BALAI RAYA @ DEWAN MILIK TAMAN RASA UTAMA AKAN DIAMANAHKAN KEPADA PIHAK YANG SEPATUTNYA, INSYAALLAH.

Jumaat, 24 Julai 2009

(Balai raya milik kerajaan negeri sepatutnya diselenggarakan oleh wakil kerajaan negeri, bukan pembangkang umno)

Taman Rasa Utama adalah sebuah taman dimana penduduknya terdiri daripada masyarakat yang berbagai-bagai bangsa dan keturunan. Melayu dan India boleh dikatakan seimbang didalam jumlah penduduknya manakala kaum Cina adalah minoriti penduduk disini.

Terdapat sebuah dewan atau balai raya milik kerajaan negeri di taman ini. Ianya adalah sebuah bangunan yang agak cantik dan masih didalam keadaan boleh guna. Balai raya ini adalah salah satu balai raya yang masih dipegang kuncinya oleh pemerintah dahulu (umno).

Selama setahun, wakil JKKK memberi peluang kepada si pemegang kunci itu untuk menguruskan balai raya itu. Pihak Pakatan Rakyat tidak mahu bertindak drastik 'merampas' kunci balai raya kerana kita tahu perangai yang akan dibuat dan fitnah yang akan dilontarkan oleh pihak pembangkang umno.

Namun, oleh kerana terdapat berbagai-bagai rungutan dan ketidakpuas hatian oleh penduduk taman ini, kerana tindakan yang melampau oleh si pemegang kunci itu, sehingga ke tahap meminta sogokan duit untuk dirinya sendiri jika hendak menggunakan dewan itu, maka pihak Pakatan Rakyat merasakan sudah tiba masanya tindakan perlu diambil terhadap si pemegang kunci.

Harta kerajaan negeri mesti diselenggarakan dengan baik dan telus. Untuk itu, pihak PR akan insyaAllah mengambil alih dewan atau balai raya milik orang ramai itu untuk dikendalikan kepada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

Maka dengan itu, si pemegang kunci itu tolonglah bekerjasama dengan pihak PR melalui JKKK agar pertukaran amanah terhadap dewan itu dapat dibuat dengan baik dan aman. Jika tidak, pihak PR tetap akan mengambil alih amanah itu walau apa pun yang terjadi agar bangunan itu dapat digunakan oleh masyarakat taman dengan sempurna.

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut