MOHON MAAF DARI S.U.

Sabtu, 28 Februari 2009

Untuk makluman, ana sebagai s.u dan blogger bagi blog PAS Cawangan Rasa ingin memohon maaf kerana sudah sekitar 2 minggu blog ini tidak dikemaskinikan.

Blog ini tidak dikemaskini adalah kerana sistem internet di rumah ana ada masalah akses. Kemungkinan router di rumah ana rosak atau talian internet tidak kecapaian. Pihak TM masih lagi sedang bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah ini.

Perlu diberitahu bahawa, blog ini sedang dikemaskini di Kuala Lumpur, rumah bonda ana. InsyaAllah untuk 2 hari ini semasa ana berada disini, ana akan cuba kemaskini program2 PAS Cawangan Rasa untuk tatapan umum.

SEDANGKAN SAIDINA OMAR BERTAUBAT MASUK ISLAM.

Selasa, 10 Februari 2009

Kenalkah sekelian manusia siapa dia itu Saidina Omar Al-Khattab. Beliau adalah sahabat Rasulullah hirearki yang kedua di dalam senarai-senarai sahabat nabi yang taat kepada Rasulullah. Bukan calang-calang sahabat Saidina Omar itu. Sehingga Khalifah Islam yang kedua adalah beliau, itulah dia penghormatan umat Islam terhadap Saidina Omar Al-Khattab.

Tetapi adakah anda sekelian sedar, bahawa sebelum Saidina Omar memasuki agama Islam, beliau adalah penentang Rasulullah nombor wahid seangkatan dengan Abu Jahal. Beliau adalah seorang manusia yang begitu kejam dan rakus terhadap pengikut-pengikut Nabi. Malah beliau ada cita-cita dan memang ada perancangan untuk membunuh Rasulullah.

Jika hendak dibandingkan dengan pada zaman sekarang, beliau adalah sama taraf dengan presiden parti likud israel zionis laknatullah ketika Saidina Omar masih belum Islam. Dan cuba kita bayangkan, pada hari ini, dengan tiba-tiba, secara siaran langsung di CNN, presiden parti likud israel dengan bertaubatnya masuk agama Islam dan terus bersama-sama dengan pejuang-pejuang HAMAS menentang israel zionis. Dan memang itulah yang terjadi kepada umat Islam di zaman Nabi, terkejut dan seperti tidak percaya bahawa Saidina Omar telah masuk agama Islam.

Allah telah perkenankan doa Rasulullah yang selalu Rasulullah doakan agar salah satu dari dua Omar memasuki Islam, iaitu samada Omar sendiri atau abu jahal. Maka Saidina Omar Allah perkenankan untuk masuk Islam.

Sama jugalah di Rasa ini, mungkin ada juga sesiapa hamba Allah telah berdoa agar salah satu daripada dua Adnan yang berada di Rasa ini bertaubat, maka Allah telah perkenankan doa itu, Adnan Kampung Napi @ Taman Keruing yang bersama-sama PR dan bukannya Adnan Taman Rasa Utama bersama-sama dengan kita.

Oleh itu, diharap, kepada semua ahli PAS yang berpegang kepada perjuangan menegakkan Islam, iaitu perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, lupakanlah segala apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung atau Tok Empat Kampung Rasa ini semasa beliau bersama-sama didalam umno dahulu. Berilah kemaafan kepada beliau semasa beliau ini didalam kelompok yang jahat, terimalah taubat beliau atas segala kesalahan yang beliau telah lakukan semasa didalam umno. Berilah tunjuk ajar kepada beliau agar beliau menjadi seorang yang baik, beriman dan beramal soleh. Janganlah hanya melihatkan kepada keburukan-keburukan beliau. Lihat dan tonjolkanlah kebaikan beliau yang ada padanya.

Janganlah kita membuat penilaian terhadap keikhlasan beliau didalam perkara-perkara kebaikan yang beliau ingin lakukan kepada orang-orang kampung, kerana menilai keihklasan itu adalah kerja Allah. Ikhlas tidak ikhlas hanya Allah sahaja yang boleh menilai.

Tetapi, jika Tok Empat melakukan kesilapan, melakukan perkara-perkara yang bertentangn dengan Islam, melakukan perkara maksiat, maka adalah kewajiban kepada setiap ahli PAS cawangan Rasa untuk menentangnya. Maka oleh itu wahai rakan-rakan sekelian, janganlah termakan fitnah-fitnah puak umno kerana memang itu kerja mereka untuk mengadu domba Pakatan Rakyat agar kekuatan PR ini hancur sehancur-hancurnya.

Lapangkanlah dada anda dan insyaAllah Allah akan melapangkan kamu.

s.u

PROGRAM ZIARAH.

Sabtu, 7 Februari 2009

(Ketua dengan gaya tersendirinya)


(Sebahagian dari para Muslimat)

(Sebahagian dari jemaah lelaki. S.U tiada di dalam gambar kerana menjadi penangkap gambar)

Alhamdulillah, pada hari Ahad 1/2/09, jam 5:30 petang, PAS cawangan Rasa telah mengadakan program ziarah ke rumah bekas bendahari, saudara Kamaruzaman. Saudara Kamaruzaman telah mengalami masalah saraf sehingga ingatan dan kakinya lumpuh.

Pihak Cawangan telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga beliau dan memberikan nasihat agar pihak keluarga saudara Kamaruzaman berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT agar mengubati penyakit beliau dengan cara rawatan 'bomoh' Islam dan juga dengan rawatan saintifik dari hospital pakar kerajaan.

Sebelum pulang, saudara Muhammad Idris telah memimpin mendoakan agar saudara Kamaruzaman sembuh dari penyakitnya. Solat hajat juga telah dicadangkan khas untuk menghajatkan kesihatan beliau.

Cawangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir ke rumah saudara Kamaruzaman untuk program ziarah ini. Diharap program ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

s.u
(pihak cawangan tidak sampai hati mengambil gambar saudara Kamaruzaman kerana kedhaifan kesihatannya).

KEMANA PERGI PARA USTAZ?

Jumaat, 23 Januari 2009

Terkini:

Setelah sehari artikel ini diterbitkan, alhamdulillah, terdapatlah beberapa orang ustaz telah bersama dan telah kembali bersama-sama aktif didalam jemaah walaupun kami yakin mereka tidak pun membaca artikel ini. Kami dari jemaah PAS cawangan Rasa berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya, maka hajat kami agar para ustaz bersama dengan jemaah termakbul.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Cawangan Rasa adalah satu cawangan yang kecil yang hanya mempunyai lebih kurang 60 lebih ahli dan yang aktifnya kurang daripada 20 ahli daripada lebih kurang bertanggungjawab kepada 4000 pengundi bagi 4 Unit Peti Undi (UPU).

Kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat sesuatu program tanpa meminta infa' terlebih dahulu daripada ahli namun apa-apa program yang hendak kami lakukan, walaupun 'adhoc', namun ia tetap berjaya kerana komitmen lebih kurang 20 ahli yang aktif tadi.

Ini tidak menjadi masalah kepada kami sebenarnya, kami tidak mempunyai masalah kurang ahli untuk melaksanakan tugas dakwah kepada penduduk Rasa, kami tiada masalah kewangan untuk menjalankan sesuatu program atau aktiviti, tetapi masalah yang kami hadapi adalah kekurangan USTAZ-USTAZ yang memberanikan diri untuk bersama-sama berjihad di dalam jemaah Islam PAS di Rasa ini.

PAS Cawangan sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu liat untuk bersama-sama dengan jemaah? Adakah mereka terlalu sibuk? Adakah mereka takut? Atau adakah mereka tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS itu sendiri?

Kebanyakan ustaz-ustaz akan mengatakan bahawa alasan mereka untuk tidak bersama-sama dengan jemaah adalah kerana JQOF, kerja dengan kerajaan dan sibuk mengajar. Tiga alasan ini adalah satu alasan yang selalu bermain ditelinga kami apabila kami memohon agar para ustaz-ustaz aktif bersama jemaah.

Sepatutnya, ketika inilah, ketika kerajaan negeri Selangor dan JAIS sedang dipegang oleh jemaah Islam, pada ketika inilah para ustaz mesti WAJIB bersama-sama dengan jemaah secara aktif. Ketika inilah para ustaz mesti turun berjuang dimedan politik sebagai medan dakwah agar akidah umat Melayu Islam berpegang teguh kepada Islam yang syumul, bukan kepada firasat nasionalis.

Pada ketika inilah sepatutnya para ustaz mengemblengkan usaha-usaha dakwah melalui jemaah agar Islam dan kehidupan harian penduduk Rasa disatukan seperti aur dengan tebing. Pada ketika inilah para ustaz perlu berkorban wang dan masa untuk berdakwah kepada umat manusia agar kembali kepada Islam melalui jemaah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Pada ketika inilah, jika PAS cawangan menjemput para ustaz agar memberi ceramah berkenaan Daulah Islamiyah dan keKhalifahan Islam, para ustaz tidak akan memberi seribu alasan untuk menolak jemputan kerana takut dipantau SB.

Pada ketika inilah, sepatutnya, para ustazlah yang memimpin dan membimbing kami di dalam jemaah PAS cawangan Rasa agar menjadi sebuah cawangan yang benar-benar berjalan dilandasan dakwah Islam. Para ustazlah yang sepatutnya menjadi pemimpin kami di dalam PAS Cawangan Rasa ini.

S.U

MAJLIS GOTONG-ROYONG PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PAS CAWANGAN RASA TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN.

Sabtu, 17 Januari 2009

PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang turun bergotong-royong membersihkan markas PAS Cawangan Rasa pagi tadi. Dan PAS Rasa juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para muslimat kerana telah menyediakan makanan untuk majlis doa selamat sempena pembukaan markas ini.

Bangunan telah dibersihkan, sistem paip telah dibaik pulih, lampu kipas sudah dipasang dan sekarang ini, hanya kelengkapan pejabat sahaja yang perlu disediakan.

Diharap surat infa' telah diagihkan kepada mereka-mereka yang berpotensi untuk memberi sumbangan kepada perjuangan Islam.

Dibawah adalah gambar-gambar sekitar program gotong royong dan juga majis doa selamat pembukaan markas atau pusat khidmat masyarakat PAS Cawangan Rasa.

(Bendahari sedang membersihkan lantai markas dengan tekunnya)

(Ketua-ketua (Cawangan dan pemuda) bertungkus lumus memasukkan kain langsir ke dalam wayar untuk disangkut di tingkap)


(Langsir pun warna hijau. Semangat sungguh)


(Setelah penat membersih, sarapan pagi disediakan, alhamdulillah....)


(Kaum muslimat sedang menyediakan makanan untuk majlis kesyukuran)


(Isteri ketua cawangan juga meluangkan masa untuk menyediakan makanan bagi majlis kesyukuran nanti. Semangat seperti Khatijah isteri Rasulullah, insyaAllah)


(Kami juga menjemput SB untuk majlis doa selamat ini. (Bersila di kiri memakai baju putih))


(Sebahagian yang mengaminkan doa selamat)

(Lepas doa selamat, makanlah tentatif berikutnya)

PAS/PR TAMBAH 1 LAGI KERUSI PARLIMEN. TAKBIR!!


Takbir! Allahuakbar!

Takbir! Allahuakbar!

Takbir! Allahuakbar!

Parti Islam SeMalaysia PAS telah berjaya memenangi PRK P036 KT daripada BN. Calon PAS Abdul Wahid Endut telah berjaya memperolehi 32,883 undi manakala calon BN Wan Ahmad Farid memperolehi 30,252 undi. Bebas hanya mendapat 193 undi.

Dengan ini PAS berjaya memperolehi kemenangan dengan majoriti 2,631 undi.

PAS Cawangan Rasa mengucapkan selamat berjihad di Parlimen kepada YB PAS yang baru, saudara Mohd Abdul Wahid Endut. Selamat berjuang.

-S.U

MAKLUMAN HARI INI.

Rabu, 14 Januari 2009

Untuk Makluman:

Malam ini (14 Jan 09), di Masjid Bukit Sentosa:
Jam 9:00 mlm - 10:00 mlm :- Solat hajat dan rombongan konvoi ke PRK Kuala Terengganu oleh jemaah PAS Hulu Selangor.

17 Jan 09,
jam 8:00pg - 11:45pg :- Gotong-royong membersih dan membasuh markas baru PAS Cawangan Rasa. Kelengkapan membersih dan membasuh seperti penyapu dan getah paip diminta untuk dibawa sekali secara individu.

Jam 12:00 tgh :- Majlis Doa selamat sempena pembukaan markas baru PAS Cawangan Rasa
(Rumah kedai tingkat 2, no.23A, Jalan Damar1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, Hulu Selangor, atas kedai tayar)

PAS Cawangan Rasa menjemput para ahli untuk hadir beramai-ramai untuk menjayakan program ini. InsyaAllah.
-s.u

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

Ahad, 11 Januari 2009

(JANGAN LUPA MC DONALD DAN STAR BUCK)


Pada hari Isnin ini, telah diberitahu kepada para bloggers mujahidin bahawa boikot permulaan 7 produk proksi zionis akan dibuat selama 6 bulan. Agar semua jemaah mendapat perhatian.

7 PRODUK itu akan diberitahu kelak.

TAHNIAH PEMUDA KERANA DEMO BANTAH ISRAEL JAHANAM

Ahad, 4 Januari 2009

PAS Cawangan Rasa mengutuk sehebat-hebatnya si celaka Yahudi Zionis untuk selama-lamanya selagi mereka menjajah Palestin dan juga membunuh rakyat Palestin. Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dan PAS cawangan Bukit Sentosa serta Bukit Beruntung kerana telah berjaya membuat satu demo bantahan kepada Israel laknatulallah.

Diharap, satu lagi demo besar-besaran akan dibuat agar umat di Hulu Selangor juga bersama2 berdemo membantah Israel laknatullah yang selama ini sungguh sombong dengan kekafirannya.

s.u

ps- (s.u caw) - Hamba mohon maaf kerana tidak hadir kerana masih dirawat diwad hospital ketika itu. Namun alhamdulillah, hamba telah dibenarkan keluar dari wad hospital pada petang itu jam 4. Sudah 11 hari hamba berada di hospital, 5 hari koma (ICU) dan 6 hari wad biasa. Allahhuakbar!!!!

TANGGAL 22 ZULHIJJAH 1429, SABTU, PAS CAWANGAN RASA SUDAH ADA MARKAS.

Sabtu, 20 Disember 2008

Makluman :
Dengan rasminya, pada tanggal 22 Zulhijjah 1429, pada jam 10.30 pagi, bersamaan 20 Disember 2008, hari Sabtu, PAS Cawangan Rasa telah mempunyai bangunan Markas di rumah kedai No23A, Jalan Damar 1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, Hulu Selangor.

Perjanjian telah dibuat diantara pemilik rumah kedai, Miss Lu Wee Cheng (A2203001) dengan En. Mazwandi bin Mustaffa (Setiausaha cawangan), untuk menyewa rumah kedai untuk perjanjian selama setahun dengan kadar sewa bulanan RM350/= didahului dengan deposit sebanyak RM1,700/=.

Walaupun perjanjian adalah dari seorang individu iaitu dari saudara Mazwandi bin Mustaffa dengan pemilik rumah kedai, tetapi secara jelasnya, pemilik rumah kedai itu mengetahui bahawa rumah kedai itu akan dijadikan markas Parti Islam SeMalaysia (PAS) cawangan Rasa.

Maka, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, PAS cawangan Rasa tidak perlu lagi menumpang pada kediaman sesiapa untuk menjalankan aktiviti jemaah.
Takbir!


-S.U

PAS CAW. RASA INSYAALLAH AKAN ADA BANGUNAN MARKAS PD 23 ZULHIJJAH '29 INI.

Jumaat, 19 Disember 2008

Makluman:

Hari Sabtu ini, Setiausaha PAS Cawangan Rasa akan berjumpa dengan pemilik rumah kedai untuk berbincang berkenaan dengan sewaan rumah kedai untuk dijadikan markas PAS cawangan. Perjumpaan akan diadakan di Bangsar, K.L.

Didalam pertemuan itu nanti, wang deposit sebanyak RM1,700/= akan diserahkan kepada pemilik rumah kedai itu. Oleh kerana wang dana masih tidak mencukupi, setiausaha akan menggunakan wang sendiri sebanyak RM1,500/= terlebih dahulu untuk kelancaran proses sewaan. Dengan ini, diharap setiap AJK PAS Cawangan melipat kali gandakan usaha mengutip dana.

Ini bermakna, pada tanggal 23 Zulhijjah 1429, maka dengan rasminya PAS cawangan Rasa mempunyai sebuah bangunan markas. Oleh itu, diharap, kerja-kerja dakwah Islam dan kerja jemaah dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang lagi penuh hikmah serta teratur dengan wajudnya markas ini, insyaAllah.

-S.U

PAS CAWANGAN RASA AKAN ADA BANGUNAN MARKAS.

Rabu, 17 Disember 2008

Pas cawangan Rasa insyaAllah pada awal bulan hijriah ini akan membuka markas atau pusat khidmat masyarakat PAS Cawangan Rasa di lot rumah kedai (tingkat 1) berdekatan dengan Taman Rasa Indah.

Markas ini akan digunakan untuk kerja-kerja dakwah Islam, kerja-kerja kemasyarakatan dan kerja-kerja jemaah. InsyaAllah, dengan adanya markas ini, kerja-kerja jemaah akan lebih tersusun dan teratur.

Segala aktiviti jemaah akan dilakukan di sini samada aktiviti dari PAS Cawangan, Dewan Pemuda dan juga Dewan Muslimat serta Nisa' sekalipun.

Walaubagaimanapun, PAS Cawangan Rasa mengharapkan agar kerjasama dari semua ahli PAS Cawangan Rasa untuk menginfa'kan sedikit wang ringgit setiap bulan. Ini adalah kerana markas ini disewa sebulan sebanyak RM350.00. Maka oleh itu, infa' dari ahli amat-amat diperlukan pada setiap bulan. Ini tidak termasuk bil air dan elektrik.

Pada permulaan penyewaan rumah kedai ini, PAS Cawangan Rasa perlu mengeluarkan modal sebanyak RM1,700.00. Ianya adalah sebagai deposit 2 bulan sewa, deposit air (rumah kedai) RM500/= dan deposit elektrik (rumah kedai) RM500/=. PAS Cawangan Rasa sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja mencari dana untuk menampung kos deposit ini.

Oleh itu, kepada sesiapa yang terblog blog ini, maka kami amat mengharapkan infa' dari seluruh masyarakat untuk meringankan bebanan kami ini.
Kepada sesiapa yang ingin memberi dana kepada PAS Cawangan Rasa, bolehlah terus berjumpa dengan ;

-Ketua Cawangan PAS cawangan Rasa
(Hj. Sahyar Hassan - hp:- 013-605 9291)

-Setiausaha PAS cawangan Rasa
(Saudara Mazwandi Mustaffa - hp :- 013-310 2710)

atau masukkan terus wang dana ke ;

Bank Maybank - Mazwandi Bin Mustaffa ; no. akaun - 1620 7655 8927

(tolong sms atau telefon saudara Mazwandi jika memberi dana terus ke akaun ini. Untuk makluman, PAS Cawangan Rasa masih tidak membuka akaun bank lagi, jika akaun bank cawangan telah dibuka, maka TIDAK perlu lagi akaun di atas digunakan)

Diharap maklumkan.

-surat memohon infa' akan dipaparkan kemudian.

PERTUKARAN NAMA BLOG

Jumaat, 5 Disember 2008

Assalammualaikum wbt.

Pemberitahuan bahawa pertukaran nama blog telah dibuat dari Pemuda Islam Rasa kepada PAS Cawangan Rasa telah dilakukan oleh ana kerana sebab-sebab dibawah.

1. Oleh kerana blog ini adalah kendalian peribadi ana, maka ianya telah ditukar mengikut pertanggung jawaban ana di dalam jemaah.

2. Ana telah diletakkan jawatan sebagai ketua pemuda PAS Cawangan Rasa dan telah diganti kepada saudara Hisyam bin Sahak kerana ana telah di'paksa rela' untuk memegang jawatan setiausaha PAS Cawangan.

3. Oleh itu, blog ini secara rasminya telah menjadi milik semua ahli PAS cawangan Rasa.

4. Namun, alamat blog tetap tidak berubah iaitu pemudarasa.blogspot dikekalkan kerana terdapat mereka2 yang sudah terbiasa dengan alamat blog ini.


Kepada sesiapa yang ingin memberi input dan juga artikel, sudilah menghantarnya kepada ana di e-mail; atoknyeee@hotmail.com

Diharap mendapat penjelasan.

SETIAUSAHA CAWANGAN DI HOSPITAL

Khamis, 13 November 2008

(Hj. Idris Ahmad, setiausaha PAS Cawangan Rasa merangkap setiausaha PAS Kawasan Hulu Selangor)


Untuk makluman semua ahli PAS cawangan Rasa, setiausaha PAS cawangan Rasa, Haji Idris Ahmad telah memasuki wad di hospital Selayang kerana disyaki mengidap denggi semalam. Pagi tadi, ketua pemuda telah menelefon Hj. Idris untuk bertanya khabar dan diberitakan bahawa beliau memang sah mengidap denggi.

Diharap, semua ahli jemaah dan semua penduduk di Rasa dan sesiapa yang mengenali beliau agar dapat mendoakan kepada Allah SWT agar kesihatan dan kesejahteraan serta semoga cepat sembuh kepada Haji Idris Ahmad.

Kami dari pemuda insyaAllah akan menziarahi beliau bersama ahli-ahli cawangan pada hari ini.

Kami, pemuda rasa juga berdoa kepada Allah SWT agar kebaikanlah yang diperolehi oleh Hj. Idris Ahmad daripada peristiwa ini. Semoga Hj. Idris cepat sembuh.

RPK MUNGKIN BEBAS.

Jumaat, 7 November 2008

Petang ini, saudara seIslam kita Raja Petra Kamaruddin akan mengadap ke Mahakamah Tinggi Shah Alam untuk kemungkinan dibebaskan dari ISA. Kami dari pemuda PAS Rasa memohon agar semua umat Islam yang cintakan keadilan agar berdoa dan bersolat hajat di masjid selepas solat jumaat agar jika RPK berjaya dibebaskan, RPK tidak akan ditangkap kembali sejurus beliau keluar dari kamar mahkamah. Ini kerana pihak polis sentiasa melakukan kerja sedemikian rupa untuk kes2 ISA dan OSA.

Solat hajat adalah lebih baik dilakukan tidak berjemaah, maka sesiapa ahli PAS dan juga umat Islam, sejurus bacaan doa, bolehlah bersolat hajat keseorangan. Walaupun RPK di dalam 'statementnya' tentang Islam selalunya menjurus kepada kesesatan, namun diharap tertangkapnya beliau ini akan membuka hati imannya kembali kepada Islam yang syumul.

Di sini, pemuda juga ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Jumaat, 07/11/08, di bangunan JKKK Rasa, akan diadakan mesyuarat cawangan PAS Rasa. Diharap kehadiran ahli pemuda adalah menggalakkan.

SPEAKER CAP AYAM DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Khamis, 6 November 2008

Kini, kami dari pemuda PAS Rasa dengan rasminya menggelar Speaker cap ayam Parlimen Malaysia dengan gelaran Tan Sri Penjahat Amin Tidak Mulia. Kami amat membenci secara jelas dan nyata lagi berasa jijik dan terhina memiliki seorang manusia yang sungguh bodoh sombong menjadi Speaker Dewan Rakyat Parlimen Malaysia seperti beliau.

Diharap, sebagai pengajaran sejarah Malaysia, beliau dijadikan sebagai simbol Speaker dewan rakyat yang tidak patut dicontohi dan sebagai kesilapan yang besar lagi memalukan kerana memiliki Speaker yang sombong tetapi tiada IQ seperti beliau.

SALAM HARI JADI KEPADA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG.

Isnin, 20 Oktober 2008

Salam hari jadi kepada Tuan Guru Presiden Jemaah Islam Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada Pemuda PAS Cawangan Rasa, Kawasan Hulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kami ingin mengucapkan agar Tuan Guru Presiden dipanjangkan umur agar dapat memimpin jemaah Islam PAS ini agar Islam dapat dimartabatkan di Malaysia khasnya, dan di seluruh dunia amnya. Kami amat mengharap seorang pemimpin yang tegas dan istiqomah di dalam perjuangan menegakkan Islam seperti Tuan Guru Presiden.

Kami akan bersama-sama dengan Tuan Guru Presiden menggenggam bara api untuk menegakkan Islam pada akhir zaman ini.

'Mati di jalan Allah, cita tertinggi kami.'

KES IMAM OTHMAN RAYU SOKONG UMNO- SIAPA BOHONG? IMAM ATAU SINAR?

Jumaat, 17 Oktober 2008

Perkara ini telah diheboh-hebohkan pada minggu lepas. Namun ana sebagai penggerak tunggal blog pemuda Rasa tidak mahu berita ini disensasikan. Namun oleh kerana terdapat satu komen daripada pelawat blog ini yang mencadangkan agar memberi informasi-informasi terkini di kawasan Rasa, Hulu Selangor ini, maka eloklah seluruh warga manusia yang 'ter'blog ke blog pemuda Islam Rasa ini mendapat informasi terkini lagi sensasi.

Peristiwa dimana seorang imam dari masjid Rasa Al-Kholidiah, iaitu imam 1 masjid Rasa, Ustaz Othman Jantan, telah membuat kenyataan di dalam surat khabar Sinar Harian, versi Selangor, bahawa beliau, iaitu imam Othman, telah merayu dan berkempen agar menyokong Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dan menyokong juga Dato Seri Abdullah Ahmad sebagai Perdana Menteri Malaysia secara terang dan nyata.

Beliau berkata begitu setelah ADUN Batang Kali dari pembangkang (UMNO), Mohd Isa Kasim telah memberi sumbangan perubatan kepada isterinya yang sakit. 'Statement' itu juga seperti telah dinyatakan semasa ADUN Batang Kali dan wartawan dari Sinar Harian berada di dalam rumahnya.

Maka, oleh kerana kata sepakat diantara PAS-UMNO di Rasa agar imam masjid perlulah berkecuali, maka, Ketua PAS Cawangan Rasa, Haji Sahyar telah pergi berjumpa dengan imam Othman sendiri untuk memastikan bahawa adakah betul ungkapan itu diungkap dari mulut tok imam sendiri. Jawapan dari imam Othman ialah dia tidak pernah mengatakan yang demikian.

Maka pihak PAS telah menghubungi wartawan Sinar Harian Selangor untuk daerah Hulu Selangor, dan wartawan itu telah menyatakan memang itulah yang diungkapkan oleh imam Othman dan beliau ada bukti.

Kami, dari pihak Pemuda PAS Cawangan agak keliru dengan peristiwa ini. Kepada siapa kami hendak percaya. Kerana, wartawan Sinar itu, kami dapati, selalu mengeluarkan berita yang berat sebelah yang selalu mengfokuskan kepada berita-berita dari parti politik pembangkang iaitu UMNO. Dalam masa seminggu, 95% adalah dari berita pihak pembangkang UMNO, jarang sekali dari pihak pemerintah Pakatan Rakyat.

Dan kami juga mendapat informasi, bahawa wartawan dari Sinar Harian itu telah dibeli oleh ADUN pembangkang Batang Kali (UMNO) untuk sentiasa mengikut beliau di mana-mana ADUN itu melakukan kerja 'kempen' politiknya.

Oleh kerana itu, Ketua Cawangan PAS Rasa telah mencadangkan agar imam Othman dan wartawan itu bersemuka bersama-sama kami agar perkara ini dapat diselesaikan dan tidak akan menjatuhkan air muka imam 1 masjid kami, iaitu Ustaz Othman Jantan. Selagi perkara ini tidak selesai, PAS Rasa akan berkempen untuk memboikot surat khabar Sinar Harian di seluruh Hulu Selangor.

MOHON PEMUDA PAS RASA BERGOTONG ROYONG BAGI PIHAK MASJID AL-KHOLIDIAH.

Sebentar tadi, ana telah berkomunikasi dengan Ketua Cawangan PAS Rasa a.k.a tok siak 1 masjid kampung Rasa Al-Kholidiah. Ketua cawangan memohon agar pemuda-pemuda PAS cawangan Rasa untuk turun bersama-sama bergotong-royong bersama AJK Masjid untuk Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri nanti pada hari Sabtu, 25 Syawal.

Gotong royong akan bermula sebelah pagi. Tuan Nazir masjid telah menginfa'kan seekor lembu untuk dikorbankan dan menjadi tugas pemuda untuk bersama-sama melapah lembu yang dikorbankan itu. Dimaklumkan bahawa majlis ini kemungkinan akan bermula jam 4 petang. Tetapi ianya masih belum dimuktamadkan lagi.

Ketua cawangan juga berasa agak sedih kerana terdapat ura-ura ajk-ajk masjid dari UMNO tidak mahu bersama-sama menjayakan majlis ini. Kami dari pemuda PAS cawangan Rasa mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku. Jangan kerana perbezaan politik, penduduk kampung berpecah. Ini kerana, kami dari PR, lebih-lebih lagi dari PAS, tidak akan melaksanakan 'program' balas dendam kepada mereka dari UMNO. Kami adalah jemaah Islam, dan yakin, muqaballah yang masih lagi diberi lampu hijau oleh presiden PAS akan menyatukan umat Melayu di bawah panji Islam, insyaAllah.

JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN HULU SELANGOR

Jumaat, 10 Oktober 2008

Assalamu'alaikum wm wb. SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI diucapkan. Pohon Kemaafan di atas kesilapan yang zahir dan bathin. JANGAN LUPA;

JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN HULU SELANGOR
Tarikh: 12.10.08 AHAD
Waktu: 9.00 pagi sehingga 1.00 tgh
Tempat: Dewan Serbaguna Batang Kali bersebelahan Sekolah Agama Batang Kali

Di harap dapat disebarkan kepada seluruh rakyat Hulu Selangor tentang program ini ......Jzk kh k

PAS MENANG DI SANGGLANG DAN MANIR.

Selasa, 16 September 2008

Pemuda PAS Cawangan Rasa, ingin mengucapkan tahniah dan bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diizinkan olehNya, Ustaz Hashim Jasin memenangi kembali DUN Sangglang sebentar tadi. Diharap Ustaz Hashim Jasin akan melaksanakan tugasnya sebagai YB dengan penuh amanah.

Begitu juga Pemuda PAS Cawangan Rasa bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Ustaz Harun Taib juga memenangi petisyen pilihanraya untuk kekal menang di DUN Manir.

Takbir!

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut