PATUTLAH SHARLINIE MASIH TIDAK BERJUMPA

Khamis, 17 Julai 2008

Hati terasa gundah gulana melihat arah tuju politik tanahair. Berbagai-bagai peristiwa dan cerita yang penuh muslihat lagi kontroversi sedang cuba dimainkan oleh mereka-mereka yang gila kuasa untuk mentadbir kewangan Malaysia sehingga kiamat.

Ya, ana sebut kewangan Malaysia, kerana yang melampau-lampau sangat ingin memegang kuasa pemerintahan di Malaysia ini adalah mereka-mereka yang hanya pandang kepada habuan yang akan diterima oleh mereka, keluarga mereka, kroni mereka dan mereka-mereka yang mereka kenal untuk dikayakan sehingga bertimbun-timbun harta 15 keturunan tidak habis makan dan minum.

Sungguh taksubnya mereka untuk kekal berkuasa kepada kewangan negara sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang pelik-pelik lagi bukan-bukan tanpa tahu sempadan dosa dan haram. Sanggup bermain-main dengan fitnah melampau dan juga dengan sambil lewa sungguh senang mengaibkan manusia kerana ingin kekal kuasa kewangan negara untuk diri masing-masing.

Pelik tapi benar, inilah yang berlaku di bumi tanahairku tercinta, untuk menangkap seorang manusia atas tuduhan seks luar tabie, sehingga 30 anggota polis perlu digunakan untuk menangkap seorang manusia yang sudah berumur dan pinggang yang rosak. Penangkapnya pula adalah seperti golongan komando super elit dengan bertopeng ala ninja seperti hendak menangkap ketua gangster seantorio dunia kuasanya. Sungguh pelik, tidak masuk akal dan membuang duit rakyat yang telah membayar gaji polis-polis ini untuk menjaga keamanan rakyat.

Lagi tidak masuk akal dan pelik ditahap gaban jepun, pada tarikh 14 Julai 2008, dengan tidak semena-mena, Kuala Lumpur telah di'jam'kan dengan sengaja oleh pihak polis kerana berpuluh-puluh sekatan jalanraya telah dibuat oleh polis untuk memasuki K.L. Belum ditambah beratus-ratus anggota polis dan tentera yang mengawal Parlimen dan Angkasapuri atas sebab-sebab yang tiada bersebab. Sibuk sungguh polis sehingga mereka terlupa bahawa adik Sharlinie masih belum ditemui sehingga sekarang.

Malah dianggar lebih ramai lagi kanak-kanak kecil yang telah diculik oleh manusia yang jahat masih belum dijumpai oleh polis-polis Malaysia yang kononnya begitu cekap untuk 'mencekup' penjenayah.

Di mana kamu semua wahai polis ketika adik Sharlinie masih belum ditemui? Kenapa menyibuk-nyibuk diri anda dengan bermain-main politik bersama-sama manusia-manusia politik jahat? Hidup atau sudah meninggal dunia adik Sharlinie. Adakah suspek jenayah culik ini sudah dikenal pasti? Berapa ramai agaknya pegawai polis yang bertanggung jawab untuk menyiasat kes adik Sharlinie ini sehingga sekarang tiadanya kabar berita?

Ana sudah menyampah melihat muka Dato Bakri Zenin terpampang dimuka TV bercerita tentang kes rogol lelaki dengan lelaki. Kes yang sudah beribu-ribu kes rogol di Malaysia ini, mengapa satu kes yang masih belum hendak dibuktikan menjadi kes terpenting seluruh Malaysia? Apa cerita dengan adik Sharlinie? Apakah perasaan ibu dan ayah adik Sharlinie melihat telatah polis yang sibuk-sibuk dengan kes yang entah apa-apa entahlah. Jika ana, ana sudah lama melenting.

Sudah menjadi kebiasaankah manusia-manusia di bumi Malaysia ini hidup di dalam keadaan yang kelam kabut sekarang ini. Bilakah masanya mereka yang memegang kuasa ingin bertaubat dan insaf bahawa mereka ini hidup di dunia yang tiada nilai bagi Allah. Dunia ini hanya tin kosong yang setaraf sampah sarap. Ianya hanya bernilai setelah tin kosong itu diisi dengan iman dan Islam. Jika tiadanya 2 elemen itu, rugilah anda semua hidup di dunia hanya semata-mata untuk menunggu seksa di neraka Allah. Rugi,.......

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut