PAS CAWANGAN RASA AKAN ADA BANGUNAN MARKAS.

Rabu, 17 Disember 2008

Pas cawangan Rasa insyaAllah pada awal bulan hijriah ini akan membuka markas atau pusat khidmat masyarakat PAS Cawangan Rasa di lot rumah kedai (tingkat 1) berdekatan dengan Taman Rasa Indah.

Markas ini akan digunakan untuk kerja-kerja dakwah Islam, kerja-kerja kemasyarakatan dan kerja-kerja jemaah. InsyaAllah, dengan adanya markas ini, kerja-kerja jemaah akan lebih tersusun dan teratur.

Segala aktiviti jemaah akan dilakukan di sini samada aktiviti dari PAS Cawangan, Dewan Pemuda dan juga Dewan Muslimat serta Nisa' sekalipun.

Walaubagaimanapun, PAS Cawangan Rasa mengharapkan agar kerjasama dari semua ahli PAS Cawangan Rasa untuk menginfa'kan sedikit wang ringgit setiap bulan. Ini adalah kerana markas ini disewa sebulan sebanyak RM350.00. Maka oleh itu, infa' dari ahli amat-amat diperlukan pada setiap bulan. Ini tidak termasuk bil air dan elektrik.

Pada permulaan penyewaan rumah kedai ini, PAS Cawangan Rasa perlu mengeluarkan modal sebanyak RM1,700.00. Ianya adalah sebagai deposit 2 bulan sewa, deposit air (rumah kedai) RM500/= dan deposit elektrik (rumah kedai) RM500/=. PAS Cawangan Rasa sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja mencari dana untuk menampung kos deposit ini.

Oleh itu, kepada sesiapa yang terblog blog ini, maka kami amat mengharapkan infa' dari seluruh masyarakat untuk meringankan bebanan kami ini.
Kepada sesiapa yang ingin memberi dana kepada PAS Cawangan Rasa, bolehlah terus berjumpa dengan ;

-Ketua Cawangan PAS cawangan Rasa
(Hj. Sahyar Hassan - hp:- 013-605 9291)

-Setiausaha PAS cawangan Rasa
(Saudara Mazwandi Mustaffa - hp :- 013-310 2710)

atau masukkan terus wang dana ke ;

Bank Maybank - Mazwandi Bin Mustaffa ; no. akaun - 1620 7655 8927

(tolong sms atau telefon saudara Mazwandi jika memberi dana terus ke akaun ini. Untuk makluman, PAS Cawangan Rasa masih tidak membuka akaun bank lagi, jika akaun bank cawangan telah dibuka, maka TIDAK perlu lagi akaun di atas digunakan)

Diharap maklumkan.

-surat memohon infa' akan dipaparkan kemudian.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yang bagus tp populariti Pakatan Rakyat semakin kurang diminati di kawasan RASA (sumber survey yg boleh dipercayai) ini disebabkan oleh perlantikan ketua kampung anda yang baru yang banyak menyebabkan impak negatif dan juga menyebabkan pengundi atas pagar berpihak kepada BN.

Tanpa Nama berkata...

60.52.198.81

Tanpa Nama berkata...

60.25.198.21

Lebai Cute berkata...

cam tuh kena kerja kuat sikit insyallah boleh tuh.

jdm rasa berkata...

Kita tunggu je pru13,adakah impak tu msh lagi didalam negetif atau pun sebaliknya.

Mmg terlalu banyak sumber2 yang boleh di percayai n tdk kite nafikan,cumenya kite kene juge tau yang sumber tu dtg nye dari sebelah pihak atau dari orang yang tdk terlibat didalam parti.

Al maklum sje la skrg ni,undang2 nabi pun org umno dah ubah suai.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut