka berdosa yang amat besar akan ditanggung oleh kita. Jika berborak, bercakap atau berdiskusi dengan sesiapa tentang perkara ini, maka dinasihatkan, tolong lencongkan kepada perkara yang lain. Jangan hendak memandai-mandai mengatakan orang ini berzina dengan si fulan atau orang itu meliwat dengan sifulan. Tolong jangan buat dosa. Tolonglah,....

HARI INI SAYA LETIH

Rabu, 2 Julai 2008

Letih hari ini bekerja. 2 dalam 1. Perlu mengajar instuktor dari MARA ilmu foundri, dan terpaksa melayan mamat dari UK yang sedang buat testing mesin RM24 juta untuk di komisioning bulan Ogos ini. Sesangat-sangat letih.

Walaupun letih, adalah juga sempat membuka internet melihat perkembangan semasa. Memang benar dan tepat sangkaan ana, majoritinya kes liwat, konspirasi dan Saiful Bukhari. Tiada cerita lain. Geli mendengarnya.

Ana bukannya apa. Takut-takut pejuang2 perubahan terlupa cerita-cerita yang lain. Cerita minyak, cerita protes, cerita parlimen dan cerita pentadbiran negeri dan negara. Kos hidup masih tinggi. Hendak isi minyak, darah sekali naik tinggi. Hendak beli susu anak, RM50 seperti tiada nilai. Hendak beli pampers anak, asyik-asyik tukar harga dari sehari ke sehari.

Semalam hendak pergi stadium melihat Anwar pun tak jadi. Sebab kira-kira duit saku, terlebih bajet sehari. Ini tak boleh jadi ni. Percepatkanlah pertukaran kerajaan, agar rakyat dapat hidup senang, biar kerajaan hidup susah. Amacam? ada harapan?

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut