USRAH PERLU DITERUSKAN.

Ahad, 27 Disember 2009

Usrah bulanan PAS cawangan akan dibuat setiap hari Selasa malam Rabu, minggu kedua. Ketua cawangan telah mewajibkan setiap ahli AJK PAS cawangan yang lelaki untuk hadir ke usrah berkenaan. Ahli PAS juga dialu-alukan untuk hadir ke usrah ini.

Usrah adalah satu program yang amat penting kepada setiap jemaah yang berahlikan kepada Parti Islam SeMalaysia ini. Ianya adalah satu program untuk membentuk iktikad atau pendirian yang betul kenapa setiap insan adalah perlu untuk berjemaah didalam melaksanakan tugas dakwah Islam. Dari segi konteks mikro PAS, konsep dakwah melalui politik, iaitu menjurus kepada mendapatkan kuasa untuk berdakwah kepada rakyat.

PAS adalah satu jemaah Islam dan adalah salah jika ada mereka yang mengatakan bahawa PAS adalah satu parti politik. Mungkin disebabkan selama 50 tahun propaganda pihak musuh telah mendoktrinkan kepada minda rakyat yang menunjukkan bahawa PAS ini mempergunakan Islam untuk memerintah, padahal PAS ingin mendaulatkan Islam melalui pemerintahan.

Dengan adanya kuasa, maka akan dapatlah mewujudkan Syarie Islam yang syumul didalam sistem perundangan Islam.

Maka oleh itu, wahai ahli-ahli PAS sekelian, marilah kita semua berusrah pada tarikh tersebut diatas. Jangan takut jangan malu, usrah yang dibuat oleh cawangan Rasa adalah usrah yang tidak perlu anda sekelian membaca Al-Quran, membaca Maksirat, menghafal satu ayat Al-Quran setiap kali usrah, memberi tafsir ayat Al-Quran yang diberikan oleh naqib, tidak, tidak perlu, anda hanya perlu datang dan mendengar naqib memberi kuliyyah, dan jika ada daripada anda hendak memberi pendapat, silalah berikan pandangan. Setakat itu sahaja.

Kami pihak AJK tahu usrah adalah satu program yang paling liat oleh ahli mengikutinya, maka oleh itu, jika boleh, usrah kita, hanya berborak-borak berisi sambil makan roti canai di markas juga boleh dilaksanakan. Hal ini memang terjadi untuk usrah minggu keempat lepas. Asalkan kita dapat bersama-sama, bertegur sapa dan mengeratkan siratulrahim antara satu sama lain. Usrah perlu diteruskan.

4 comments:

Ex jemaah Islamic berkata...

Kerajaan Islam / Daulah Islamiah – Muka Surat 46 dari Buku Ufuk Risalah Taalim oleh Said Hawa keluaran Pustaka Salam 1983 – Terjemahan oleh Hafid Abd Wahab M.A. Syariah Al Azhar..
1. Ketiga : Ustaz Hassan Al Banna telah menyatakan: “ Dan tidak diambil kira bentuk
2. Permasalahan yang dikemukakan ini maha penting kerana realiti masakini menunjukkan adanya negara-negara yang didiami oleh orang Islam memilih sistem beraja, sistem mirip/hampir kepada sistem beraja, sistem republik atau sistem mencampuradukkan beraja dengan republik.
3.Ketua bagi Daulah Islamiah
4.Telah menjadi suatu kebiasaan kedudukan lain.
5.Boleh jadi kita dapat menguasai sebuah negara yang mengamalkan satu sistem pemerintahan yang tidak menimbulkan perselisihan faham antara kita/jemaah Islamiah dengan mereka. Dalam keadaan ini kita boleh berusaha memajukan sistem tersebut ke arah sistem politik Islam yang lebih baik, dengan itu penduduk wilayah tersebut merasa lebih tenang dan merasakan keselamatan diri mereka lebih terjamin.
6.Ini dilakukan dengan syarat
7.Dengan kata lain, perlembagaan dan undang-undangnya, adalah hanyalah untuk kepentingan umat.
8.Sifat-sifat Daulah Islamiah oleh Al Banna : “Rasa bertanggungjawab
9.Kewajipan Daulah Islamiah pula : “ Menjaga keamanan, melaksanakan
10.Hak-hak Daulah Islamiah, Jika
11.Apabila kerajaan cuai dalam menunaikan kewajipannya, kerajaan
KOMEN SAYA :
1. Sistem pemerintahan di Malaysia sekarang termasuk di bawah perenggan no. 2 di atas.
Sistem Demokerasi Raja Berpelembagaan. Ada parti-parti politik berjenama Islam ( PAS ) atau berjenama tidak Islam. PAS di Malaysia masih di bawah taaluk sistem politik TIDAK Islam.
2. Jika PAS menang pilihanraya dan boleh memerintah Malaysia PUN, Pas masih perlu MEMAJUKAN sistem politik sekarang kepada sistem politik Islam. Rujuk perenggan no. 5.
3. Sebab itu, saya katakan PAS tak boleh masuk masjid atau surau, kalau nak bincang hal politik ke PARTI an.
4. Boleh buat program atas nama ajk masjid / surau TETAPI tajuknya POLITIK ISLAM bukan PARTI politik Islam. Bezanya jauh umpama langit dan bumi.
5. TG Haji Hadi : politik suku, agama suku..KAFIR.. Ini kena diperincikan / bukan secara umum sahaja. Kenyataan ini sangat merbahaya, jika tidak dihuraikan dengan teliti.
Saya rujuk Blog JEBAT MENGKUDA
Sekian, mohon maaf dan terima kasih.
Dari Ex- Jemaah Islamik.

jemaah Islamic berkata...

Hizbul tahrir?

Masuk lubang tahi utk basuh tahi. Masuk sistem demokrasi utk naikkan khalifah Islam.

Mungkin pemikiran dia gitu.

masih depan komputerkah?

Ex jemaah Islamic berkata...

Anta punya artikel pasal masjid..ana baca baik2..ana komen pun cara baik..

Kalau ikut prinsip Islam..pedang lawan pedang..hujah baik2 lawannya hujah2 baik juga..kalau orang komen sikit..ada sokongan buku Ulama Said Hawa..anta dah EMOSI..

Janganlah memalukan jemaah PAS dengan sikap EMOSI tu..

ibnmustaffa berkata...

Salam kepada ex-jemaah Islamic. Mohon maaf jika mengganggu.

Diharap tuan jangan salah sangka. Hamba tidak pernah mengkomen pendapat saudara lagi. InsyaAllah hamba akan berhujah di blog peribadi hamba. Bukan di ruang ini.

Jemaah Islamic hamba tidak tahu siapa dia?

- maaf terpaksa balas kerana ada timbul 'fitnah' terhadap hamba.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut