PROTES SAMPAI TURUN

Isnin, 7 Julai 2008

Semalam ana ke stadium kelana jaya. Sorang diri sahaja. Pergi ke sana jam 3.30ptg. Hanya semata-mata untuk memujuk diri agar ana juga telah menjalankan tugas hadir ke demo protes kenaikan harga minyak. Ana sebenarnya tidak mahu pergi, bukannya kerana boikot perhimpunan Protes, tetapi agak tidak setuju cara perjalanan demonstrasi yang telah bertukar menjadi karnival.

Ana balik jam 4.30petang, hanya sejam sahaja ana berada di sana, dan ana bersyukur ana balik awal kerana jika balik sehingga ke malam, maka ana mungkin orang yang keempat naik ke pentas memberi 'kata dua' kepada kumpulan carberator Dung.

Tapi itu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalahnya ialah melihat rakyat Malaysia yang tidak memberi 'support' langsung kepada karnivel ini. Ana rasa cukup pelik. Tidak terasa bersalah langsung untuk tidak bersama-sama di dalam karnivel itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati tentang kenaikan harga minyak.

Jika mereka yang dari luar KL atau lembah Kelang, ana bolehlah maafkan sebab berbagai-bagai sekatan jalan raya dibuat agar mereka dari luar lembah Klang tidak boleh memasuki KL. Tetapi, mereka-mereka yang memang menetap di KL, Tidak sampai 0.1% penduduk lembah Klang yang hadir. Apalah punya cerita ni.

Jika ya pun takut dengan demonstrasi, takkan lah dengan karnivel pun takut? Siap ada jualan seperti pasar malam lagi di luar stadium. Semua ada, kecuali baju merah protes, habis licin dijual. Mungkin juga rakyat marhaen di KL sudah boleh terima harga petrol RM2.70, ataupun mungkin juga rakyat marhaen KL fikir 2-3 kali untuk kesana, yelah, untuk ke kelana jaya perlukan duit petrol. Betul juga ye,....

Walaubagaimanapun, ana mengucapkan syabas kepada pihak yang menganjurkan karnivel Protes ini, dan mungkin di harap karnivel ini dibuat lagi, tetapi ditukar menjadi demonstrasi jalanan yang betul-betul di jalanraya agar kami semua dapat menikmati air asid dan asap gas pemedih mata seperti mana pada himpunan Bersih dahulu di depan masjid jame'. Boleh jugalah ana ceritakan pada anak-anak ana 'keseronokan' merasai 3 kali air asid dan 2 kali gas pemedih mata. Sakitnya, hanya orang yang sudah kena sahaja yang tahu.

Mungkin ramai yang mengatakan demostrasi ini membuang masa dan menyusahkan orang, tapi mereka lupa, kerana demonstrasi di Indonesia, harga petrol di sana masih tetap RM2.38 sen. Maka, adalah lebih berkesan sekiranya diadakan demonstrasi lagi dan lagi sehingga harga petrol turun. Protes sampai turun.

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut