TANGGAL 22 ZULHIJJAH 1429, SABTU, PAS CAWANGAN RASA SUDAH ADA MARKAS.

Sabtu, 20 Disember 2008

Makluman :
Dengan rasminya, pada tanggal 22 Zulhijjah 1429, pada jam 10.30 pagi, bersamaan 20 Disember 2008, hari Sabtu, PAS Cawangan Rasa telah mempunyai bangunan Markas di rumah kedai No23A, Jalan Damar 1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, Hulu Selangor.

Perjanjian telah dibuat diantara pemilik rumah kedai, Miss Lu Wee Cheng (A2203001) dengan En. Mazwandi bin Mustaffa (Setiausaha cawangan), untuk menyewa rumah kedai untuk perjanjian selama setahun dengan kadar sewa bulanan RM350/= didahului dengan deposit sebanyak RM1,700/=.

Walaupun perjanjian adalah dari seorang individu iaitu dari saudara Mazwandi bin Mustaffa dengan pemilik rumah kedai, tetapi secara jelasnya, pemilik rumah kedai itu mengetahui bahawa rumah kedai itu akan dijadikan markas Parti Islam SeMalaysia (PAS) cawangan Rasa.

Maka, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, PAS cawangan Rasa tidak perlu lagi menumpang pada kediaman sesiapa untuk menjalankan aktiviti jemaah.
Takbir!


-S.U

2 comments:

Salam Ziarah blog,
Ana Amri Abdullah Sani(019-2799147)
RWG_expedite@tls.com.my

PAS Zon Bukit Beruntung baru sahaja berpindah ke Markas baru yang agak kecil sedikit dari markas lama.

So, ada beberapa meja,dapur gas jenis besar(yang ada stove) yang kami tidak bawa ke markas baru.

Jika ada keperluan daripada PAS Rasa, ana akan ajukan kepada jemaah dalam perjumpaan akan datang..

Harap Maklum,

Allahuakbar!

Lebai Cute berkata...

bagusss....

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut