MAT ISA DAPAT TEKANAN DARI PEMBANGKANG?

Khamis, 30 Julai 2009

Berita dari berita harian:

(Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor. )


Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung

KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.

Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.

“Saya tidak malu melakukan kerja menjual durian ini. Apa boleh buat elaun kena gantung. Nasib rakyat perlu dibela walaupun hidup dalam serba kekurangan ini.

Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.

“Saya bersyukur kerana ramai pelanggan memberi sokongan membeli durian di sini. Pendapatan mencecah RM700 setiap malam digunakan untuk kos penyelenggaraan sewa pejabat, gaji pekerja dan sumbangan kepada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .

“Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Komen PAS Cawangan Rasa :


Ini adalah isi kandungan dari berita harian berkenaan seorang ADUN pembangkang negeri Selangor yang menetap di Kampung Melayu Rasa Tambahan kononnya terpaksa menjual durian untuk menampung kos kerja-kerja wakil rakyat. Eloklah itu, akhirnya pandai juga ADUN Batang Kali anak kelahiran Rasa ini berniaga secara halal, menjual buah durian.

Eloklah juga rasanya agar ADUN pembangkang ini faham bahawasanya dia adalah pembangkang, bukan ADUN pemerintah di negeri Selangor. Yang menjadi tidak bijaknya ADUN ini ialah apabila dia menyatakan dia tidak berputus asa membuat kerja ini kerana mendapat tekanan pembangkang, seperti mana dinyatakan didalam laporang Berita Harian “Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam."


Hendak dikatakan tidak berpelajaran, masakan tidak kerana beliau adalah seorang wakil rakyat. Mustahil rasanya parti Umno tidak melihat kepada kepandaian IQ seseorang sebelum di'nobat'kan bertanding sebagai wakil rakyat. Bila masa pula dia jadi ADUN pemerintah, dia kan ADUN PEMBANGKANG.

Namun, mungkin juga, apa yang dirujuk oleh ADUN batang kali ini iaitu mendapat tekanan dari pihak pembangkang, adalah pembangkang yang sebenar di negeri Selangor iaitu Umno. Bukannya pembangkang yang digelarkan oleh puak Umno ini kepada Kerajaan PR yang MEMERINTAH. Perkara ini tidak mustahil berlaku..... mulut ahli politik umno selalunya berlapik-lapik.

Adakah sebenarnya, pihak pembangkang Umno ini sedang memberi tekanan kepada ADUN Batang Kali, anak jati kampung Rasa ini? Adakah sesuatu sedang berlaku, atau sesuatu pergolakan telah dan sedang melanda Umno di gugusan Batang Kali ini? Adakah kes yang berat lagi teruk sedang ditanggung oleh Umno batang kali kerana terdapat kes sensasi yang berlaku kepada kepimpinan mereka? Bukan PR yang buat cerita, bukannnya PKR dan DAP yang buat cerita, lebih-lebih lagi bukannya jemaah PAS yang buat cerita. Tetapi dari pihak Umno lah punca cerita yang tidak sepatutnya didengar oleh manusia-manusia biasa.

Kasihan juga kami dari jemaah PAS melihat apa yang berlaku kepada ADUN Batang Kali ini. Sudahlah ditarik elaun DUN, kemudian diberi tekanan lagi oleh rakan-rakannya didalam parti beliau sendiri. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula itu, kalau setakat tangga kayu takpe lagi, tetapi ditimpa tangga besi 10 tan. Sakit kepala dibuatnya,......

BALAI RAYA @ DEWAN MILIK TAMAN RASA UTAMA AKAN DIAMANAHKAN KEPADA PIHAK YANG SEPATUTNYA, INSYAALLAH.

Jumaat, 24 Julai 2009

(Balai raya milik kerajaan negeri sepatutnya diselenggarakan oleh wakil kerajaan negeri, bukan pembangkang umno)

Taman Rasa Utama adalah sebuah taman dimana penduduknya terdiri daripada masyarakat yang berbagai-bagai bangsa dan keturunan. Melayu dan India boleh dikatakan seimbang didalam jumlah penduduknya manakala kaum Cina adalah minoriti penduduk disini.

Terdapat sebuah dewan atau balai raya milik kerajaan negeri di taman ini. Ianya adalah sebuah bangunan yang agak cantik dan masih didalam keadaan boleh guna. Balai raya ini adalah salah satu balai raya yang masih dipegang kuncinya oleh pemerintah dahulu (umno).

Selama setahun, wakil JKKK memberi peluang kepada si pemegang kunci itu untuk menguruskan balai raya itu. Pihak Pakatan Rakyat tidak mahu bertindak drastik 'merampas' kunci balai raya kerana kita tahu perangai yang akan dibuat dan fitnah yang akan dilontarkan oleh pihak pembangkang umno.

Namun, oleh kerana terdapat berbagai-bagai rungutan dan ketidakpuas hatian oleh penduduk taman ini, kerana tindakan yang melampau oleh si pemegang kunci itu, sehingga ke tahap meminta sogokan duit untuk dirinya sendiri jika hendak menggunakan dewan itu, maka pihak Pakatan Rakyat merasakan sudah tiba masanya tindakan perlu diambil terhadap si pemegang kunci.

Harta kerajaan negeri mesti diselenggarakan dengan baik dan telus. Untuk itu, pihak PR akan insyaAllah mengambil alih dewan atau balai raya milik orang ramai itu untuk dikendalikan kepada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

Maka dengan itu, si pemegang kunci itu tolonglah bekerjasama dengan pihak PR melalui JKKK agar pertukaran amanah terhadap dewan itu dapat dibuat dengan baik dan aman. Jika tidak, pihak PR tetap akan mengambil alih amanah itu walau apa pun yang terjadi agar bangunan itu dapat digunakan oleh masyarakat taman dengan sempurna.

MOHON DANA BAGI KERJA DAKWAH PAS CAWANGAN RASA

Rabu, 22 Julai 2009

Kepada,

Dato Sri/ Puan Sri/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan

RAYUAN SUMBANGAN INFA’ UNTUK PAS CAWANGAN RASA BAGI PERJALANAN DAKWAH DAN PROGRAM CAWANGAN & PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PAS CAWANGAN RASA .

Kami dari PAS Cawangan Rasa, Kawasan Hulu Selangor (P94), Selangor Darul Ehsan memohon bantuan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perjuangan Islam bagi perkara seperti tajuk di atas.

2. Sebuah rumah kedai di Rasa Indah yang beralamat di No.23A, Jalan Damar 1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, telah dijadikan sebagai markas dan juga Pusat Khidmat Masyarakat PAS Cawangan Rasa . Perjanjian dengan tuan rumah adalah untuk kadar sewaan selama 1 tahun. Butir-butir kadar sewaan rumah kedai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :

i) Sewaan bulanan adalah sebanyak RM350.00 sebulan.

ii) Kadar anggaran bil air dan api bulanan RM150.00 sebulan.

Dari kadar di atas, PAS Cawangan memerlukan kewangan sebanyak RM500.00/bulan untuk bayaran sewa dan utilitis bangunan untuk mengekalkan bangunan ini beroperasi sebagai medan dakwah.

3. Dengan adanya bangunan ini, maka kerja-kerja untuk kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik. Kerja-kerja masyarakat yang akan dan sedang dilakukan oleh PAS Cawangan adalah seperti;

i) Kelas mengajar Al-Quran kepada anak-anak penduduk kampung.

ii) Kelas pendidikan Islam kepada pelajar sekolah menengah bagi penduduk sekitar Rasa.

iii) Kelas tuisyen kepada anak-anak penduduk sekitar Rasa.

iv) Tempat aduan masalah masyarakat sekitar Rasa untuk diadu kepada kerajaan Negeri Selangor atau ahli Parlimen Hulu Selangor.

v) Kerja-kerja parti seperti mesyuarat, usrah, kuliyyah, ceramah kelompok, gerak kerja dakwah dan lain-lain.

4. PAS Cawangan Rasa sekarang ini amat pro-aktif didalam kerja-kerja kemasyarakatan kerana adanya sebuah bangunan dijadikan sebagai markas. Oleh itu, dana untuk kelangsungan operasi markas ini amat diperlukan untuk kelancaran gerak-kerja kemasyarakatan.

5. Selain dari sumbangan wang ringgit, PAS Cawangan Rasa juga amat mengharap sumbangan berbentuk alat kelengkapan pejabat seperti kerusi meja, karpet ofis, papan tulis, alat-tulis, langsir dan kami juga menerima sumbangan alat kelengkapan dapur seperti periuk belanga, pinggan mangkuk dan juga dapur masak.

Oleh itu, kami amat berharap dan merayu agar Dato Sri/ Puan Sri/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan yang menyintai perjuangan Islam dapat membantu kami untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah Islam dan kemasyarakatan dengan cara memberi sumbangan infa’ kepada PAS Cawangan Rasa.


Sumbangan bolehlah diberikan kepada
i) Ketua PAS Cawangan Rasa ; Hj. Sahyar bin Hassan (h/p - 013-605 9291)
ii) Bendahari PAS Cawangan Rasa ; Ahmad Kamizi (h/p - 013-997 0679)
ii) Setiausaha PAS Cawangan Rasa ; En. Mazwandi Bin Mustaffa (h/p - 013-310 2710)

atau terus ke akaun bank; CIMB Bank, PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, no. akaun - 1243-0000280-10-8 atau menggunakan cek atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA.

Segala sumbangan dan infa' kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Jumaat, 10 Julai 2009


Majlis Sambutan Sempena Israk Mikraj 1430H
Bersama
Ustaz Taib Azamudden B Md Taib


Orang Ramai DiJemput Hadir Ke Majlis Tersebut Pada Tarikh Seperti Berikut:

Tarikh : 23 Rejab 1430 H (15 Julai 2009 – rabu malam khamis)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau At Taqwa,
Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bandar Baru Batang Kali,
44300 Batang Kali Selangor

Semoga Dengan Kehadiran Tuan/Puan Akan Dapat Menyerikan Lagi Majlis Kami

AKAUN BANK CAWANGAN TELAH DIBUKA.

Khamis, 9 Julai 2009


Alhamdulillah, segala urusan di bank tengahhari tadi berjalan dengan lancar. Setelah 10 tahun PAS Cawangan Rasa ditubuhkan, akhirnya cawangan kami telah berjaya membuka akaun bank. Lebih kurang jam 1.50tgh, 16 rejab 1430, bersamaan dengan 9 Julai 2009, maka telah adalah PAS cawangan Rasa sebuah akaun bank. Maka, selepas ini, akan lebih mudahlah urusan kewangan cawangan untuk dikendali dan diselenggarakan.

Nombor akaun PAS cawangan Rasa adalah seperti berikut ;

CIMB Bank (Islamic) - cawangan Batang Kali

1243-0000280-10-8, akaun semasa di atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA.

Kepada sesiapa yang ingin menginfa'kan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit, maka akan kami terima dengan kedua-dua tangan terbuka kerana yakinlah, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, akan kami gunakan untuk dakwah Islam di bumi Rasa ini. InsyaAllah, pahala yang berlipat kali ganda Allah SWT akan kurniakan kepada pemberi infa'.

Bagi pihak jawatankuasa, kami mengharapkan dengan adanya akaun bank ini, maka perjalanan dakwah PAS cawangan Rasa akan lebih dinamik, tersusun dan istiqomah. TAKBIR!!!!

MANUSIA BERPENYAKIT KAUM LUTH HARAM MEMIMPIN!

Selasa, 7 Julai 2009

Satu penyakit baru yang melanda manusia zaman akhir zaman hendak kiamat ini adalah wabak penyakit kaum luth. Penyakit yang melanda manusia ini adalah satu tragis lagi hina dina lebih buruk perangai daripada binatang mugholazah. Sungguh malang jika ada manusia dari jenis ini terus hidup di muka bumi tanpa taubat kepada Allah SWT.

Namun, untuk menuduh seseorang itu berperangai seperti kaum luth, ianya bukan mudah dan sembrono sahaja. Ianya perlulah ada bukti. Bukti yang paling senang ialah, orang itu mengaku sendiri. Jika tidak, seseorang itu mestilah ada bukti 4 orang saksi lelaki yang melihat perbuatan sipelaku itu. Jika tiada, tidaklah boleh dihukum hududkan kepada manusia yang berpenyakit kaum luth itu.

Tetapi, jika terdapat desas-desus, ada seorang yang bergelar pemimpin itu dikaitkan dengan penyakit kaum luth itu, apakah tindakan kita sebagai manusia yang dipimpin oleh beliau dan apakah tindakan pemimpin itu untuk membersihkan dirinya. Adakah kita hendak buat 'tidak kisah' sahaja atau perlukah ada apa-apa tindakan yang perlu dilakukan samada si pemimpin itu perlu membersihkan dirinya, atau kita sebagai manusia dipimpin walau tidak se'parti' dengannya akan bertungkuh lumus untuk menjatuhkannya kerana sifat penyakit buruknya.

Oleh itu, fikir-fikirlah wahai manusia yang membaca artikel pendek ini, apakah yang perlu dilakukan agar bukan manusia yang berpenyakit kaum luth menjadi pemimpin. Dan lagi satu, perlu diingat, artikel ini bukan dituju kepada Saudara Anwar Ibrahim, tetapi kepada orang lain yang partinya adalah pembangkang di Selangor.

HJ SHAMSUDDIN MASUK JEMAAH PAS. TAKBIR!

Khamis, 2 Julai 2009

Dimaklumkan bahawa, bekas nazir masjid Al-Kholidiah, Kg Melayu Rasa, Tuan Hj. Shamsuddin bin Husin, telah menjadi ahli PAS dibawah naungan PAS Cawangan Rasa pada hari semalam, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009.

PAS Cawangan Rasa sungguh bertuah kerana Hj. Shamsuddin adalah seorang yang amat berpengaruh kepada penduduk Kg. Melayu Rasa dengan pengalamannya selama 3 tahun menjadi Nazir masjid dan seterusnya menjadi pengerusi khairat kematian dan memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku didalam pentadbiran masjid yang lalu.

PAS Cawangan Rasa juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Basir kerana telah istiqomah di dalam berdakwah dengan secara terus-menerus tanpa kenal penat dan letih untuk memujuk Hj. Shamsuddin berada bersama-sama dengan jemaah Islam PAS.

Dengan ini, kekuatan jemaah PAS insyaAllah akan lebih mantap dan kuat untuk mendaulatkan Islam di bumi Rasa ini. TAKBIR!

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut