5 hari blog ini tidak diupdate. Tak taulah, rasa malas je nak update blog ini. Kemalasan yang tidak terhingga. Ana hanya melihat, membaca dan mengomen blog-blog sahabat-sahabat yang lain. Tetapi, untuk meng'update' blog pemuda Islam Rasa ini, rasa terlalu malas.
Tiba-tiba, meletup cerita liwat. Keluar berita sana, keluar berita sini, keluar blog sana dan keluar blog sini. Pening-pening. Apa punya cerita la liwat-liwat ni? Takde fitnah lain ke yang hendak difitnahkan. Asyik-asyik aib orang benda kaum Luth, asyik-asyik aib orang benda ngarut-ngarut. Cukuplah tu wei,.....
Ana sudah naik menyampah dengan cara-cara politik puak-puak neo-sekularis ini. Naik menyampah! Bukan setakat menyampah, malah rasa hendak termuntah darah melihat perangai mereka-mereka yang konon hendak menjadi pemimpin manusia. Hendak jatuhkan orang sanggup buat berita yang tidak masuk diakal sehingga ke tahap monyet dan kera-kera yang berada di Jalan Setiakasih pun naik kesian kepada manusia yang kena fitnah.
Mana tidaknya, ada masuk akal ke manusia umur 23 tahun, badan tegap, bukan mak nyah, boleh kena rogol dengan lelaki lain yang dah tua, pinggang pun sudah cedera parah akibat kena tendang oleh manusia yang dahulunya digelar KPN. Apa punya ceritalah?
Setiap kali ada berita tentang kes ini di dalam TV, ana akan tutup TV, buka plug TV kemudian pergi main-main dengan anak-anak ana, tak payah pening kepala. Lihat telatah anak-anak ana yang comel-comel tu lebih berfaedah dari mendengar cakap-cakap hantu raya pemberita-pemberita TV3 yang memang jahat tidak sayangkan mulut. Jika tak jahat, pergi buat kerja lainlah, jangan kerja di TV3. Apalah punya cheroi!
Kemudian, ada kawan kita, dari blog PKR Hulu Selangor, ada bertanya siapa yang tahu kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih itu dimana letaknya. Ana tahu, sesangat-sangatlah tahunya di manakah tempat kondo itu berada. Cuma tidak boleh masuk je. Jika Encik Shaiful ada kelapangan, bolehlah kita pergi bersama-sama ke tempat itu, agar boleh diambil tilamnya sebagai bukti....
Baru je minggu lepas, ana, isteri, anak-anak ana dan adik perempuan ana jalan-jalan dengan kereta kenari, round satu Bukit Damansara, saja tengok-tengok rumah bungalow. Maklumlah, rumah ibu ana di kawasan Jalan Setiabistari, kawasan teres. Jika di Jalan Setiamurni, Setia Bakti, Setiakasih, barulah rumah bungalow besar-besar. Memang ada kami lalu depan kondo itu. Masih ingat lagi. Tidak tahulah pula kononnya si Shaiful Bukhari ini kena rogol luar tabie di situ.
Akhir kata, ana hendak nasihatkan mereka-mereka yang suka buat fitnah itu, jangan lupa kepada neraka Allah yang sedang menanti. Seksa Allah adalah sangat pedih. Setakat lihat filem barat seksa manusia dengan siang kulit hidup-hidup, itu takde apa sangat jika dibanding dengan seksa yang Allah hendak lakukan terhadap pembawa fitnah ini. Tunggu sahajalah wahai kamu semua untuk ke neraka Allah. Jika kamu semua tidak bertaubat, sia-sialah kamu hidup didunia yang sebenarnya hanya mimpi. Kita akan terjaga jika kita mati nanti.
AYOH! JANGAN LEPASKAN PELUANG
AYUH! SUMBANGKAN TERUS KE AKAUN PAS CAWANGAN RASA. INSYAALAH DENGAN KEBERKATAN SUMBANGAN ANDA, PR AKAN MENANG!!
PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, NO. ACC: 1243-0000280-10-8 CIMB ISLAMIC
(Sila maklumkan kepada Bendahari selepas 'bank in' agar urusan kewangan dapat dibuat dengan lebih lancar, terima kasih)
Bendahari : Ahmad Kamizi : 013-997 0679
DARI MEJA SETIAUSAHA PAS CAWANGAN RASA
Lambang Perjuangan Islam.
APA NAK JADI? PISANG TUMBUH 2 KALI.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:21 PTG 2 comments
PKR SELANGOR SUDAH BERGADUH?
Mengapa terjadi begitu, hanya Allah sahaja yang tahu. Jika seseorang menyebut ianya berpunca hanya kerana Yahya Sahri, mungkin zalim kita menuduhnya, jika ia berpunca dari MB Selangor, mungkin lebih zalim kita menuduh Tan Sri yang ana kenal semasa belia, semasa ana masih ahli kariah masjid Saidina Omar Al-Khattab.
Oleh itu, ana bawakan disini satu cebisan akal ana yang telah ana berikan kepada blog kak Nora (http://nnora75reform.blogspot.com/) , reformis tulen agar ahli PKR berfikir bersama;
Perjuangan adalah satu cara hidup yang akan dibawa sehingga mati. Bermaksud, perjuangan tidak akan selesai sehingga kita mati.Kemenangan bukanlah satu titik noktah penghabisan perjuangan, malah kemenangan adalah satu permulaan satu perjuangan.
Rakan utama perjuangan adalah istiqomah dan musuh utama perjuangan adalah kekecewaan.Maka oleh itu wahai rakan-rakan reformis, janganlah anda semua berhenti berjuang dan jangan anda semua dibuai perasaan kecewa, teruskanlah perjuangan anda bersama-sama kami dari jemaah Islam PAS.
Biarkanlah rakan-rakan anda yg tidak buat apa-apa dapat habuan tidak setimpal kerjaan mereka, kerana kami dari zaman Anwar menzalimi kami, sehingga Anwar bersama kami, kami tidak dapat apa-apa pun selain mengharap pahala dari Allah SWT.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:07 PTG 4 comments
2 HARI 3 PERISTIWA.
Tarikh 20 dan 21 Jun 2008, terdapat 3 peristiwa yang menarik untuk dihebahkan didalam blog pemuda Islam Rasa ini. Semua peristiwa adalah berkaitan dengan jemaah PAS, samada PAS Rasa atau PAS Hulu Selangor. 2 peristiwa yang sukses dan satu peristiwa yang mengecewakan.
(suasana di stadium pada lansa kamera ana)
(Haji Basir memulakan dengan bacaan doa, kemudian ceramah disampaikan oleh Haji Alwi Kamus, Timbalan Ketua Cawangan PAS Rasa. Selepas itu, penceramah jemputan Ustaz Azman dari Sekolah Syed Masyor Batang Kali menyampaikan ceramah agamanya kepada para hadirin (penerima zakat)).
(penceramah ketiga Ustaz Aidul Munir dan akhirnya Ustaz Ismail Kamus sendiri menyampaikan kuliyyah agama masing-masing sebelum majlis penyampaian wang zakat dilaksanakan)
(tetamu yang hadir mendengar ceramah agama sebelum menerima wang zakat oleh Ustaz Ismail Kamus)
(bergotong royong memasak untuk majlis makan selepas selesai penerimaan wang zakat)
Walaupun penat, namun hati tetap gembira kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 7:41 PG 0 comments
DEMO BANTAHAN HARGA MINYAK DI HULU BERNAM JUMAAT INI.
Diminta seluruh warga Hulu Selangor untuk turun berdemo bantahan harga minyak di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam selepas solat Jumaat 20 Jun 2008.
Sesiapa yang ingin membawa banner, dipersilakan. Takbir!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:27 PTG 0 comments
KESIAN DIUCAPKAN KEPADA ROSLAN AZIZ.
Adakah mungkin sudah terlalu banyak makan duit haram upah menjadi pengetua akademi fantasia sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat dengan mudah soal haram dan halal sesuatu perkara? Atau masih belum bertaubat membuat maksiat dengan orang gaji sehingga melukakan hati Sheila Majid? Mengapakah perkara semudah ini pun manusia yang diberi nama oleh ibu dan ayahnya sebagai Roslan Aziz susah untuk beliau nampak halal haramnya? Mengapa? Mengapa syeikh? Sedih sungguh melihatnya.
Egonya beliau, sungguh ego beliau dengan kejahilannya. Ego beliau sehingga beliau tidak terperasan ayat-ayat yang diungkapkan itu semuanya menunjukkan kebodohan beliau yang nyata tentang agama Allah. Keegoan beliau yang menyatakan pendapat yang penuh dengan kejahilan lagi membodohkan diri sendiri menunjukkan, manusia seni di bumi Malaysia ini di dalam bahaya kerana kejahilan yang besar melanda umat seni tanah air ini adalah didalam keadaan yang parah. Sungguh parah.
Banyak ungkapan-ungkapan menghalalkan maksiat kerana tujuan seni yang dinyatakan dengan penuh semangat oleh ahli-ahli seni tanahair. Bukan setakat menyatakan ungkapan itu, malah mempertahankan dengan sepenuh daya usaha untuk membetulkan perkara yang memang tidak betul. Sungguh-sungguh macam syaitan menghasut manusia untuk membuat maksiat. Jahat sungguh mereka ini.
Oleh itu, diharap PAS dan jemaah Islam yang lain di Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan akidah ahli-ahli seni ini agar mereka ini kembali kepada Islam dan seterusnya memperjuangkan pula seni berlandaskan Islam di bumi Malaysia ini. InsyaAllah.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 3:05 PTG 0 comments
KETUA TAK PERGI, SEMUA TAK PERGI LE NAMPAKNYA.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:33 PG 4 comments
MARI KE KPG BARU ESOK.
Jangan lupa untuk hadir perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di Kampung Baru selepas solat Jumaat. 3 pemuda Rasa insyaAllah comfirm akan turun.
Sesiapa rakan dari Rasa yang ingin turun, kami akan bertolak menaiki komuter jam 10.46 atau 11.16pg di stesyen komuter Rasa.
Sesiapa hendak bawa baner, silalah bawa. Jumpa disana wahai para pejuang. Takbir!!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 3:20 PTG 0 comments
DR. XAVIER DAN RONNIE LIU, DUA MAMAT KRISTIAN NI NAK APA SEBENARNYA?
Posted by PAS Cawangan Rasa at 4:06 PTG 3 comments
SYABAS YANG KAPITALIS DAN ZALIM

Inilah salah satu syarikat mangkuk hayun yang pernah diwujudkan di Malaysia. Syarikat kapitalis yang menyedut air dari bumi Selangor, kemudian menjualnya kepada rakyat Selangor dengan keuntungan yang berlipat kali ganda, dan kemudian berkurang ajar kepada kerajaan yang memerintah negeri tanah Selangor yang airnya diambil dari tanah negeri itu.
Perkara yang tidak masuk akal lagi keliru dengan ego cap ayam yang ditunjukkan oleh Syarikat Syabas yang zalim ini. Sungguh zalim syarikat kapitalis ini dengan mempergunakan sumber asli negeri Selangor iaitu air untuk mendapat keuntungan yang melampau, namun sungguh sombong kepada tuan punya tanah dimana dia mengambil untung daripada sumber air itu.
Sungguh susah sebuah syarikat berasaskan UMNO putra ini untuk memberi air percuma atau rebet RM11.20 kepada rakyat marhaen yang sekarang ini hidup dalam tunggang langgang dengan bebanan harga kos hidup yang mahal. Bukan setakat susah, malah dengan sombong menolak mentah-mentah cadangan tuan punya tanah, iaitu Kerajaan Negeri Selangor agar air percuma 20meter padu pertama diberikan kepada rakyat.
Inilah dia kapitalis Melayu yang perlu dihapuskan di bumi Selangor ini. Kapitalis ini perlu dibuang sahaja daripada bertapak di bumi Selangor dan diharamkan terus dari menikmati kekayaan daripada sumber asli rakyat Selangor yang bernilai ini iaitu air. Biarlah syarikat air bersistemkan kapitalis ini hancur di bumi Selangor dan dikapankan terus untuk dikuburkan selama-lamanya dari ia bersenang-senang menikmati kekayaan dari sumber asli tanah Selangor ini sehingga akhirat.
Buangkan sahaja Syabas dari bumi Selangor ini dan gantikanlah urusan pentadbiran air di bumi Selangor ini kembali kepada kerajaan negeri agar air dapat dinikmati oleh rakyat Selangor dengan aman dan tenteram. Jika air dimilik kerajaankan semula, maka rakyat Selangor tidak akan marah-marah untuk memberi bayaran yang setimpal kepada air yang digunakan kerana duit yang diberikan kepada kerajaan negeri akan digunakan untuk rakyat Selangor juga.
Tetapi sekarang, duit bayaran air itu diberikan kepada syarikat Syabas dimana keuntungan dari duit itu akan dinikmati hanya kepada syarikat kapitalis itu, dan tidak diturunkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Maka, adalah wajib untuk kerajaan negeri bertindak keatas syarikat kapitalis Syabas ini yang sungguh sombong dan kurang ajar kepada tuan tanah dan dihalau terus syarikat kapitalis cap ayam ini dari bumi Selangor untuk selama-lamanya.
Hapuskan ISA, hapuskan Syabas.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 11:30 PG 3 comments
RM2.70, padanlah muka.

Pada hari rabu, 4 jun 2008, iaitu 5 hari yang lalu, ketika petang jam 5:30, ana dan biras bersama-sama anak-anak saudara dan anak sulong ana pergi ke pantai airport a.k.a pantai telaga batin untuk menikmati keindahan laut cina selatan. Setelah kereta Innova birasku membelok ke kanan dari bulatan batu enam menuju wakaf tembusu, terdapat sebuah stesyen minyak petronas di sebelah kiri. Memang selalu melihat stesen minyak itu jika hendak ke Gong Badak tetapi pada hari dan ketika itu, ada perkara pelik yang berlaku di stesen minyak itu.
Berjujut-jujut kereta beratur untuk mengisi minyak. Terlalu banyak kereta yang berpusu-pusu hendak mengisi minyak di stesen minyak itu. "macam dia sorang je ada stesen minyak." ana sebut keluar dari mulut ana. "entah?" birasku warga Kuantan membalas. Ketika itu, memang kami tidak tahu apa-apa tentang harga minyak akan naik kepada RM2.70 6jam setengah lagi. Kami pun menuju ke pantai dengan gembiranya tanpa mengendahkan peristiwa yang agak pelik itu.
Setelah balik ke rumah ayah di batu enam dari pantai ketika jam 7.00 malam, kakak ipar ana bising-bising petrol akan naik RM2.70 jam 12 tegah malam nanti, apalagi, biras ana pun terus pecut ke stesen minyak yang berdekatan, isi penuh!
Ana telefon abang ana yang baru balik dari Bahrain cuti 2 minggu, cuba meminta tolong mengisi minyak penuh kereta isteri ana di KL. Tengok-tengok, abang ana sedang beratur dalam kereta isteri ana untuk mengisi minyak. Alhamdulillah, penuh jugalah kereta isteri ana dengan petrol RM1.92.
Kesimpulan yang ana hendak ceritakan disini ialah, ana ingin mengucapkan padan muka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong BN UMNO semasa PRU-12 yang lalu kerana dengan setiap undi anda, maka anda adalah penyebab kepada kita semua terpaksa bersusah payah untuk beratur mengisi minyak kerana ingin menikmati harga minyak yang mungkin murah ketika itu walaupun sebenarnya memang sudah mahal iaitu pada kadar RM1.92.
Syabas diucapkan kepada kesemua makcik-makcik UMNO kerana dengan jasa-jasa puan-puan, maka seluruh rakyat Malaysia terpaksa sekali lagi hidup dalam penuh kesusahan kerana angkara-angkara pemimpin UMNO BN yang tidak cerdik mentadbir kewangan negara sehingga menyebabkan beban kebodohan mereka itu terpaksa ditanggung oleh kita semua rakyat Malaysia yang sememangnya suka sangat diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang suka menipu. Padan muka diucapkan.
Kepada sesiapa yang sedang didalam keadaan sakit hati yang amat sangat kepada menteri yang bernama Shahrir, maka janganlah marahkan beliau, kesian dia, kerana beliau sebenarnya telah diarahkan oleh kepimpinan yang lebih tinggi untuk menipu daya rakyat dengan cara yang penuh dengan kepandaian menipu dan kelentong agar perkara yang hendak dikelentongkan itu menampakkan rasional ketahap cakap-cakap intelektual cap ayamnya.
Jangan marahkan beliau, sebaliknya marahlah kepada diri sendiri yang tidak habis-habis dengan khurafat UMNO BN sahaja yang pandai dan boleh memerintah. Ikutlah resam orang Johor kecuali orang Johor Muar, hidup dan matiku hanya untukmu UMNO. Kerana ketuanan Melayu yang sengaja diwujud-wujudkan, maka terimalah sahaja petrol RM2.70 seliter ini didalam penghidupan anda semua. O.K apa, berbanding Singapura, seliter petrol di Singapura SinDollar2.30 je, o.k apa.
Oleh itu, marilah semua rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendesak kerajaan Malaysia agar minyak petrol ini dinaikkan sehingga RM5.00, bukannya RM2.70, kerana kita sebagai rakyat harus berkorban demi negara, biar kita rakyat marhaen hidup susah, asal pemimpin hidup kenyang. Amacam? Ada harapan?
Posted by PAS Cawangan Rasa at 10:24 PG 1 comments
BAJU PUTIH SEKOLAH - PKPIM - ADA BENDA TERSIRAT SEBENARNYA

Alhamdulillah, adalah juga jemaah-jemaah Islam yang mempertahankan PKPIM, Pemuda PAS, Muslimat PAS, JIM dan NGO-NGO Islam yang lain mempertahankan isu ini. Hanya United Malay National Organisation sahaja yang membisu tentang perkara ini kerana mungkin mereka hanya mementingkan isu Melayu, bukannya isu Islam.
Sepatutnya isu ini perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan agar dapat menolong lelaki-lelaki daripada terus mendapat dosa kering apabila ke sekolah. Umat Islam wajib menolong umat Islam yang lain daripada mendapat dosa tidak kira dari segi kuasanya, mulutnya atau hatinya. Perkara ini perlu.
Namun, adakah kita terperasan, sebenarnya, apa yang nampak tersirat disini ialah PKPIM telah membawa satu platform perbahasan tentang cara pemakaian pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan sekarang. Bukan sebenarnya hanya isu baju kurung putih jarang sahaja yang ingin diutarakan, tetapi isu yang lebih besar, iaitu cara pemakaian yang tidak menutup aurat oleh umat Islam dan cara pemakaian yang melampau lucahnya oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.
Pada tahun awal 90-an dahulu, wanita-wanita masih malu memakai pakaian yang menjolok mata seperti wanita memakai singlet dengan seluar pendek keluar berjalan-jalan, tetapi sekarang tidak, bukan setakat singlet, baju yang tiada tali di atas dengan terbuka seluas-luasnya dada dan lengan (macam berkemban) dengan selamba dipakai diluar rumah sambil berjalan-jalan di shopping complex. Ada yang hanya dipakai regu baju lucah itu dengan seluar pendek yang ketat hanya setakat panjang menutup punggungnya. Inilah dia isu cara pemakaian yang hendak dihujahkan oleh PKPIM. Aurat perlu dijaga, bukan setakat aurat, tetapi kehidupan masyarakat bebas zina perlu dilaksanakan.
Setakat adanya peraturan untuk pemakain yang bersopan di sekolah-sekolah sebenarnya bukanlah isu utama yang hendak diutarakan, tetapi perlu juga ada peraturan cara pemakaian bagi penduduk Malaysia kesuluruhannya tidak kira umat Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan. Umat Islam perlulah wajib menutup aurat, dan yang bukan Islam perlulah pakaian yang bersopan mengikut lunas-lunas ketimuran. Jangan berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.
Jangan peduli akan bangkangan-bangkangan dari pihak anti Islam, jangan biarkan kita dipijak-pijak oleh mereka yang tidak suka akan moral policing, lantakkan mereka dengan idea-idea haram mereka tentang kebebasan tiada had tanpa aturan agama mereka. Biarkan sahaja mereka. Yang pentingnya, pokok utama ialah segala arahan dan perintah Allah perlu dilaksanakan oleh kita tidak kira dari segi kuasa, suara dan hati. Kita wajib melaksanakannya.
Janganlah kerana kononnya hendak menghormati orang bukan Islam, kita umat Muslim sehingga terlupa hendak menghormati Allah SWT. Kerana terlebih-lebih kononnnya menjaga hati orang bukan Islam, kita tidak menjaga 'hati' Allah SWT dengan membiarkan perkara yang terang-terang maksiat berleluasa bermaharajalela di dalam sistem hidup masyarakat. Oleh kerana inilah, jenayah seksual sehingga kanak-kanak pun dirogol dan kemudian dibunuh berlaku pada masyarakat Malaysia. Kerana terlupa larangan Allah. Malah bukan lupa, malah memperlekehkan larangan Allah dengan bangganya. Hancurlah masyarakat jika kita umat Islam tidak membuat sesuatu. Hancur!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 8:06 PG 0 comments
MELUAT BEBENOR......
Asyik-asyik Ezam, asyik-asyik Ezam. Bosan betul. Dulu asyik-asyik Mahathir, asyik-asyik Mahathir, meluat betul. Takde cerita lain ke selain cerita gossip politik cap ayam yang ke udara di awangan media perdana dari pagi ke pagi esoknya? Takde cerita lain ke?
Cerita kuli KL hendak halau orang Melayu dari Kampung Baru takde langsung keluar di media perdana Malaysia. Cerita samseng Grand Saga belasah penduduk Bandar Mahkota Cheras tiada langsung kedengaran di udara awang-awangan Malaysia negaraku tercinta. Cerita tipu daya Islam Hadhari tiada langsung diputarkan pada mulut-mulut pemberita cap ayam buletin perdana TV 3suku. Yang keluar Ezam, Ezam dan Ezam.
Inilah dia media putar belit ikat mati yang selalu diulang-ulang wayangkan dari petang hingga ke petang lusanya tidak putus-putus lagi jemu-jemu dipaksa papar kepada mata rakyat ditipu Malaysia. Kesian, kesiannya rakyat Malaysia, berita cerita dongeng dipaksa sumbat ke akal fikiran mereka yang telah diolah oleh sistem SPM.
Rakyat-rakyat semua, baru sahaja minggu lepas kita sudah hilang Pulau Batu Putih kepada Yahudi Singapura. Baru sahaja bulan lepas yahudi antarabangsa memasuki negeri Johor melalui Iskandar Malaysia. Sekarang ini, 1/3 negeri Johor akan dimilik ‘ICJ’kan kepada yahudi-yahudi Singapura yang sememangnya berkehendakkan tanah untuk dijajah dan sumber untuk dirakus. Takkan masih terkontang kanting kecoh dengan cerita cap ayam Ezam masuk ‘Melayu’. Apalah punya akal kita semua ini.
Malaslah ana hendak pusing-pusing tentang cerita-cerita sensasi buatan manusia. Malaslah ana. Lebih baik kita buat kerja dakwah Islam kepada mereka-mereka yang sudah pun Islam tetapi lupa sebentar hendak hidup didalam kehidupan berlandaskan addin Islamnya. Marilah kita sama-sama buat kerja, walau sedikit mana pun, misal kata edar ‘flyers’ tentang ceramah-ceramah ilmu kepada penduduk setempat, dapat juga insayAllah pahala dan ganjaran akhirat dan dunia. Lebih baik begitu, kan?
Posted by PAS Cawangan Rasa at 11:13 PG 1 comments
Isa tidak sepatutnya menyokong ISA.
YB Mohd Isa Abu Kasim, Yang Berhormat ADUN Batang Kali, yang menggantikan Dato Zainal Abidin Sakom, tidak hadir ketika Dewan Undangan Negeri membahaskan usul tergempar DUN Selangor.
Isu tergempar ini dibangkitkan oleh ahli DUN dari Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang iaitu usul tergempar mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Usul ini diluluskan sebulat suara buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam pada jam 9.00 mlm bagi membantah penahanan berlanjutan seorang wakil rakyat negeri itu.
Malangnya, semua ADUN BN tidak menyertai perbahasan itu yang bermula jam 6.00 petang. Sungguh amat mengecewakan, kerana ini menunjukkan 18 ADUN UMNO dan 2 ADUN MCA masih menyokong penggunaan akta kejam lagi zalim ISA di negara kita ini. Ini termasuklah ADUN Batang Kali yang kami tidak mengundinya, YB Mohd Isa.
Ini menunjukkan YB Mohd Isa bersetuju dengan penangkapan secara zalim lagi tidak Islamik terhadap ustaz-ustaz dan rakyat Melayu yang ditangkap tanpa diadili di Mahkamah. Sudahlah tidak diadili, isteri-isteri dan keluarga yang titangkap pun kadang-kadang diganggu oleh SB-SB yang tidak bertanggungjawab. Penangkapan bukannya 2-3 hari, tetapi ada tangkapan ISA yang terdiri dari orang Melayu yang dari golongan yang baik-baik ditangkap sehingga 5 ke 8 tahun. Ini zalim namanya, sungguh zalim.
Adakah YB Mohd Isa pernah menjenguk anak-anak tahanan ISA ini yang dipaksa hidup tanpa bapa selama 5 ke 8 tahun. Jika bapanya ditangkap ketika umur anaknya setahun, sekarang anaknya sudah memasuki darjah 1 dan selama hidupnya, anak itu tidak dapat mengenali ayahnya kerana ayahnya ditanggap ISA tanpa ada bicara pengadilan. Jika betul ayahnya bersalah, mengapa tidak dibicarakan di mahkamah? Mengapa YB Mohd Isa? Mengapa?
Wahai YB, dibawah adalah cerita dari isteri-isteri tahanan ISA melalui Gerakan Mansuh ISA (GMI) ;
1. Seorang anak tahanan menghidapi gangguan mental yang berat dan telah dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM untuk rawatan lanjutan pada tahun 2004. Telah disahkan oleh doktor bertanggungjawab bahawa salah satu sebab utama penyakit tersebut ialah kerana perpisahan dalam tempoh yang lama dengan ayahnya (rujuk kenyataan GMI bertarikh 30 September 2004). Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun kaunseling diberikan oleh kerajaan.
2. Tahanan jatuh bankrap apabila mereka hilang pekerjaan dan perniagaan lalu tidak dapat meneruskan perniagaan dan pembayaran hutang bank. Rumah terpaksa dilelong di mana ahli keluarga lain tidak dapat membantu. Isteri dan keluarga terpaksa menanggung beban menyara hidup dengan menjual barangan kitaran semula, menjual nasi campur dan air soya di pasar malam dan menjual kueh-mueh ketika Hari Raya.
Ada antara isteri yang menderita masalah kesihatan seperti sakit belakang kerana tambahan beban dan tanggungjawab. Terdapat satu kes yang dilaporkan GMI di mana isteri tahanan bertindak nekad untuk sara hidupnya dan anak berumur satu tahun dengan bekerja di kelab malam. Dia dilaporkan mula minum arak dan mengambil dadah sedangkan beliau seorang Islam. (rujuk memorandum dan kenyataan GMI kepada Suhakam bertarikh 21 Mei 2007).
3. Beberapa orang anak tahanan telah berhenti sekolah buat sementara waktu kerana trauma dan tidak mampu menanggung yuran sekolah dan pembelian buku-buku. Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun sokongan moral diberikan oleh pihak kerajaan. Hanya GMI dan anggota gabungannya serta masyarakat prihatin telah membantu.Ini merupakan beberapa contoh kesusahan yang terpaksa dihadapi keluarga tetapi memadai untuk membuktikan bahawa PM dan kerajaan sebenarnya tidak membantu urusan kebajikan, tidak memberikan sokongan moral atau kaunseling sebagaimana yang didakwa.
GMI ingin menegaskan bahawa kenyataan PM terbaru ini sebenarnya bercanggah apabila GMI telah acap kali melaporkan bagaimana kakitangan Cawangan Khas (SB) kerap menganggu dan menekan jiwa isteri dan keluarga. Dalam satu kenyataan GMI pada 12 Ogos 2005, sebanyak 32 perkara telah disenaraikan sebagai tindakan gangguan dan deraan jiwa oleh SB ke atas isteri dan keluarga. Ini termasuk menerima SMS lucah dan panggilan di tengah malam daripada SB, diekori oleh SB, kereta dipecah masuk dan ugutan berkala jika isteri terus memperjuangkan pembebasan suami mereka. Adakah ini tidak anti-kebajikan dan anti-moral?
Dengarlah wahai YB rintihan-rintihan mereka. Janganlah hendak pentingkan kontrak-kontrak sahaja. Janganlah pentingkan habuan dunia sahaja. Janganlah berlakon baik dengan orang kampung Rasa sahaja. Janganlah ada hati lagi hendak menyeleweng wang rakyat. Sedarlah kamu itu YB pembangkang. Kamu itu pembangkang dan bukan YB kerajaan. Sedarlah YB Mohd Isa.
Mengapa susah sangat ke hendak hadir mendengar usul mengutuk ISA itu? Cubalah bawa insaf kerusi DUN yang kamu duduki itu adalah kerusi amanah daripada Allah SWT. Bukan kerusi jambatan menuju kesenangan. Insaflah wahai umat UMNO. Insaflah sebelum kamu diinsafkan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 12:12 PTG 5 comments
CERAMAH PERDANA RAKYAT
TARIKH: 31HB MEI 2008, SABTU, JAM 9.00 MLM
TEMPAT : STADIUM MINI KUALA KUBU BHARU HULU SELANGOR.
YB DATO’ DR HASSAN
MOHD ALI
(EXCO K’JAAN NEGERI SELANGOR)
YB DR TAN SENG GIAW
(AHLI PARLIMEN KEPONG)
YB TUAN YAAKOB BIN SAPARI
(EXCO K’JAAN NEGERI SELANGOR)
ANJURAN : PEJABAT AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:23 PG 0 comments
AYAH CHIK SEBAGAI PM, KAMI SOKONG 100%
Tajuk di atas ada menyebut nama ayah chik, siapalah pula ayah chik ni. Tiba-tiba sahaja diberi nama untuk menjadi PM Malaysia.
Kepada sesiapa yang tidak tahu, ayah chik adalah nama timangan mesra rakyat Terengganu yang berahlikan Parti Islam kepada tuan guru mereka yang tercinta, iaitu mantan Menteri Besar Terengganu, Presiden Parti Islam Semalaysia, ahli Parlimen Marang dan ahli DUN Rhu Rendang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadi PM, apa pula cerita dengan DS Anwar Ibrahim. Apa cerita ni? Tunggu dulu, apa yang hendak diperkatakan ialah sementara menunggu DS Anwar menjadi PM, kita berilah kepada Tuan Guru menjadi PM dahulu jika PR dapat membentuk kerajaan Malaysia sementara Anwar masih belum menjadi ahli Parlimen.
Mengapa Tuan Guru? Kerana apa yang boleh dinampakkan sekarang, mereka-mereka di dalam PR yang Islam dan Melayu yang benar-benar menampakkan keikhlasan memegang amanah dan tanggungjawab memerintah hanya kerana Allah dari dalam dan dari luarannya adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan mentadbir dengan baik rakyat Malaysia adalah Tuan Guru. Yang boleh diterima oleh rakyat biasa Islam dan bukan Islam adalah kepada Tuan Guru. Mungkin hanya kepada golongan ultra liberal Barat yang tidak suka kepada Tuan Guru ini.
Oleh itu, untuk kebaikan negara Malaysia, adalah perkara yang matang dan bijak jika jawatan PM diberikan kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Rakyat Malaysia akan dapat perhatikan dengan mata kepala sendiri bagaimana zuhudnya PM baru mereka yang akan memimpin Malaysia nanti. Beliau mungkin akan duduk di rumah kebanyakan rakyat Malaysia dari tinggal menetap di Seri Perdana.
Beliau akan menaiki kereta kerajaan jika ada urusan pentadbiran dan beliau akan menaiki kereta sendiri jika ada urusan bukan dari kerajaan. Beliau tidak akan diescort dengan polis ketika berada dijalanraya, sanggup bersama-sama menempuh trafik di ibu kota, dan beliau tidak akan mempunyai bodyguard yang berduyun-duyun mengelilinginya sehingga rakyat hendak bersama PM pun susah.
Alangkah indahnya jika kita mempunyai PM yang berhati mulia, takut kepada Allah, sayangkan Islam dan bencikan habuan dunia memimpin negara Malaysia agar Malaysia mendapat keredhoan dari Allah SWT. Alangkah indahnya. Biarlah walau 5 atau 6 bulan sahaja Tuan Guru menjadi PM, tetapi akan diingati oleh rakyat Malaysia sehingga di Padang Masyar nanti kebaikan yang telah diberikan oleh Tuan Guru kepada rakyat Malaysia. Ana berdoa akan perkara ini menjadi kenyataan dan ana sendiri sebenarnya malu dengan Ibrahim Ali, kerana beliaulah orang yang pertama menyebut di dalam Parlimen agar orang yang baik-baik seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia, insyaAllah. Takbir!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 8:00 PG 2 comments
BUKAN BATU PUTIH JE, SELATAN JOHOR PUN AKAN DISAPU SINGAPORE
Hari ini hari Ahad. Selepas solat subuh, terus membuka internet, melihat perkembangan semasa dunia dan tanah air. Berbagai-bagai cerita menarik disajikan, ada cerita Terengganu, ada cerita baju kurung, ada cerita Tun, ada cerita Ezam dan ada cerita Johor.
Cerita yang agak menarik dari segala cerita yang memang menarik ialah cerita Johor. 1/2 padang bola milik negeri Johor telah diserah secara percuma sekali lagi kepada Singapura. Kesian. Itulah dia ayat yang terkeluar secara automatik keluar dari mulut ana, tetapi di dalam hati, marah panas membara!
Apalah punya cerita, kerajaan UMNO BN ni masih kurang cerdik lagi tidak pandai. Yang mengada-ngada pergi ke ICJ siapa suruh, kan ke dah kalah. Masuk ke lubang undang-undang buatan manusia, yang dipelopori oleh zionis antarabangsa, hah, padan la muka, hilang lagi satu pulau yang amat strategik pada negara.
Tahniah kepada umat Johor Pengerang, satu-satunya Parlimen menang tanpa bertanding di semenanjung, beri free satu kerusi kepada menteri pandai menipu, Azalina Othman, kerana dengan rasminya, 2000 nelayan Pengerang tidak boleh berlabuh di Pulau Batu Putih untuk memancing. Tahniah sekali lagi kepada mereka kerana ketotokan UMNOnya. Pemimpin yang memerintah yang tidak sudah-sudah beri tanah umat Melayu pada Singapura. Tahniah sekali lagi.
Inilah akibatnya pemerintahan yang dipimpin oleh mereka yang tidak layak memimpin. Di dalam fekah siasah, hukum melantik khalifah adalah haram jika diberikan kepada mereka yang cerdik, tetapi wajib diberikan kepada mereka yang lebih cerdik daripada cerdik. Bermaksud 'genius'. Jika pemimpin itu setakat akal seperti Pak Lah, maka inilah akibatnya. Mana dia PM kita ketika keputusan penting ini keluar. Sehingga satu ayat pun tidak terkeluar dari mulut PM berkenaan hal Batu Putih pada hari itu. Mungkin sibuk di Jepun entah buat apa tah.
Sebenarnya, bukan setakat Batu Putih sahaja UMNO BN hendak beri kepada Singapura, tetapi Selatan Johor pun akan diberikan kepada Singapura sedikit demi sedikit. Zon Iskandar Singapura, eh silap, zon Iskandar Malaysia, sebenarnya adalah satu kaedah meng'ICJ'kan negeri selatan Johor untuk diberi mutlak kepada Singapura. Tahniah sekali lagi kepada rakyat Johor kerana mempunyai semangat Acting SUK Johor tahun 1953. Tahniah sekali lagi diucapkan. Kerana membuta tuli menyokong satu parti keramat dan beranggapan khurafat satu parti sahaja boleh memerintah Malaysia sehingga kiamat, kecuali umat Johor di Muar.
Akhir kata, diharap kerajaan PR di bawah pimpinan mereka yang layak memimpin akan memimpin Malaysia dengan secepat yang mungkin agar segala perancangan untuk memberi 1/3 Johor kepada Singapura tidak dapat dilaksanakan oleh mereka yang pernah sekali menyebut sayalah perdana menteri berulang-ulang kali. Diharap, perancangan jahat untuk mengecilkan lagi wilayah Malaysia ini dikuburkan selama-lamanya, kalau tidak, janganlah Malaysia menjadi Palestin kedua. Nauzubillah.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:59 PG 0 comments
JOHOR DIMASUKI ZIONIS, KESIAN,.....

(Ini dia syarikat pro-zionis yang akan memasuki zon Iskandar Malaysia, Johor)


(Ini dia sebahagian 'board of director' yang menjadi jutawan kerana pembunuhan umat Islam di Iraq. Laknatlah mereka-mereka ini)
Posted by PAS Cawangan Rasa at 8:40 PG 0 comments
ADA MASJID SEKONGKOL DENGAN RIBA?
Jika seseorang itu jahil agama, bolehlah diberi alasan tidak tahu, tetapi jika institusi masjid sendiri yang bersekongkol dengan riba, maka perkara ini satu perkara yang amat sangat melampau. Perkara yang bukan remeh, perkara yang bukan boleh dipandang sebelah mata, tetapi perlu diperangi dengan sekuat-kuatnya.Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:43 PG 0 comments
MAHATHIR KELUAR UMNO, BERITA SISIP JE.
Seronoknya cuti 3 hari. Langsung tidak sentuh internet. Langsung tidak sentuh akhbar. Ana mengambil pendirian untuk cuti secuti-cutinya untuk 3 hari ini. Sehinggakan berita di TV ana tidak pandang langsung. Kesimpulan, satu habuk pun ana tidak tahu perkembangan politik di Malaysia semenjak Sabtu. Sehinggalah jam 2 petang tadi.
Ana ada di rumah ibu di KL. Sedang termenung di dalam bilik bawah, bilik dekat dapur. Tiba-tiba terdengar TV di dapur berkata-kata, 'Mahathir keluar UMNO.'. Terkejut sekejap ana dibuatnya. Ana meluru keluar dari bilik ke arah TV. Ayah sedang menonton Bernama di Astro. Terdengar Mat Taib sedang berceloteh tentang isu Mahathir keluar UMNO. Ibu ana berkata, 'biarlah dia. dah nyanyuk,'. Ana diam je.
Berita ngarut ni. Sebenarnya ini berita mengarut je. Tidak ada yang menarik di dalam cerita ini. Cuma tahap sensasinya menyebabkan manusia di bumi Malaysia kecoh-kecoh dengan perkara ngarut ini.
Ya, memang, ana menganggap ini hanyalah cerita karut tapi benar yang sepatut lagi wajib ahli PAS mesti menganggap perkara ini hanya cerita kedai kopi sahaja. Kerana apa? Kerana ianya tiada kaitan dengan kerja-kerja dakwah dan pemerintahan. Janganlah cuba nak sibuk-sibuk dengan cerita Mahathir yang mengarut ini, sebaliknya setiap ahli PAS mesti teruskan bekerja untuk dakwah Islam dan pemerintahan di negeri-negeri yang dimenangi, terutama di negeri ana duduk ini, Selangor. Banyak perkara seperti PBT, JKKK, AJK Surau, AJK Masjid, dakwah Islam, ilmu kepada para remaja dan banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan oleh kita ahli PAS dan juga ahli PKR agar Selangor dan 4 lagi negeri yang diperintah oleh PR menjadi negeri di redhoi Allah.
InsyaAllah.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:25 PTG 0 comments
KAMI MERINDUI MEDIA ALTERNATIF.
(Wakil calon orang hulu, kirinya DUN PAS (kalah), sebelahnya Parlimen PKR (menang)
'Eh, jika pak cik tak pernah pergi seumur hidup, macam mana pakcik tahu ceramah PAS banyak ada banyak maki hamun. Ni fitnah namanya ni. Tak baik gitu pakcik.'
'Er,... tak pelah, pakcik masuk masjid dulu,....'.
Ini bukan dialog buat-buat, ini dialog sebenar yang berlaku apabila ana mengajak seorang insan kuat ke masjid (surau) untuk pergi ke ceramah PAS. Yang sedihnya, sehingga sekarang masih belum kecapaian pak cik itu untuk ke majlis ceramah.
Oleh itu, apakah sumber-sumber media yang paling efisien untuk dimasukkan ke dalam akal orang golongan seperti pakcik tadi? Ana rasa akhbar. Bukan akhbar keluaran 2 kali sebulan, tetapi akhbar keluaran tiap-tiap hari.
Ana masih ingat lagi pimpinan tertinggi PR ada menyebut tentang keluaran akhbar alternatif untuk 5 negeri pimpinan PR ini. Tetapi, dimanakah akhbar ini? Adakah masih di dalam peringkat perbincangan? Lambatnya. Tolong cepat sikit, kami amat merindui media alternatif.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 8:54 PG 0 comments
HARI INI, 13 MEI, 2008
Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.
Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.
Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.
Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.
10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.
Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.
Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.
Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....
Posted by PAS Cawangan Rasa at 8:46 PG 3 comments


























