HJ SHAMSUDDIN MASUK JEMAAH PAS. TAKBIR!

Khamis, 2 Julai 2009

Dimaklumkan bahawa, bekas nazir masjid Al-Kholidiah, Kg Melayu Rasa, Tuan Hj. Shamsuddin bin Husin, telah menjadi ahli PAS dibawah naungan PAS Cawangan Rasa pada hari semalam, 8 Rejab 1430 bersamaan 1 Julai 2009.

PAS Cawangan Rasa sungguh bertuah kerana Hj. Shamsuddin adalah seorang yang amat berpengaruh kepada penduduk Kg. Melayu Rasa dengan pengalamannya selama 3 tahun menjadi Nazir masjid dan seterusnya menjadi pengerusi khairat kematian dan memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku didalam pentadbiran masjid yang lalu.

PAS Cawangan Rasa juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Basir kerana telah istiqomah di dalam berdakwah dengan secara terus-menerus tanpa kenal penat dan letih untuk memujuk Hj. Shamsuddin berada bersama-sama dengan jemaah Islam PAS.

Dengan ini, kekuatan jemaah PAS insyaAllah akan lebih mantap dan kuat untuk mendaulatkan Islam di bumi Rasa ini. TAKBIR!

1 comments:

puteridanial berkata...

Salam.
Selepas peristiwa 13 may 1969 Tn Hj Shamsuddin bertekad untuk menyertai Angkatan Tentera Di Raja M'sia bg mempetahankan KEDAULATAN NEGARA TERCINTA.

Beliau ddk di barisan HADAPAN,bukan yg terperosok di ruang-ruang dapur atau bilik-bilik menyimpan senjata2 PAHLAWAN.

Setelah sye menghubungi Tn Hj Shamsuddin beliau mengesahkan cerita ini,sye mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH krn semangat juang nya yg msh tebal wlu pun berlaku kejutan didalam pentadbiran jawatan kuasa masjid Jamek Al Kholidiah Kg Melayu Rasa.

Kpd jemaah Pas Rasa,letakkan Tn Hj Shamsuddin sebaris dgn pimpinan hadapan Pas,berikan Tn Hj ni senjata,ketatkan RANTAI-RANTAI PERJUANGAN bersama beliau,sye yakin dan amat percaye,beliau mampu merobohkan TEMBOK ANGKUH BINI NAJIB(BN).

Kpd puak2 bn tu jgn lah lupa,puluhan th Tn Hj Shamsuddin di latih bagai mana untuk MEMBUNUH MANUSIA yg bergelar MUSUh,hari ini beliau TURUN KE MEDAN PERANG,satu medan yg dipilih nya bg memastikn KEDAULATAN ISLAM terus terjamin,cemuhan terhadap melayu yg angkuh,melayu yg ibarat kaduk naik junjung,melayu yg sering lupe diri n melayu yg sering mengadu domba sering kali TERUNGKAP dr bibir nya baik dimana beliau berada,n akibat inilah make terjadi penarikkan dr beramai-ramai didalam jawatan kuasa masjid krn tak tertahan menerima MUNTAHAN PELURU yg di hamburkan olih beliau.

Tahniah sekali lg buat Tn Hj Shamsuddin,mulekn perjuangan Tn istiqomah yg tinggi,kami dr PKR akan pasti bersama didalam perjuangan MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM hingga ke hujung nyawa,namun berundur TIDAK SEKALI.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut