PAS TIDAK AKAN GUNA MASJID UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA.

Khamis, 10 September 2009


Ada sesiapa terbaca berita berkenaan ketidakpuasan hati Umno bahagian Sekijang dengan karenah Pemuda Umno Sekijang kerana membuat majlis penyerahan zakat berdekatan dengan program Anwar ibrahim di dewan berdekatan. Jika ada, mari kita lihat, ada kepincangan disebalik program anjuran pemuda Umno itu.

Satu

Mereka menggunakan masjid untuk program parti Umno. Program itu adalah program dimana parti Umno melalui pemuda Umno Sekijang menyerah duit zakat kepada orang fakir miskin, di dalam masjid.

Mereka kata jangan mempolitikkan masjid. Masjid adalah satu kawasan neutral kononnya. Cuba lihat apa Umno tuduh PAS di Selangor, mereka mengatakan PAS menggunakan masjid untuk kepentingan politik PAS, dan mereka mengadu kepada Sultan. Padahal mereka yang lebih!

Kedua

Program memberi zakat itu adalah menggunakan duit zakat dari pejabat agama (daerah Segamat). Bermaksud, duit zakat yang diberi oleh mereka kepada fakir miskin adalah bukan milik Umno, tetapi memang duit penerima zakat itu daripada rakyat Johor yang membayar zakat.

Sudahlah menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka, duit zakat itu pun bukan duit dari kocek mereka.

Maka oleh itu, jika PAS Cawangan Rasa akan menggunakan masjid untuk menyerahkan duit zakat kepada fakir miskin di Rasa, maka apa agaknya akan dibuat oleh Umno cawangan? Adakah mereka akan melenting?

Jika mereka melenting, apa kuasa mereka ada kerana mereka hanya pembangkang di Selangor, padahal pemegang EXCO hal-ehwal agama Islam dipegang oleh PAS. Adakah PAS cawangan Rasa akan terus sahaja membuat program di masjid untuk kepentingan politik PAS seperti mana Umno telah buat semenjak merdeka lagi.

Jawapannya TIDAK. PAS akan hanya menggunakan premis kerajaan negeri kerana PAS sekarang adalah pemerintah bersama dengan PR, ataupun PAS akan menggunakan markas kami sendiri dan juga rumah ahli-ahli PAS untuk membuat program sedemikan rupa. Kami dari jemaah PAS bukan berperangai seperti Umno.

3 comments:

anak rantau berkata...

Bagus Blog ni, saya boleh tahu cerita tempat tumpah darah saya iaitu Kg. Melayu Rasa. Saya ahli pas tak berdaftar...segan nak jadi ahli, ilmu agama tak berapa bagus. Banyak orang yang mcm saya ni...kami dari parti ABU (Asal Bukan UMNO)
Cuma jangan gaduh2 la...Org Kampung kena tengok2 sikit. Dulu tahun 70an dan 80an meriah je...

--di perantauan--

JiranAnda berkata...

PAS perlu gunakan masjid untuk kepentingan ibadah kepada Allah.

Aidilfitri semakin hampir, marilah rapatkan saf dan bersatu mempertahankan ummah.

*syok mandi di masjid bila taman takde air. Boleh solat sekali .

ibnmustaffa berkata...

Bukan setakat PAS, tetapi seluruh umat Islam perlu bersama menggunakan masjid untuk kepentingan ibadah kepada Allah.

Marilah kita sama-sama tolong-menolongi.

*Terus terang kata, PAS Rasa kekurangan golongan2 ustaz yang boleh kehadapan membimbing umat. Terpaksa import 'orang luar'.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut