MANUSIA BERPENYAKIT KAUM LUTH HARAM MEMIMPIN!

Selasa, 7 Julai 2009

Satu penyakit baru yang melanda manusia zaman akhir zaman hendak kiamat ini adalah wabak penyakit kaum luth. Penyakit yang melanda manusia ini adalah satu tragis lagi hina dina lebih buruk perangai daripada binatang mugholazah. Sungguh malang jika ada manusia dari jenis ini terus hidup di muka bumi tanpa taubat kepada Allah SWT.

Namun, untuk menuduh seseorang itu berperangai seperti kaum luth, ianya bukan mudah dan sembrono sahaja. Ianya perlulah ada bukti. Bukti yang paling senang ialah, orang itu mengaku sendiri. Jika tidak, seseorang itu mestilah ada bukti 4 orang saksi lelaki yang melihat perbuatan sipelaku itu. Jika tiada, tidaklah boleh dihukum hududkan kepada manusia yang berpenyakit kaum luth itu.

Tetapi, jika terdapat desas-desus, ada seorang yang bergelar pemimpin itu dikaitkan dengan penyakit kaum luth itu, apakah tindakan kita sebagai manusia yang dipimpin oleh beliau dan apakah tindakan pemimpin itu untuk membersihkan dirinya. Adakah kita hendak buat 'tidak kisah' sahaja atau perlukah ada apa-apa tindakan yang perlu dilakukan samada si pemimpin itu perlu membersihkan dirinya, atau kita sebagai manusia dipimpin walau tidak se'parti' dengannya akan bertungkuh lumus untuk menjatuhkannya kerana sifat penyakit buruknya.

Oleh itu, fikir-fikirlah wahai manusia yang membaca artikel pendek ini, apakah yang perlu dilakukan agar bukan manusia yang berpenyakit kaum luth menjadi pemimpin. Dan lagi satu, perlu diingat, artikel ini bukan dituju kepada Saudara Anwar Ibrahim, tetapi kepada orang lain yang partinya adalah pembangkang di Selangor.

1 comments:

jdm rasa berkata...

Salam.

Klu disebut pembangkang Selangor dah tentu lah parti nye umno,gerakkan,mca atau pun mic.Fuhh..ini mmg kes berat.

Semenjak aku meninggalkn umno ramai kwn2 aku dlm umno menghine aku,tapi "Aiman tak kesah" sememang nye aku ini hine.Kate kwn2 aku tu " kami tak ikut bos yg kaki bontot,adus sedap nye kwn aku tu menghine,(mcm aku dlm umno dulu gak la).

Skrg da berbunyi pulak dlm pembangkang Selangor ade yang berperangai mcm kaum luth,tak pe lah,kite tunggu ape cite hujungnye,dan klu org tu BOS dlm umno aku nak gelak gune pembesar suara,biar smp terdengar suare aku kat umah Mat Deris pendekar tanah tol H/Sel.

Ape pun aku berpendapat ini satu LABA untuk P/Rakyat.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut