SUNGGUH MEMALUKAN PASUKAN BOLASEPAK RASA GUNA DUIT SENDIRI UNTUK PIALA ADUN BTG KALI. KENAPA UMNO TAK SPONSOR?

Selasa, 29 Disember 2009

ADUN Batang Kali adalah anak jati Rasa. Bukan setakat anak jati malah setiap orang kampung akan mengenali ADUN ini. Maksudnya beliau amat dikenali oleh orang kampung sekitar Rasa. ADUN pembangkang BN di Selangor juga adalah mereka-mereka yang kaya raya. Kerana apa mereka kaya, ini kerana setiap tahun ADUN pembangkang BN di Selangor akan menerima jutaan ringgit oleh Kerajaan Pusat BN bagi setiap ADUN.

Oleh itu, adalah menjadi perkara yang pelik lagi ajaib apabila pasukan bolasepak yang berwibawa dari pasukan orang kampung Rasa sendiri tidak diberi 'sponsorship' oleh Umno cawangan-cawangan Rasa. Sudahlah tidak volunteer untuk sponsor, malah apabila dipohon oleh pasukan bolasepak itu, mereka buat endah tak endah sahaja.

Maka terpaksalah pemain-pemain sendiri yang terpaksa mengeluarkan duit bagi memasuki kejohanan Piala ADUN Batang Kali.

Kemusykilan mula bermain difikiran PAS cawangan ialah, piala ini adalah Piala ADUN Batang Kali. Piala ADUN yang datangnya dari Rasa. Piala yang bolehlah dipanggil Piala ADUN anak jati Rasa. Piala dimana ditaja dari duit peruntukan ADUN yang berjuta itu yang datang dari kerajaan pusat yang sebenarnya juga adalah duit rakyat yang digunakan oleh ADUN untuk membuat pertandingan bolasepak yang ada iras mewar-warkan itu sebenarnya datang dari duit Umno. Tidak, duit itu sebenarnya datang dari rakyat yang membayar cukai, bukan duit Umno, tolong jangan tipu.

Menaja pertandingan sebesar itu boleh dikeluarkan duit, mengapa pula ADUN Batang Kali tidak boleh menaja pasukan orang kampung sendiri untuk masuk bertanding pertandingan Piala ADUN anak jati Rasa itu?

Adakah kerana cawangan-cawangan Umno Rasa tidak dapat menerima tempias duit jutaan ringgit itu dari ADUN mereka. Itu mustahil. Amat mustahil.

Adakah kerana cawangan-cawangan Umno berdendam dengan orang muda Rasa kerana mereka tidak mengundi Umno. Jika ya, mengapa agaknya orang muda tidak mengundi Umno ya? Cuba fikir-fikirkan. Tetapi untuk makluman, PRU 13 dahulu untuk ADUN, saluran 1 dan 2 dimenangi oleh Umno. Cuma parlimen sahaja dimenangi PKR pada saluran 2. Yang kalahpun MIC.

Adakah juga kerana pasukan bolasepak dari Rasa ini menarik diri dari bertanding diseparuh akhir pada pertandingan lepas yang menyebabkan mereka tidak ditaja untuk pertandingan 2010 ini? Jika ya, korang fikirlah sendiri mengapa mereka menarik diri. Ingat sahaja-sahajakah atau mereka merajuk yang amat. Jika merajuk, kerana apa? Jangan buat-buat tidak tahu.

Amat memalukan melihat pasukan bolasepak dari kampung ADUN sendiri, Rasa, terpaksa menggunakan duit sendiri, kudrat sendiri dan inisiatif sendiri untuk bertanding pada pertandingan ADUN yang datangnya dari kampung mereka sendiri, Rasa. Lebih memalukan kerana sebenarnya, Umno cawangan-cawangan Rasa amat mampu menaja pasukan kampung kelahiran ADUN yang menganjurkan pertandingan ini. Bukan setakat yuran pertandingan RM200 (yang sepatutnya boleh buat percuma, korang kena tipu lagi), malah jersi pemain, pengangkutan, makan minum dan pertandingan2 persahabatan korang semua boleh tanggung.

Sungguh memalukan. Malu sungguh.

0 comments:

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut