SU hendak memaklumkan kepada semua ahli PAS dan pendokong perjuangan Islam di Rasa dan seluruh Hulu Selangor bahawa satu berita yang amat baik telah berlaku semalam, pada jam 5:30 petang, Isnin, 6 Rejab.
Satu peristiwa dimana akan insyaAllah dapat mengukuhkan PAS cawangan Rasa dengan masuknya seorang insan di Rasa ini, yang amat berpengaruh bagi penduduk kampung dan kawasan Taman.
InsyaAllah berita akan disusulkan. Tungguuuuuu,...........
AYOH! JANGAN LEPASKAN PELUANG
AYUH! SUMBANGKAN TERUS KE AKAUN PAS CAWANGAN RASA. INSYAALAH DENGAN KEBERKATAN SUMBANGAN ANDA, PR AKAN MENANG!!
PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, NO. ACC: 1243-0000280-10-8 CIMB ISLAMIC
(Sila maklumkan kepada Bendahari selepas 'bank in' agar urusan kewangan dapat dibuat dengan lebih lancar, terima kasih)
Bendahari : Ahmad Kamizi : 013-997 0679
DARI MEJA SETIAUSAHA PAS CAWANGAN RASA
Lambang Perjuangan Islam.
BERITA BAIK BAGI PAS RASA
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:02 PTG 0 comments
PERINGATAN KEPADA NAZIR DAN AJK MASJID AL-KHOLIDIAH, RASA.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:41 PTG 1 comments
MAKLUMAN PRK BUKIT GATANG.
Sebelum diberikan makluman, PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan takziah kepada Ketua Cawangan PAS Rasa kerana kembalinya ibunda beliau ke Rahmatullah pada tanggal 21 Mac lepas, hari Sabtu 2009. Jenazah telah selamat dikebumikan di perkuburan Kampung Melayu Rasa Tambahan pada jam 12 tengah hari, hari Ahad, 22 Mac 2009. Marilah sama-sama pembaca blog menghadiahkan suratul Fatihah kepada ibunda beliau. Al-Fatihah.
Untuk pengetahuan ahli, pada hari Khamis ini, 26 Mac 2009, selepas isya' di dewan JKKK Kampung Melayu Rasa, satu mesyuarat khas PAS Kawasan Hulu Selangor akan diadakan disana. Ianya berkaita dengan PRK Bukit Gantang. Kehadiran Ketua cawangan dan s.u adalah diwajibkan.
Arahan dari JPN Selangor telah diturunkan kepada Kawasan Hulu Selangor dimana PAS Kawasan Hulu Selangor akan ditugaskan dari 4/4 sehingga 7/4 di PRK Bukit Gantang di UPU Trong Barat.
Kesemua ahli PAS yang bernaung dibawah Hulu Selangor diarahkan agar mengambil cuti pada tarikh berkenaan dari kerja masing-masing agar dapat menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Oleh itu, diharap, ahli-ahli PAS Cawangan Rasa dapat beramai-ramai menjalankan tugas di PRK Bukit Gantang untuk memenangkan Islam disana. Kutipan dana bagi PRK ini juga perlu digerakkan oleh setiap cawangan dan cawangan Rasa akan diketuai oleh ketua cawangan dan dibantu oleh bendahari.
Sekian, harap maklum.
s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:18 PG 0 comments
MESYUARAT AGONG KE-11 TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN.
Alhamdulillah, mesyuarat agong PAS Cawangan Rasa kali ke-11 telah berjaya diadakan dengan jayanya pada Sabtu malam Ahad lepas (18 Rabiuawal/14 Mac). Segala acara yang telah disediakan telah dilaksanakan dengan baik.
Terima kasih diucap kepada Ustaz Wan Shamsudin kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat ini di dalam keadaan ad-hoc kerana Hj Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor tidak dapat hadir disaat-saat akhir. Terima kasih juga kepada ahli-ahli PAS yang hadir ke mesyuarat malam itu kerana ada mereka yang telah mencadangkan untuk balik kampung pada hari Sabtu telah menangguhkannya ke tarikh lain.
Kepada ahli jawatankuasa yang baru dipilih, diharap dapat melaksanakan tugas dengan baik dan lebih efisien agar PAS cawangan Rasa akan menjadi satu jemaah Islam yang istiqomah didalam medan dakwah.
Akhir sekali, PAS Cawangan Rasa diharap akan lebih 'sibuk' didalam menjalankan amanah kerja-kerja dakwah Islaminya dan dapat mematangkan lagi institusi berorganisasinya yang akan mencapai umur 10 tahun pada 31 Mei ini.
s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 4:14 PG 0 comments
MAKLUMAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN RASA KE-11
Makluman kepada semua ahli PAS cawangan Rasa, Mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa akan diadakan pada 18 RabiulAwal 1430 bersamaan dengan 14 Mac 2009 pada jam 9:00 malam, hari Sabtu malam Ahad, di Pusat Khidmat Masyarakat, PAS Cawangan Rasa, Taman Rasa Indah.
Kehadiran adalah amat digalakkan kerana terdapat pemilihan bagi jawatankuasa baru untuk sesi 2009/2011. Yuran mesyuarat adalah RM10/= seorang. Duit yuran perlulah dibayar dikaunter masuk semasa mesyuarat nanti.
Gotong royong untuk persediaan mesyuarat agong yang sepatutnya telah dicadangkan pada pagi itu jam 9pg, perlu dipercepatkan kepada hari Jumaat malam Sabtu, bermula selepas solat isya' kerana pada 14 Mac 09, bersamaan hari Sabtu, dari jam 8:00pg hingga 1:00tgh, terdapat program 'SAMBUTAN 1 TAHUN PEMERINTAHAN BARU', tajaan kerajaan negeri Selangor, di KKB.
Diharap semua ahli mendapat makluman, sekian.
s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:50 PG 0 comments
SYABAS KEPADA DAHALAN DAN FAIZAL.
Dua sahabat kita, saudara Zahrin Sahak dan adiknya Faizal Sahak telah di tembak gas pemedih mata semasa demonstrasi membantah PPSMI tempoh hari. Diberitakan saudara Faizal telah menjadi 'hero' apabila telah menyelamatkan 2 orang warga tua dari terperangkap didalam asap gas yang amat pedih itu, manakala saudara Zahrin atau dipanggil Dahalan telah melecur tangannya kerana cuba membuang tin gas pemedih mata dari kelompok pendemonstrasi.
Pihak PAS cawangan ingin mengucapkan syabas kepada kedua-dua mereka kerana telah hadir ke demonstrasi dan merasai keperitan gas pemedih mata. Kami juga bersyukur kerana mereka berdua tidak mendapat kecederaan teruk. Diharap pada lain kali, lebih ramai ahli cawangan yang turun padang untuk menyertai demonstrasi aman.
S.U- welcome to the club! akhirnya dapat juga kita merasai sakitnya gas pemedih mata itu. Perlu diketahui, gas pemedih mata lebih sakit dari air asid. Hanya pengalaman yang dapat menentukan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:41 PG 0 comments
MAKLUMAN MESYUARAT KHAS
Makluman;
Satu mesyuarat khas akan diadakan pada 4 Mac 2009 di Pusat Khidmat Masyarakat, PAS Cawangan Rasa pada jam 9.00 malam ini. Agenda mensyuarat khas ini adalah persediaan untuk mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa yang insyaAllah akan diadakan pada 14 Mac 2009, sabtu malam ahad jam 9.00 malam.
Diharap kesemua ahli dan AJK PAS Cawangan dapat menghadirkan diri bagi mesyuarat ini.
Sekian, yang menjalankan tugas,
S.U.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:17 PG 3 comments
MOHON MAAF DARI S.U.
Untuk makluman, ana sebagai s.u dan blogger bagi blog PAS Cawangan Rasa ingin memohon maaf kerana sudah sekitar 2 minggu blog ini tidak dikemaskinikan.
Blog ini tidak dikemaskini adalah kerana sistem internet di rumah ana ada masalah akses. Kemungkinan router di rumah ana rosak atau talian internet tidak kecapaian. Pihak TM masih lagi sedang bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah ini.
Perlu diberitahu bahawa, blog ini sedang dikemaskini di Kuala Lumpur, rumah bonda ana. InsyaAllah untuk 2 hari ini semasa ana berada disini, ana akan cuba kemaskini program2 PAS Cawangan Rasa untuk tatapan umum.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:45 PTG 1 comments
SEDANGKAN SAIDINA OMAR BERTAUBAT MASUK ISLAM.
Kenalkah sekelian manusia siapa dia itu Saidina Omar Al-Khattab. Beliau adalah sahabat Rasulullah hirearki yang kedua di dalam senarai-senarai sahabat nabi yang taat kepada Rasulullah. Bukan calang-calang sahabat Saidina Omar itu. Sehingga Khalifah Islam yang kedua adalah beliau, itulah dia penghormatan umat Islam terhadap Saidina Omar Al-Khattab.
Tetapi adakah anda sekelian sedar, bahawa sebelum Saidina Omar memasuki agama Islam, beliau adalah penentang Rasulullah nombor wahid seangkatan dengan Abu Jahal. Beliau adalah seorang manusia yang begitu kejam dan rakus terhadap pengikut-pengikut Nabi. Malah beliau ada cita-cita dan memang ada perancangan untuk membunuh Rasulullah.
Jika hendak dibandingkan dengan pada zaman sekarang, beliau adalah sama taraf dengan presiden parti likud israel zionis laknatullah ketika Saidina Omar masih belum Islam. Dan cuba kita bayangkan, pada hari ini, dengan tiba-tiba, secara siaran langsung di CNN, presiden parti likud israel dengan bertaubatnya masuk agama Islam dan terus bersama-sama dengan pejuang-pejuang HAMAS menentang israel zionis. Dan memang itulah yang terjadi kepada umat Islam di zaman Nabi, terkejut dan seperti tidak percaya bahawa Saidina Omar telah masuk agama Islam.
Allah telah perkenankan doa Rasulullah yang selalu Rasulullah doakan agar salah satu dari dua Omar memasuki Islam, iaitu samada Omar sendiri atau abu jahal. Maka Saidina Omar Allah perkenankan untuk masuk Islam.
Sama jugalah di Rasa ini, mungkin ada juga sesiapa hamba Allah telah berdoa agar salah satu daripada dua Adnan yang berada di Rasa ini bertaubat, maka Allah telah perkenankan doa itu, Adnan Kampung Napi @ Taman Keruing yang bersama-sama PR dan bukannya Adnan Taman Rasa Utama bersama-sama dengan kita.
Oleh itu, diharap, kepada semua ahli PAS yang berpegang kepada perjuangan menegakkan Islam, iaitu perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, lupakanlah segala apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung atau Tok Empat Kampung Rasa ini semasa beliau bersama-sama didalam umno dahulu. Berilah kemaafan kepada beliau semasa beliau ini didalam kelompok yang jahat, terimalah taubat beliau atas segala kesalahan yang beliau telah lakukan semasa didalam umno. Berilah tunjuk ajar kepada beliau agar beliau menjadi seorang yang baik, beriman dan beramal soleh. Janganlah hanya melihatkan kepada keburukan-keburukan beliau. Lihat dan tonjolkanlah kebaikan beliau yang ada padanya.
Janganlah kita membuat penilaian terhadap keikhlasan beliau didalam perkara-perkara kebaikan yang beliau ingin lakukan kepada orang-orang kampung, kerana menilai keihklasan itu adalah kerja Allah. Ikhlas tidak ikhlas hanya Allah sahaja yang boleh menilai.
Tetapi, jika Tok Empat melakukan kesilapan, melakukan perkara-perkara yang bertentangn dengan Islam, melakukan perkara maksiat, maka adalah kewajiban kepada setiap ahli PAS cawangan Rasa untuk menentangnya. Maka oleh itu wahai rakan-rakan sekelian, janganlah termakan fitnah-fitnah puak umno kerana memang itu kerja mereka untuk mengadu domba Pakatan Rakyat agar kekuatan PR ini hancur sehancur-hancurnya.
Lapangkanlah dada anda dan insyaAllah Allah akan melapangkan kamu.
s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:56 PTG 9 comments
PROGRAM ZIARAH.
(Sebahagian dari para Muslimat) Alhamdulillah, pada hari Ahad 1/2/09, jam 5:30 petang, PAS cawangan Rasa telah mengadakan program ziarah ke rumah bekas bendahari, saudara Kamaruzaman. Saudara Kamaruzaman telah mengalami masalah saraf sehingga ingatan dan kakinya lumpuh.
Pihak Cawangan telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga beliau dan memberikan nasihat agar pihak keluarga saudara Kamaruzaman berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT agar mengubati penyakit beliau dengan cara rawatan 'bomoh' Islam dan juga dengan rawatan saintifik dari hospital pakar kerajaan.
Sebelum pulang, saudara Muhammad Idris telah memimpin mendoakan agar saudara Kamaruzaman sembuh dari penyakitnya. Solat hajat juga telah dicadangkan khas untuk menghajatkan kesihatan beliau.
Cawangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir ke rumah saudara Kamaruzaman untuk program ziarah ini. Diharap program ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.
s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 7:09 PG 6 comments
KEMANA PERGI PARA USTAZ?
Terkini:
Setelah sehari artikel ini diterbitkan, alhamdulillah, terdapatlah beberapa orang ustaz telah bersama dan telah kembali bersama-sama aktif didalam jemaah walaupun kami yakin mereka tidak pun membaca artikel ini. Kami dari jemaah PAS cawangan Rasa berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya, maka hajat kami agar para ustaz bersama dengan jemaah termakbul.
------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Cawangan Rasa adalah satu cawangan yang kecil yang hanya mempunyai lebih kurang 60 lebih ahli dan yang aktifnya kurang daripada 20 ahli daripada lebih kurang bertanggungjawab kepada 4000 pengundi bagi 4 Unit Peti Undi (UPU).
Kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat sesuatu program tanpa meminta infa' terlebih dahulu daripada ahli namun apa-apa program yang hendak kami lakukan, walaupun 'adhoc', namun ia tetap berjaya kerana komitmen lebih kurang 20 ahli yang aktif tadi.
Ini tidak menjadi masalah kepada kami sebenarnya, kami tidak mempunyai masalah kurang ahli untuk melaksanakan tugas dakwah kepada penduduk Rasa, kami tiada masalah kewangan untuk menjalankan sesuatu program atau aktiviti, tetapi masalah yang kami hadapi adalah kekurangan USTAZ-USTAZ yang memberanikan diri untuk bersama-sama berjihad di dalam jemaah Islam PAS di Rasa ini.
PAS Cawangan sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu liat untuk bersama-sama dengan jemaah? Adakah mereka terlalu sibuk? Adakah mereka takut? Atau adakah mereka tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS itu sendiri?
Kebanyakan ustaz-ustaz akan mengatakan bahawa alasan mereka untuk tidak bersama-sama dengan jemaah adalah kerana JQOF, kerja dengan kerajaan dan sibuk mengajar. Tiga alasan ini adalah satu alasan yang selalu bermain ditelinga kami apabila kami memohon agar para ustaz-ustaz aktif bersama jemaah.
Sepatutnya, ketika inilah, ketika kerajaan negeri Selangor dan JAIS sedang dipegang oleh jemaah Islam, pada ketika inilah para ustaz mesti WAJIB bersama-sama dengan jemaah secara aktif. Ketika inilah para ustaz mesti turun berjuang dimedan politik sebagai medan dakwah agar akidah umat Melayu Islam berpegang teguh kepada Islam yang syumul, bukan kepada firasat nasionalis.
Pada ketika inilah sepatutnya para ustaz mengemblengkan usaha-usaha dakwah melalui jemaah agar Islam dan kehidupan harian penduduk Rasa disatukan seperti aur dengan tebing. Pada ketika inilah para ustaz perlu berkorban wang dan masa untuk berdakwah kepada umat manusia agar kembali kepada Islam melalui jemaah Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Pada ketika inilah, jika PAS cawangan menjemput para ustaz agar memberi ceramah berkenaan Daulah Islamiyah dan keKhalifahan Islam, para ustaz tidak akan memberi seribu alasan untuk menolak jemputan kerana takut dipantau SB.
Pada ketika inilah, sepatutnya, para ustazlah yang memimpin dan membimbing kami di dalam jemaah PAS cawangan Rasa agar menjadi sebuah cawangan yang benar-benar berjalan dilandasan dakwah Islam. Para ustazlah yang sepatutnya menjadi pemimpin kami di dalam PAS Cawangan Rasa ini.
S.U
Posted by PAS Cawangan Rasa at 4:35 PTG 6 comments
MAJLIS GOTONG-ROYONG PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PAS CAWANGAN RASA TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN.

(Isteri ketua cawangan juga meluangkan masa untuk menyediakan makanan bagi majlis kesyukuran nanti. Semangat seperti Khatijah isteri Rasulullah, insyaAllah)

(Kami juga menjemput SB untuk majlis doa selamat ini. (Bersila di kiri memakai baju putih))

(Sebahagian yang mengaminkan doa selamat)
Posted by PAS Cawangan Rasa at 10:15 PTG 2 comments
PAS/PR TAMBAH 1 LAGI KERUSI PARLIMEN. TAKBIR!!
-S.U
Posted by PAS Cawangan Rasa at 10:00 PTG 0 comments
MAKLUMAN HARI INI.
Untuk Makluman:
Malam ini (14 Jan 09), di Masjid Bukit Sentosa:
Jam 9:00 mlm - 10:00 mlm :- Solat hajat dan rombongan konvoi ke PRK Kuala Terengganu oleh jemaah PAS Hulu Selangor.
17 Jan 09,
jam 8:00pg - 11:45pg :- Gotong-royong membersih dan membasuh markas baru PAS Cawangan Rasa. Kelengkapan membersih dan membasuh seperti penyapu dan getah paip diminta untuk dibawa sekali secara individu.
Jam 12:00 tgh :- Majlis Doa selamat sempena pembukaan markas baru PAS Cawangan Rasa
(Rumah kedai tingkat 2, no.23A, Jalan Damar1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, Hulu Selangor, atas kedai tayar)
PAS Cawangan Rasa menjemput para ahli untuk hadir beramai-ramai untuk menjayakan program ini. InsyaAllah.
-s.u
Posted by PAS Cawangan Rasa at 4:15 PTG 0 comments
BOIKOT BARANGAN ZIONIS
Pada hari Isnin ini, telah diberitahu kepada para bloggers mujahidin bahawa boikot permulaan 7 produk proksi zionis akan dibuat selama 6 bulan. Agar semua jemaah mendapat perhatian.
7 PRODUK itu akan diberitahu kelak.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:29 PTG 0 comments
TAHNIAH PEMUDA KERANA DEMO BANTAH ISRAEL JAHANAM
PAS Cawangan Rasa mengutuk sehebat-hebatnya si celaka Yahudi Zionis untuk selama-lamanya selagi mereka menjajah Palestin dan juga membunuh rakyat Palestin. Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dan PAS cawangan Bukit Sentosa serta Bukit Beruntung kerana telah berjaya membuat satu demo bantahan kepada Israel laknatulallah.
Diharap, satu lagi demo besar-besaran akan dibuat agar umat di Hulu Selangor juga bersama2 berdemo membantah Israel laknatullah yang selama ini sungguh sombong dengan kekafirannya.
s.u
ps- (s.u caw) - Hamba mohon maaf kerana tidak hadir kerana masih dirawat diwad hospital ketika itu. Namun alhamdulillah, hamba telah dibenarkan keluar dari wad hospital pada petang itu jam 4. Sudah 11 hari hamba berada di hospital, 5 hari koma (ICU) dan 6 hari wad biasa. Allahhuakbar!!!!
Posted by ibnmustaffa at 8:29 PG 2 comments
TANGGAL 22 ZULHIJJAH 1429, SABTU, PAS CAWANGAN RASA SUDAH ADA MARKAS.
Perjanjian telah dibuat diantara pemilik rumah kedai, Miss Lu Wee Cheng (A2203001) dengan En. Mazwandi bin Mustaffa (Setiausaha cawangan), untuk menyewa rumah kedai untuk perjanjian selama setahun dengan kadar sewa bulanan RM350/= didahului dengan deposit sebanyak RM1,700/=.
Walaupun perjanjian adalah dari seorang individu iaitu dari saudara Mazwandi bin Mustaffa dengan pemilik rumah kedai, tetapi secara jelasnya, pemilik rumah kedai itu mengetahui bahawa rumah kedai itu akan dijadikan markas Parti Islam SeMalaysia (PAS) cawangan Rasa.
Maka, alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, PAS cawangan Rasa tidak perlu lagi menumpang pada kediaman sesiapa untuk menjalankan aktiviti jemaah.
-S.U
Posted by PAS Cawangan Rasa at 11:26 PG 2 comments
PAS CAW. RASA INSYAALLAH AKAN ADA BANGUNAN MARKAS PD 23 ZULHIJJAH '29 INI.
Makluman:
Hari Sabtu ini, Setiausaha PAS Cawangan Rasa akan berjumpa dengan pemilik rumah kedai untuk berbincang berkenaan dengan sewaan rumah kedai untuk dijadikan markas PAS cawangan. Perjumpaan akan diadakan di Bangsar, K.L.
Didalam pertemuan itu nanti, wang deposit sebanyak RM1,700/= akan diserahkan kepada pemilik rumah kedai itu. Oleh kerana wang dana masih tidak mencukupi, setiausaha akan menggunakan wang sendiri sebanyak RM1,500/= terlebih dahulu untuk kelancaran proses sewaan. Dengan ini, diharap setiap AJK PAS Cawangan melipat kali gandakan usaha mengutip dana.
Ini bermakna, pada tanggal 23 Zulhijjah 1429, maka dengan rasminya PAS cawangan Rasa mempunyai sebuah bangunan markas. Oleh itu, diharap, kerja-kerja dakwah Islam dan kerja jemaah dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang lagi penuh hikmah serta teratur dengan wajudnya markas ini, insyaAllah.
-S.U
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:09 PG 1 comments
PAS CAWANGAN RASA AKAN ADA BANGUNAN MARKAS.
Markas ini akan digunakan untuk kerja-kerja dakwah Islam, kerja-kerja kemasyarakatan dan kerja-kerja jemaah. InsyaAllah, dengan adanya markas ini, kerja-kerja jemaah akan lebih tersusun dan teratur.
Segala aktiviti jemaah akan dilakukan di sini samada aktiviti dari PAS Cawangan, Dewan Pemuda dan juga Dewan Muslimat serta Nisa' sekalipun.
Walaubagaimanapun, PAS Cawangan Rasa mengharapkan agar kerjasama dari semua ahli PAS Cawangan Rasa untuk menginfa'kan sedikit wang ringgit setiap bulan. Ini adalah kerana markas ini disewa sebulan sebanyak RM350.00. Maka oleh itu, infa' dari ahli amat-amat diperlukan pada setiap bulan. Ini tidak termasuk bil air dan elektrik.
Pada permulaan penyewaan rumah kedai ini, PAS Cawangan Rasa perlu mengeluarkan modal sebanyak RM1,700.00. Ianya adalah sebagai deposit 2 bulan sewa, deposit air (rumah kedai) RM500/= dan deposit elektrik (rumah kedai) RM500/=. PAS Cawangan Rasa sekarang ini sedang menjalankan kerja-kerja mencari dana untuk menampung kos deposit ini.
Oleh itu, kepada sesiapa yang terblog blog ini, maka kami amat mengharapkan infa' dari seluruh masyarakat untuk meringankan bebanan kami ini.
-Ketua Cawangan PAS cawangan Rasa
-Setiausaha PAS cawangan Rasa
atau masukkan terus wang dana ke ;
Bank Maybank - Mazwandi Bin Mustaffa ; no. akaun - 1620 7655 8927
(tolong sms atau telefon saudara Mazwandi jika memberi dana terus ke akaun ini. Untuk makluman, PAS Cawangan Rasa masih tidak membuka akaun bank lagi, jika akaun bank cawangan telah dibuka, maka TIDAK perlu lagi akaun di atas digunakan)
Diharap maklumkan.
-surat memohon infa' akan dipaparkan kemudian.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:31 PTG 5 comments
PERTUKARAN NAMA BLOG
Pemberitahuan bahawa pertukaran nama blog telah dibuat dari Pemuda Islam Rasa kepada PAS Cawangan Rasa telah dilakukan oleh ana kerana sebab-sebab dibawah.
1. Oleh kerana blog ini adalah kendalian peribadi ana, maka ianya telah ditukar mengikut pertanggung jawaban ana di dalam jemaah.
2. Ana telah diletakkan jawatan sebagai ketua pemuda PAS Cawangan Rasa dan telah diganti kepada saudara Hisyam bin Sahak kerana ana telah di'paksa rela' untuk memegang jawatan setiausaha PAS Cawangan.
3. Oleh itu, blog ini secara rasminya telah menjadi milik semua ahli PAS cawangan Rasa.
4. Namun, alamat blog tetap tidak berubah iaitu pemudarasa.blogspot dikekalkan kerana terdapat mereka2 yang sudah terbiasa dengan alamat blog ini.
Kepada sesiapa yang ingin memberi input dan juga artikel, sudilah menghantarnya kepada ana di e-mail; atoknyeee@hotmail.com
Diharap mendapat penjelasan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:58 PG 3 comments
SETIAUSAHA CAWANGAN DI HOSPITAL
Posted by PAS Cawangan Rasa at 12:56 PTG 0 comments











