PAS KAWASAN HULU SELANGOR MENDAPAT YDP BARU.

Isnin, 18 April 2011


PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan takziah kepada Tn Hj Muhd Idris Ahmad kerana terpaksa menanggung bebanan amanah yang cukup tinggi setelah menjadi YDP baru PAS Kawasan Hulu Selangor.

Diharap dengan pertukaran YDP baru ini, maka PAS Kawasan akan menjadi lebih kuat dan utuh sebagai sebuah wadah memperjuangkan Islam dan semoga cita-cita PAS Kawasan Hulu Selangor untuk menang di Hulu Bernam insyaAllah akan terlaksana.

Takbir!!!!!

TAHNIAH KETUA PEMUDA, SELAMAT PENGANTIN BARU

Selasa, 15 Mac 2011

Diijab kabulkan, pada 12 Mac 2011, jam 11.30pagi. Syaitan banyak menangis ketika ini.



Berdoa setelah menjadi suami yang sah. Alhamdulillah.


Tandatangan. Menanggung amanah yang berat menjaga isteri.


Dua pengantin sejoli....


Otai-otai Kampung Melayu Rasa yang hadir bersama.....
PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda kami, saudara Badarul Hisyam bin Sahak kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu lepas bersama muslimat dari Ajil, Terengganu, yang mengajar di PASTI Batang Kali (Liga Mas).

Diharap, setelah diberi amanah besar menjadi ketua rumahtangga, akan meningkatkan lagi semangat dan istiqomah dalam perjuangan didalam jemaah PAS agar pemuda dan cawangan PAS Rasa menjadi lebih kuat. Takbir!!!!!

MESYUARAT AGONG PAS CWG RASA KE-13 BERJALAN LANCAR.

Ahad, 27 Februari 2011

PAS Cawangan Rasa telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agongnya yang ke-13 semalam. Seramai 27 ahli telah menghadiri mesyuarat ini. Untuk tahun ini, mesyuarat PAS seluruh Malaysia mengadakan pemilihan. PAS Cawangan Rasa juga telah mengadakan pemilihan bagi menanggung amanah melaksanakan kerja jihad untuk sesi 2011/2013.

Sebelum bermula mesyuarat: Membaca minit sambil menunggu kedatangan ahli yang lain. Apa yang hendak difokus pada gambar ini adalah lambang PAS yang besar di dinding markas. Cantik lagi bersemangat.

Banyak isu-isu telah diketengahkan pada mesyuarat itu dan telah dibincangkan dengan mendalam. Semua isu telah berjaya diselesaikan dengan semangat ukhuwah yang mendalam.

Pada sesi pemilihan, Ketua Cawangan PAS telah dikekalkan kemenangannya oleh Tn Hj. Sahyar bin Hassan. Manakala orang no. 2 dalam PAS cawangan Rasa, iaitu Naib Ketua PAS cawangan Rasa telah dimenangi oleh Tuan Haji Shamsudin bin Husain. Manakala Ketua Pemuda pula dimenangi oleh saudara Badarul Hisyam bin Sahak dan ketua Muslimat pula adalah Puan Hjh Rozlinah. Diharap PAS Cawangan akan menjadi lebih kuat dan efektif didalam misi dakwahnya di bumi Rasa.

Makan. Sebelum mesyuarat, isi mana yang perlu dahulu.

Kaum ibu. Muslimat yang kuat bekerja. Tiadanya mereka, maka PAS akan pincang. Kelebihan PAS adalah kekuatan Muslimat mereka.

Semasa berlangsungnya mesyuarat, s.u tidak sempat mengambil gambar untuk sesi berlangsungnya mesyuarat kerana kesibukan dan 'kerancakan' majlis itu. S.U memohon maaf kepada mereka yang melayari blog ini.

PROGRAM USTAZ TALIBAN BERLANGSUNG DENGAN LANCAR.

Rabu, 23 Februari 2011

Ustaz Nor Azly bin Musa, nama sebenar ustaz Taliban semasa baru sampai ke Markaz PAS Cawangan Rasa.

Alhamdulillah, segala perjalanan program Ustaz Taliban melawat ke Rasa berjalan dengan lancar. PAS Cawangan Rasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Masjid, Tuan Nazir, Tok Empat dan AJK JKKK Kpg Melayu Rasa kerana telah bertungkus lumus menjayakan program lawatan Ustaz Taliban ke bumi Rasa ini.

Pada jam 5.30 petang tadi, satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz di Markas PAS Cawangan Rasa. Tazkirah yang pendek namun padat dengan ilmu peri pentingnya kewajiban umat Islam untuk menyertai kerja-kerja jemaah menegakkan agama Islam telah disampaikan.

Ustaz juga selepas tazkirah itu, telah merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa yang ke-13 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26/2/11 kelak. Selepas itu jamuan petang telah disediakan.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Taliban.

Jamuan Petang Ustaz Taliban bersama-sama AJK PAS Cawangan Rasa dan jemputan dari PAS Kawasan Hulu Selangor.

Ustaz bersama YDP Kawasan (kiri ustaz)

Selepas maghrib, Ustaz Taliban telah memberikan kuliyyah maghrib di Masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa (tiada gambar kerana kamera tertinggal didalam kereta). Kuliyyah yang disampaikan oleh ustaz adalah lain daripada yang lain. Hamba sendiri terasa begitu terkesan dengan kuliyyah yang disampaikan oleh Ustaz Taliban.

Selepas Isya', program Ceramah Perdana Maulidul Rasul anjuran JKKK Kpg Melayu Rasa pula telah dilangsungkan dengan penceramah utamanya adalah ustaz Taliban. Penceramah pertama pula telah disampaikan oleh Ustaz Wan Shamsudin.

Ustaz Taliban banyak bercerita berkenaan peristiwa di Gaza pada ceramah itu.

Akhir kata, alhamdulillah, program 3 serangkai yang dibuat oleh PAS Cawangan Rasa, AJK Masjid Al-Kholidiah dan AJK JKKK Kpg Melayu Rasa untuk meraikan Ustaz Taliban yang sudi datang ke Rasa berjalan dengan lancar. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tok 4, Tok Kaya dan YDP Kawasan.

Ustaz Wan Shamsudin memulakan ceramahnya. Sebelah kanannya pengerusi Majlis, Cikgu Yaman.

Ustaz Taliban dengan stail ceramahnya yang menggegarkan.

Para hadirin muslimin muslimat, mukminin mukminat.

Diluar pula ada skrin layar. Dan ada juga rakaman dibuat.

MOHON HADIR KE KULIYYAH DI MARKAS PAS RASA, KHAMIS INI, 27 JAN.

Rabu, 26 Januari 2011

PROGRAM SERONOKNYA MENDENGAR

:KULIYYAH TAFAQQUH FIDDEEN:

TAJUK KULIYYAH:
"FIQH DAULAH (FEKAH BERNEGARA)"

PENCERAMAH : USTAZ NURUL KHALIL
TARIKH: 27 JANUARI 2011, KHAMIS, JAM 9.30 MLM
TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN RASA,
TAMAN RASA INDAH



MARI SAMA-SAMA KITA KE SANA MENDENGAR DAN MENGHAYATINYA

KELAS MARI MENGAJI DI MARKAS PAS CWGN RASA

Khamis, 13 Januari 2011

KELAS MARI MENGAJI :IQRA’, MUQADDAM & AL-QURAN:
"PENGAJIAN INI BAGI LELAKI SAHAJA"

MASA : DARI JAM 6:30PTG – 7:30MLM
HARI : ISNIN HINGGA JUMAAT
HAD UMUR : 7 – 18 TAHUN*
BAYARAN : SUMBANGAN IKHLAS ANDA
TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN RASA, 23A, JLN DAMAR 1,
TAMAN RASA INDAH, RASA.

BERMINAT? SILA HUBUNGI:

SAUDARA NUUH MUHAMMAD IDRIS : 013-642 9002
SAUDARA FAIZAL : 017-272 5724
HJ SAHYAR HASSAN : 017- 882 4577
*Boleh dibawa bincang

KULIYYAH TAFAQQUH FIDDEEN, JUMAAT ESOK.

PROGRAM SERONOKNYA MENDENGAR

:KULIYYAH TAFAQQUH FIDDEEN:

TAJUK KULIYYAH:
"AQIDAH & HUBUNGANNYA DGN JEMAAH"

PENCERAMAH : USTAZ WAN SHAMSUDIN
TARIKH: 14 JANUARI 2011, JUMAAT, JAM 9.30 MLM
TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN RASA,
TAMAN RASA INDAH


MARI SAMA-SAMA KITA KE SANA MENDENGAR DAN MENGHAYATINYA
(ANJURAN PAS CAWANGAN RASA)

PROJEK RISDA TIDAK LULUS: POLITIK KURANG CERDIK UMNO RASA.

Jumaat, 3 Disember 2010

Hari ini kita hendak bercerita berkenaan cerita politik kurang cerdik puak umno Rasa. Ianya berkaitan dengan hal-hal tandatangan borang untuk menyokong atau memberi lampu hijau terhadap sesuatu perkara yang baik untuk orang kampung.

Ada satu cerita, RISDA telah memberi kelulusan RM50,000 kepada orang kampung Rasa untuk membina satu industri kecil dikawasan kampung itu. Tanah insyaAllah telah ada, alat perkakasan mesin sudah menunggu, orang yang hendak mengusahakannya, iaitu orang kampung Rasa sendiri, sudah lama bersedia, cuma tinggalnya memerlukan tandatangan sokongan daripada YB DUN umno atau Pengerusi JKKKP. Tandatangan Tok 4 tidak laku, kerana RISDA adalah dibawah kelolaan Kerajaan Pusat. Maklumlah, kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Yang menjadi pelik ketahap gaban power rangers adalah YB DUN umno dan Pengerusi JKKKP itu tidak mahu menandatangani sokongan itu. Apa punya sakit mereka berdua kami di pihak PAS Cawangan tidak tahu.

Bukannya susah, tandatangan sahaja.

Mengapa pihak kedua-dua mereka itu tidak mahu menyokong membina industri kecil kepada orang kampung? Amat mendukacitakan mereka-mereka yang bergelar pemimpin tetapi mengamalkan politik kurang cerdik terhadap orang kampungnya sendiri. Bukannya orang luar yang dapat nikmat dari projek IKS RISDA itu, jika itulah yang sentiasa dimainkan oleh pihak umno untuk meraih sokongan. Tetapi orang kampung sendiri.

Diharapkan sangat, agar projek RISDA ini dimohon semula dan mendapat sokongan daripada kedua-dua 'pemimpin' ini bagi tahun 2011 nanti. Jangan menjadi 'pemimpin' yang suka 'pilih kasih'.

Perlu diingat, pihak kami disini menunggu masa sahaja jika pihak umno membuat onar dan duri terhadap orang kampung. Akan kami dedahkan sededah-dedahnya perkara yang salah oleh mereka agar mereka-mereka ini bertaubat, kerana hidup kita tidak lama, kubur sudah berada ditepi rumah kita, berdekatan dengan Kampung Rasa Tambahan......

UMNO DULU KUTUK SAKAN PKR, SEKARANG DIA PULA TANGGUH 18 BULAN! TAKUT KEE?

Rabu, 1 Disember 2010

Ana sudah cakap, umno ini cakap fitnah, tipu bohong, konar baring memang cekap lagi kebiasaan dan budaya mereka. Apabila pemilihan PKR, habis kecoh satu dunia umno buat cerita pemilihan PKR kelam kabut. Tetapi, bila kena pada dia, terus tangguh 18 BULAN!

MalaysiaKini:

Pemilihan Umno 2011 ditunda 18 bulan.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti itu pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti.

Katanya, keputusan yang dibuat sebulat suara oleh majlis tertinggi itu melibatkan pemilihan bagi peringkat bahagian dan jawatankuasa tertinggi parti.

"Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi itu di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur lewat malam semalam.

baca lagi ....

BOLEH JALANLAH UMNO! KONTRAKTOR MELAYU TAK PERLU KABEL POLITIK UTK DAPAT PROJEK.

Isnin, 29 November 2010

Apa ingat orang Melayu ni cikai sangat ke? Mengharapkan kabel politik baru boleh dapat kontrak projek. Jangan hendak membodohkan orang Melayulah umno. umno suka sangat mengecopkan orang Melayu ini lembik dan mengharapkan subsidi sahaja. Boleh JALANlah umno!

HarakahDaily:
Kontraktor Melayu Pulau Pinang tidak lembik


GEORGETOWN, 28 Nov: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

“Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.

PENDAFTARAN PASTI RASA SAYANG DIBUKA UTK SESI 2011

Selasa, 23 November 2010

Kepada warga Rasa yang menetap di Taman Keruing, Taman Rasa Jaya, Taman Rasa Utama, Taman Rasa Indah, Kmpg Melayu Rasa Tambahan dan Kampung Melayu Rasa yang mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas, marilah mendaftarkan anak anda ke PASTI Rasa Sayang untuk pendidikan Islam yang sempurna. Ilmu Islami perlu dididik dari kecil agar insyaAllah anak kita akan menjadi seroang manusia yang soleh dan solehah.

MIMPI BUSRO AKIBAT TIDUR TAK BASUH KAKI

Jumaat, 22 Oktober 2010

Dari Blog Roslan SMS :-

Para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno sedang sibuk membahaskan ucapan dasar Presiden mereka. Lazimnya siapa yang mendapat peluang bercakap akan menggunakan sebaik mungkin peluang itu untuk menarik perhatian para pimpinan. Moga-moga adalah harapan ia naik ke atas lantaran puji dan puja yang diberikan kepada pimpinan. Kalau belum jadi calon boleh jadi calon kalau belum jadi menteri boleh jadi menteri syaratnya kipaslah sekuat-kuat kipas.

Ramai-ramai perwakilan yang berucap semalam sata tertarik dengan ucapan wakil dari negeri yang Umno tak memerintah iaitu Selangor. Selangor semalam diwakil ADUN Paya Jaras yang juga Ketua Umno Subang, Mohd Bushro Mat Johor.

Untuk menarik perhatian pimpinan dan para perwakilan Bushro menyulamkan perbahasannya dengan anologi mimpi.

Dalam mimpi ini saya menaiki kereta buatan nasionaldan apabila tiba di satu persimpangan kenderaan saya dihalang oleh sekumpulan besar binatang, saya ingatkan kambing tetapi rupa-rupanya ia adalah babi yang tidak terkira banyaknya.

Perjalanan kemudian diteruskan lagi saya pandang kiri dan kanan banyak sekali rumah-rumah urut manakala apabila tiba di perkampungan Melayu saya mahu menghilangkan dahaga tetapi yang dijual bukan sahaja air mineral tetapi arak.

Begitulah kira-kira ucapan Bushro konon nak menggambarkan betapa teruknya Selangor kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Seolah babi berleluasa diternak, seolah rumah urut dilesenkan merata-rata seolah arak dijual berleluasa sehingga ke kampong-kampung Melayu.

Dalam erti kata lain kembalilah pada Umno, Selangor akan bersih dan selamat.

Membaca laporan tentang ucapan Bushro itu saya juga turut mahu mengelamun:

Dalam lamunan saya, saya menumpang kereta kawan kerana minyak terlalu mahal, tol bersepah-sepah tak mampu nak menanggungnya apa lagi beli kereta sendiri, bonus pun tak dapat. Tiba dipersimpangan terserempak dengan deretan rumah kos murah yang rata-rata didiami orang Melayu, walau pemimpin Umno menghambat orang Melayu jadio global dan glokal, orang Melayu masih bertenggek di rumah-rumah kos murah sahaja.

Tiba-tiba juga saya ternampak dicelah deretan rumah kos murah untuk orang miskin itu, tersergam mahligai indah tiga tingkat bagaikan istana, malah mengalahkan Istana Mestika di Shah Alam. Kata orang ini istana bekas ADUN Umno, naik sedikti sampai ke Seksyen 7 Shah Alam tersergam pula istana lain katanya juga milik bekas pemimpin nombor satu Selangor. Orang kampong bergelut berpuluh tahun di sawah, dikebun, dilaut mencari rezeki pemimpin ku yang hebat tak sampai dua penggal boleh bina istana berpuluh juta ringgit.

Saya kemudian ke Lapangan Terbang Subang, manalah tahu boleh dapat tiket murah dari penerbangan bajet. Nak bawa keluarga bercuti, destinasi tempatan pun tak mengapa. Saya diberitahu ada pemimpin Umno bekas ketua negeri semasa berkuasa dulu berbelanja lebih RM300 ribu dengan isteri anak dan kroninya ke Disneyland guna wang anak syarikat kerajaan negeri walau syarikat tersebut sedang menanggung kerugian.

Saya tekan ATM di lapangan terbang itu nak keluarkan saki baki duit simpanan saya. Saya diberitahu ada bekas MB Umno tak perlu tekan-tekan diusungnya berpuluh kilo wang tunai berbagai matawang sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa Australia, aduhai hebatnya pemimpin Umno ku.

Bila berjalan keluar, saya tersepak batu, ahhhh rupanya saya bukan bermimpi macam Bushro, ini kenyataan, ini jenayah Umno pada rakyat Selangor selama mereka memerintah dulu. Meninggalkan pemimpin kecil seperti Bushro demam dan mimpi yang bukan-bukan sedangkan hakikatnya jembalang dan mambang adalah dari bikinan tangan Umno sendiri bukan orang lain.

Itulah Bushro, kata orang tua-tua kalau nak tidur kena cuci kaki terlebih dahulu, tengok akibatnya kan dah mimpi yang bukan-bukan!

KEPENTINGAN MELAYU MANA DIJAGA?

Khamis, 21 Oktober 2010

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua memberi peluang untuk berbahas usul menjunjung kasih terhadap titah Baginda Yang Di-Pertuan Agung.


Pada Mac 16, dalam ucapan YB Kuala Krau, usaha [untuk] liberalisasikan ekonomi dibangkit. YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalisasi ekonomi.


Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau. Kepentingan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62% Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. 62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting - kepentingan golongan ini diberi keutamaan. Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak. Apa gunanya pembangunaan ekonomi negara jika ia membawa tekanan pada majoriti dalam negara itu. Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.


Tuan Yang Di-Pertua, isu kepentingan Melayu telah mengambil 'centrestage' dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka. Dalam Perlembagaan kita, Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. Pada saya, hasrat di belakang Perkara 153 adalah munsabah, walaupun kita boleh berbeza pemikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunkan masyarakat Melayu.


Munasabah kerana apabila kita lihat sejarah moden dunia, dalam 500 tahun yang lalu suatu ekonomi baru telah menimbul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau. Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijarahan berjuta-juta manusia daripada negara-negara asal mereka ke negara baru.


  • Orang putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia
  • Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah
  • Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli
Kadangkala apabila penghijrahan berlaku, penduduk asal dipinggirkan dan dijadikan rakyat kelas dua di negara mereka sendiri. Masyarakat Inca umpamanya. Apabila Cortez membawa pasukan militer ke Amerika Latin, masyarakat Inca merupakan satu empayar besar dengan system pertanian yang teratur dan masyarakat yang kaya. Tetapi masyarakat Inca ditewaskan dan dijadikan hamba dan dibawa kerja di lombong-lombong perak. Beribu-ribu mati.


Akhirnya apabila Latin Amerika dapat kemerdekaan, bukan keturunan kaum Inca yang menguasai negara-negara merdeka itu. Orang putih keturunan penjajah yang menjadi pemimpin negara-negara tersebut, dan orang Inca masih rakyat kelas ketiga di negara mereka sampai hari ini.


Perkara yang hampir sama berlaku dengan Maori di New Zealand dan kaum aborigine di Australia. Dan di Afrika Selatan, kaum orang putih telah dapat menguasai negara itu untuk beberapa dekad dan menjadikan orang asal rakyat kelas kedua di bawah system apartheid.
Oleh kerana ke semua ini, saya boleh memahami mengapa masyarakat Melayu telah mendesak supaya kepentingan orang Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara ini sebagai Perkara 153. Perasaan risau dan bimbang mereka pada masa itu bukan satu khayalan yang tidak berasas.


Tuan Yang Di-Pertua, saya juga setuju dengan point yang dibawa oleh YB Pasir Salak dalam pencelahan beliau semasa ucapan ketua pembangkang - Pasir Salak telah berhujah bahawa kerajaan BN telah mencapai banyak dan bahawa kita tidak harus pandang rendah terhadap pencapaian Umno-BN.


Saya setuju kerana pada 1957 kerajaan Malaya dikuasai orang putih. Tetapi dalam 52 tahun yang lalu, hampir semua jabatan dalam jentera kerajaan diketuai oleh orang Melayu. Ketua pengarah, ketua setiausaha, pengarah-pengarah kanan -- hampir semuanya Melayu.


Dari segi agenda Melayu, ini satu pencapaian yang besar. Jentera kerajaan di tangan Melayu.


Dan ini bukan suatu kerjaan yang kecil atau lemah. Bajet kerajaan persekutuan untuk tahun 2010 - RM196 bilion. Ini merupakan satu-pertiga keluaran kasar dalam negeri. Kerajaan kita yang ada pengaruh besar [terhadap] ekonomi negara. Dan kerajaan ini 'solid' di tangan Melayu


Pada 1957, adalah analisa bahawa Melayu miskin kerana syarikat-syarikat besar orang putih yang menguasai sector moden di Malaya -- perladangan pembankan, perlombongan, pembinaan. Dalam 50 tahun yang lalu sebahagian besar daripada sektor korporat telah pindah ke tangan kaum Melayu. Pemilikan ekuiti di sektor korporat oleh individu Melayu dilaporkan sebagai 18% pada masa ini.


Tetapi dalam sektor korporat penguasaan/control adalah juga penting. Isu pengambilan pekerja, promosi untuk kakitangan, pemberian kontrak dan keputusan pelaburan. Kesemua ini di tangan eksekutif kanan.


Dulu syarikat-syarikat saperti Guthrie, Highland and Lowland, dan Golden Hope yang dimiliki orang putih menguasai sektor perladangan di Malaysia. Sekarang Sime Darby memegang tanah perladangan seluas 600,000 ekar di Malaysia. Siapakah pengerusi besar lembaga Sime Darby; siapakah CEO Sime Darby, siapakah pengarah-pengarah kanan di Sime Darby? Bukan orang putih, bukan Cina, bukan orang India. Hampir semuanya orang Melayu.


Dan sama juga untuk syarikat-syarikat GLC yang lain -- KPJ, Pantai, Gamuda, PLUS, MAS, CIMB, KTMB, Petronas. Walaupun pemilikan bukan di tangan individu Melayu, tetapi lembaganya dan posisi utama seperti CEO, Pengerusi Lembaga semua di tangan Melayu.


Kita harus ucapkan syabas pada Umno. Ini adalah kejayaan polisi Umno - telah mencapai sebahagian besar daripada agenda Melayu.



  • Jentera kerajaan dalam tangan Melayu

  • GLC - yang menguasai beberapa sektor juga di tangan Melayu

  • Hampir 60% daripada KNK dikuasai oleh pihak Melayu

Permasalahannya adalah masih ada kemiskinan di [kalangan] masyarakat Melayu. Walaupun agenda Melayu sedang dicapai, masih Melayu biasa menghadapi banyak masalah.


Di Sungai Siput, ada pelajar Melayu yang tercicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sekolah. Di PPMS, suatu kampung dengan 85 isi keluarga, 14 orang murid sekolah menengah telah cicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sebanyak RM50 sebulan.


Di kawasan perkampungan Sg Siput, berpuluh-puluh keluarga Melayu desa yang tidak dapat bayar bil air sebanyak RM20 sebulan sehingga bekalan air ke rumah dipotong. Bil elektrik keluar atas kertas merah untuk berpuluh-puluh keluarga Melayu.


Mengapa wujudnya kemiskinan begini banyak di kalangan masyarakat Melayu 52 tahun selepas Merdeka? Tidak boleh menyalahkan orang putih lagi. Tidak boleh menyalahkan pihak orang tengah Cina juga. Itu cerita lama.

Daripada statistik kerajaan sendiri, kita ketahui bahawa 62% daripada keluarga Melayu mendapat pendapatan bulanan di bawah RM3,000. Mereka adalah petani, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang, peniaga kecil dan juga pekerja biasa di kerajaan. Mereka boleh dipanggil Melayu Marhaen -- satu istilah yang dicipta oleh Allahyarham Soekarno.

34% daripada keluarga Melayu perolehi pendapatan antara RM3,000 ke RM10,000. Mereka merupakan pegawai kerajaan dan di GLC, dan juga kontraktor dan peniaga kecil.

Hanya 2.8% daripada keluarga Melayu berpendapatan antara RM10,000 dan RM20,000 dan mereka adalah pegawai-pegawai tinggi di GLC, peniaga dan kontraktor besar dan juga para professional di sektor swasta. Hanya segelintir kecil keluarga Melayu, 0.5% sahaja yang menerima pendapatan yang lebih daripada RM20,000, dan kebanyakan mereka merupakan kaum korporat dan pegawai tertinggi dalam GLC dan kerajaan.

Jadi ada empat golongan dalam masyarakat Melayu -- Melayu Marhaen, kakitangan kerajaan dan GLC, kontrakor dan 'businessmen', dan Melayu korporat.

Dalam konteks ini apabila Ahli Parlimen sebut kepentingan Melayu, apakah maknanya?

Apakah dia kepentingan orang Melayu? Adakah kepentingan semua lapisan masyarakat Melayu sama?

Adakah situasi di mana kepentingan lapisan [kelas] bertentangan?

Di kawasan saya, Sg Siput ada sebuah kampung dinamakan Kg Temin.

Suatu skim TSK (Tanaman Semula Kelompok) telah berlangsung di kampung ini. Risda telah memberi [projek] pada seorang kontraktor Melayu. Sebahagian telah dilakukan. Pokok lama telah ditebang tetapi pokok baru belum ditanam. Dan sudah beberapa bulan sekarang. Apabila pekebun membuat aduan kepada Risda, [badan tersebut memberitahu] peruntukan telah dikeluarkan.

Suatu lagi kes adalah Perlop I di mana 43 peserta telah membuat perjanjian dengan koperasi Risda untuk tanaman semula dengan kelapa sawit. Koperasi telah memakai tanah sebagai cagaran untuk buat pinjaman. Sekarang sudah 10 tahun. Langsung tiada kerja tanaman semula. Cukai tanah juga tidak dibayar. Duit pinjaman ke mana - berapakah jumlahnya?

Dalam kes-kes ini jelas bahawa kepentingan Melayu Marhaen dijejas oleh aktiviti kontraktor Melayu yang cari untung besar tanpa melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Bila berlakunya percanggahan antara dua golongan Melayu, apakah pendirian Ahli Parlimen Umno? YB menyokong pihak mana - Melayu Marhaen ataupun kontraktor Melayu?

Marilah kita meninjau perhubungan antara kepentingan Melayu korporat dan kepentingan Melayu Marhein.

Kerajaan kita sedang menggalakkan pelancongan 'kesihatan'. Ini akan membawa untung besar pada GLC-GLC yang menguasai hospital swasta - Pantai, Sime Darby, KPJ, Petronas dll akan mengaut untung besar. Melayu korporat tentu rasa seronok apabila untung korporat mereka meningkat. Tetapi perkembangan business di hospital swasta ekoran 'health tourism' ini akan [mengakibatkan] penghijarahan keluar doctor pakar daripada hospital kerajaan. Kesihatan dan kebajikan Melayu Marhaen yang bergantung pada hospital kerajaan untuk rawatan terjejas.

Jadi, dalam hal ini - pelancongan kesihatan - kepentingan siapa dimajukan dan kepentingan siapa dipinggirkan?

Cukai GST adalah satu contoh lagi. Adalah hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai terhadap korporat. Dulu, dalam tahun 1988 cukai korporat adalah 40% daripada untung syarikat. Sekarang telah turun ke 26%. Tetapi kerajaan mahu turunkannya lagi - Singapura hanya ada cukai korporat sebanyak 19%.

Tetapi cukai GST pula akan membebankan Melayu Marhaen. Kos hidup akan meningkat.
Jadi, apabila ada percanggahan antara kepenting Melayu Marhaen dan kepentingan Melayu korporat, apakah pendirian Ahli Parliamen Umno?

Isu-isu pokok untuk Melayu Marhein adalah:

- Ketiadaan tanah dan pengangguran di peringkat kampung
- Gaji rendah di kilang
- Peruntukan bantuan seperti untuk tanaman semula yang di-'hijack' [dikebas] oleh kontraktor
- Penswastaan kemudahaan asas yang meningkatkan kos
- Pendidikan tinggi yang mahal tetapi tidak berkualiti
- Kualiti rawatan yang sedang merosot di hospital kerajaan

Tetapi selepas YB Kuala Krau memohon pada kerajaan untuk jangan mengenepikan kepentingan orang Melayu, beliau terus pohon agar sasaran equity Melayu harus ditingkatkan ke 60% dan bukan 30%. Saya keliru. Bagaimanakah peningkatan ekuiti Melayu korporat akan membantu kawan-kawan saya di Kg Termin? Bagaimanakah Melayu Marhaen akan dapat faedah daripada polisi seperti ini?

Saya rasa kita semua mesti lebih 'clear' [jelas] dalam pemikiran dan analisa kita. Adakah situasi di mana kepentingan Melayu Marhaen berbeza ataupun bercanggah dengan kepentingan kategori lain di masyarakat Melayu? Ini suatu persoalan pokok.

Jika ya, kategori mana yang harus disokong oleh Ahli-ahli Parlimen. Melayu Marhaen ataupun Melayu korporat? Inilah persoalannya.

Dengan ini, saya pohon menyokong usul yang dibawa oleh YB Kuala Krau.

Terima kasih Yg Di Pertua.

* Dr Jeyakumar Devaraj ialah Ahli Parlimen mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Sungai Siput, Perak. Ucapan di atas adalah perbahasan beliau pada Mac 24, 2010 dalam sidang Dewan Rakyat terhadap titah Baginda Yang Di-Pertuan Agung.

PR PERINTAH: UMNO BN HILANG KUASA, BUKANNYA MELAYU.

Isnin, 27 September 2010

PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu
Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 26 Sept: Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir dan PAS Kawasan Permatang Pauh di Permatang Pasir, semalam.

Menurutnya, adalah tidak munasabah dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebagai seorang yang telah lama memegang tampuk pemerintahan negara terhadap PR.

"Beliau harus mengkaji sejarah yang dekat dengan kita. Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun.

"Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mahathir sepatutnya tidak lagi diberi perhatian kerana tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar.

Tambahnya lagi, kuasa Umno dan BN itu yang dianggap sebagai kuasa dan suara Melayu adalah satu pandangan yang meleset dan mengelirukan rakyat.

"Pada anggapan mereka kuasa Umno itu adalah Melayu dan kuasa Melayu itu adalah Umno, sedangkan PAS adalah lebih kemelayuannya jika mahu dibandingkan dengan Umno.

"Dakwaan beliau yang menyifatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai alat kepada DAP juga adalah prejudis yang buruk terhadap kepimpinan PR. Beliau harus sedar sejauh mana laungan dan jeritan untuk memenangkan Umno dan BN tidak akan merubah pendirian rakyat bahawa kuasa yang ada pada BN di Perak adalah kuasa yang tidak halal setelah rakyat menolak mereka dengan kertas undi dalam pilihan raya 2008 yang lalu," tegasnya lagi.

Kelas Fardu Ain, Al-Quran Peringkat Menengah

Jumaat, 24 September 2010



Oleh Zainal A Shamsudin
SHAH ALAM, 22 SEPT- Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) sedang membuat pilot projek ‘Kelas Fardu Ain dan Al-Quran (KAFA) untuk Pelajar Sekolah Menengah’ bagi memenuhi keperluan agama bagi pelajar sekolah menengah yang mempunyai masa terluang selepas waktu sekolah serta membina jati diri yang lebih kukuh.


Exco Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, ia bertujuan untuk memenuhi waktu petang pelajar-pelajar dengan perkara positif serta berfaedah serta mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial.

“Belajar agama di sekolah rendah selama enam tahun tidak mencukupi untuk menjadi benteng kuat untuk pelajar menghadapi dunia luar yang sangat mencabar dengan pelbagai gejala sosial,” katanya.

Menurut Dr Halimah, buat masa ini Kerajaan Pakatan akan membantu penduduk setempat menubuhkan KAFA di sekolah, sementara sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan secara holistik disiapkan oleh Kerajaan Pusat.

“Memang sekolah yang mempunyai silibus(sukatan) yang holistik dan ada akademik serta diniah agak terhad. Sekolah agama itu sendiri memang ada menyediakan pendidikan yang menyeluruh tetapi tidak cukup untuk menampung permintaan masyarakat Islam sekarang yang lebih gemar meletakkan anak-anak mereka di dalam sekolah yang mana kokurikulumnya adalah bersepadu.


Buat masa ini hanya sekolah rendah agama integrasi menyediakan pendidikan secara holistik.
“Selangor mahu melahirkan satu sistem pendidikan yang akan dijadikan satu role model kepada insan-insan yang akan mendatang dan melahirkan seramai mungkin umat Islam yang mempunyai asas yang kukuh mengenai agama,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, intelektual Islam boleh dilahirkan apabila pendidikan awal Islam adalah dari segi penghafalan al-Quran serta tasauf itu itu sendiri diberi pada pendidikan peringkat awal.

Kerajaan Persekutuan Lepas Tangan Perbaiki Jalan : Hasan Ali

Khamis, 23 September 2010


SHAH ALAM, 20 Sept – Kerajaan Persekutuan didakwa lepas tangan untuk memperbaiki jalan di negeri ini. Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohammad Ali.
Hasan berkata, dalam banyak perkara, Kerajaan Pusat dilihat tidak berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor.

“Kalau dulu sebahagian jalan persekutuan itu dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, begitu juga jalan luar bandar dikendalikan Kementerian Luar Bandar, tetapi sekarang seolah-olah mereka tinggalkan, minta kerajaan negeri lakukan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Dr Hasan sudah memperolehi senarai jalan raya seluruh Selangor yang perlu dibaik pulih serta diselenggara.

Menurutnya lagi, melalui pertemuan dengan beberapa pihak berkaitan, beliau berjaya mengumpulkan semua maklumat mengenai jalan-jalan seperti di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jalan bandar, di luar bandar dan sebagainya.

Beliau kini sedang dalam perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta beberapa jabatan dalam usaha menentukan senarai keutamaan yang perlu dilaksanakan.
“Saya sudah minta peruntukan bajet tambahan yang baru dibentangkan dipersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), melalui peruntukan itu diharapkan pembaikan-pembaikan jalan dapat dilakukan.

“Saya akan membuat senarai penuh tahun depan apabila mengemukakan bajet tahun 2011. Insya-Allah saya rasa kita akan dapat satu peruntukan daripada kerajaan negeri untuk membaiki jalan yang rosak dan juga menyelenggarakan jalan tersebut dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, anggaran kasar mengikut daerah adalah berdasarkan keperluannya seberapa banyak jalan yang memerlukan pembaikan serta penyelenggaraan.

Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat sedikit kelemahan dari segi penyelenggaraan, pembaikan jalan dan sebagainya, tetapi ini hanya bersifat sementara sahaja, iaitu sementara kerajaan negeri dapat membuat penyelarasan dengan kerajaan pusat dan sebagainya.
“Jadi dalam proses penyelarasan ini, maka timbullah benda-benda yang pernah dilakukan Kerajaan Pusat tidak dapat dilakukan oleh kerajaan negeri kerana kita tidak dapat melakukan bajet sebab atas dasar ia dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

DEMO BANTAH JUDI DI HULU SELANGOR.

Khamis, 27 Mei 2010


Makluman!

Esok, Jumaat 28 Mei 2010, di Hulu Selangor, terdapat 2 demonstrasi ANTI JUDI akan diadakan di 2 buah masjid selepas solat Jumaat nanti.

Masjid-masjid itu adalah:

1) Masjid As-Salam, Bukit Sentosa (masjid kuning)

2) Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam.

Semua umat Islam dan warga Malaysia yang bencikan judi dijemput hadir beramai-ramai.

ZAID FAIL PETISYEN MOHON KEPUTUSAN HULU S'GOR TAK SAH

Isnin, 24 Mei 2010

Zaid fail petisyen mohon keputusan Hulu S'gor tak sah
May 24, 10 4:04pm (Sumber MalaysiaKini)


Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

----------------------------------------
Komen PAS Rasa;

Rasanya, apa ya tindakan mahkamah nanti. Ikutkan pengalaman, PASTINYA memihak kepada keuntungan UBN. Tetapi, jika Zaid menang, TAKBIR!!!!

HARI INI, 13 MEI.

Khamis, 13 Mei 2010

Dibawah ini, adalah artikel hamba buat 2 bulan selepas menang PRU12. Sempena memperingati 13 Mei. Oleh kerana hari ini adalah 13 Mei, hamba rasa adalah perlu hamba keluarkan kembali artikel ini untuk ditatapi umum agar ianya boleh diambil iktibar sempena hari yang penuh sejarah ini. Silalah baca dan selami maksudnya sedalam-dalamnya.....

HARI INI, 13 MEI
Selasa, 2008 Mei 13

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.

Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.

Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.

10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.

Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.

Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.

Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....

POLITIK DALAM MASJID

Jumaat, 7 Mei 2010

Oleh Al Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Salam Kamunting,

Pilihan raya kecil Hulu Selangor meninggalkan satu polemik yang terus dipanjangkan sehingga hari ini iaitu perihal berpolitik di dalam masjid, boleh atau tidak? Halal atau haram?

Apabila pihak istana yang menjadi payung kepada ugama di negara kita turut campur tangan, ianya mestilah dipandang serius supaya satu ketetapan bersama dipersetujui oleh parti – parti politik yang terlibat dengan masjid dan ugama Islam. Jika tidak, ia akan mencipta suasana muram dan keluh kesah di kalangan masyarakat Islam yang masjid adalah tumpuan kehidupan beragama mereka.

Mungkin untuk mencapai itu adalah susah dan sukar kerana perbezaan politik yang ketara di antara dua parti utama umat Islam iaitu PAS dan UMNO. Tetapi demi keharmonian masjid sebagai tempat ibadah dan penyatuan, usaha perlu digandakan oleh pihak di atas dan hasilnya pasti ada pada tahap dan masanya.

Jauhnya beza golongan Sunni dan Syiah tidak menghalang usaha taqrib yang cuba mendekatkan di antara mereka. Ia sukar tetapi wacana itu mesti wujud dan diteruskan demi hujjah dan keterangan sesama umat Islam.

Saya yakin berdasarkan titah Sultan Selangor bahawa larangan itu bermaksud suasana cerca - mencerca, tuduh – menuduh dan tuding – menuding terhadap individu ahli politik di dalam masjid yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dan perpecahan di kalangan anggota jamaah masjid. Oleh kerana ia melibatkan isu – isu politik dan kepartian, maka wujudlah larangan berpolitik di dalam masjid.

Saya kira ia larangan kepada keadaan yang khas dan semacam itulah arahan yang datang dari hampir seluruh istana di Malaysia termasuk Istana Kelantan. Keadaan yang khas adalah apabila ianya membabitkan serangan terhadap individu dan parti – parti politik.

Politik adalah daripada Islam. Pertama, kerana Islam adalah menyeluruh pengajarannya. Maka adalah terlalu dangkal memisahkan politik daripada agama sedang ia adalah meliputi sebahagian besar kehidupan mnusia. Kedua, politik bermaksud, pada faham yang paling awal, pengurusan kuasa. Kuasa di rumah sampailah negara dan masyarakat antarabangsa. Maka adalah terlalu pelik jika Islam dipisahkan daripada kuasa kerana ugama tiada mungkin dapat ditegakkan tanpa kuasa. Ketiga, politiklah yang menggerakkan kewajiban agung umat iaitu berjihad di jalan Allah. Ia dimulakan oleh pemerintah atau imam. Bagaimana dibayangkan imam dan pemerintah tanpa kuasa dan politik?

Banyak lagi sebab dan kerana..

Jika begitulah pentingnya politik di dalam Islam dan jika begitu mudah sekali kita mengenali kepentingan masjid di dalam Islam, maka bagaimana kita boleh membayangkan satu suasana kehidupan Islami yang memisahkan di antara masjid dan politik?

Anda berhak bertanya mufti kerajaa negeri Perak, mengapa ketika kita telah sama – sama bersetuju memecat selipar di tangga sebelum mamasuki masjid, dia pula turut memecat politik ditangga masjid kerana baginya politik sekotor selipar?

Anda berhak bertanya beliau yang merupakan mufti pengharam politik yang paling banyak bercakap politik itu, mengapa beliau mengamalkan Islam yang begitu sukar itu untuk difahami, malah memalukan sekali memahami Islam seperti itu?

Anda berhak bertanya kerana kesukaran itulah yang memecah – belahkan umat itu memahami Islam yang benar dan asli. Tidakkah beliau sedar bahawa senjata utama barat semenjak ratusan tahun dulu untuk memecah – belahkan kesatuan umat adalah dengan menyebarkan faham politik suku ugama suku?

Begitu contoh dan gambaran bagaimana jika larangan berpolitik di dalam masjid difahami secara yang salah, maka ia akan menambahkan parah dan kesakitan yang menimpa umat hari ini.
Kita membiarkan media cetak dan elektronik dikuasai tentera iblis menyebarkan faham sekular mereka dalam saat kita turut mengharamkan masjid milik kita daripada bercakap, bahkan mesti diam dan membisu!

Tidak mungkin inilah fahaman istana yang menjadi payung agama dan negara.

Tetapi inilah fahaman UMNO yang cuba menggunakan dan berselindung di sebalik istana.
PAS dan UMNO, di sinilah garis pemisahan yang menyusahkan di antara mereka. PAS menegakkan asas beragama manakala UMNO bermatian meruntuhkan asas dan membina di atasnya tiang kepalsuan dan kekhurafatan.

Politik tak sama dengan parti. Ibrahim Ali berpolitik dan masuk parlimen tanpa perlukan parti. Tetapi sebuah kekuatan politik takkan berlaku tanpa sebuah kesatuan parti yang menggerak dan menjayakan matlamat perjuangannya. Sekadar melompat meniru katak, tiadalah nilainya dalam membela umat dan agama.

Saya menyeru kepada dua;

1) Memahamkan UMNO bahawa memisahkan politik daripada ugama adalah haram. Begitulah memisahkan masjid daripada politik.

2) Memahamkan segelintir para ustaz dan pejuang PAS bahawa mencerca, menuduh dan menyerang individu di dalam masjid adalah tidak beradab, tidak berhikmah dan tiada untungnya untuk perjuangan. Dakwah tanpa hikmah ibarat hidangan nasi tanpa lauk. Hasilnya, tutuplah kedai makan anda. Takkan datang pengunjung.

Istana boleh memainkan peranan yang maha mulia ini.

Masjid adalah syiar kesatuan umat menuju Allah. Takkan sampai kepada Allah ahli masjid yang salah memahami pengajaran ugamanya. Ajaran UMNO takkan menyampaikan rakyat Malaysia kepada ridha Allah.

UMNO-APCO, JUDI, MAKSIAT DAN RASUAH.

Khamis, 6 Mei 2010

Judi dan umno-apco, sudah menjadi sinonim. Ianya bagaikan aur dengan tebing. Sebuah parti assobiyah yang memperjuang memisahkan Islam dengan politik memang gemar dengan perkara yang haram dan memang tidak minat dengan perkara yang halal. Namun, apakan daya, orang kampung memang buta dengan perkara yang terang-terangan itu.

Siang tadi, menteri melayu umno-apco telah memberi lampu hijau untuk memberi lesen judi kepada syarikat yang memohon untuk membuat judi 'bating' untuk perlawanan bolasepak piala dunia 2010 nanti. Katanya, ianya adalah untuk memantau aktiviti perjudian haram yang akan tumbuh semasa piala dunia nanti.

Jika begitulah pemikiran melayu umno-apco yang benci hudud itu, maka samalah juga jika memberikan lesen 'halal' kepada aktiviti pelacuran agar aktiviti berzina ini boleh dipantau dan dapat menguntungkan kerajaan kerana mendapat durian runtuh dari duit lesen 'halal' pelacuran itu? Kan ke bangang melayu umno-apco ini. Namun, apakan daya, orang kampung memang buta dan pekak dengan perkara-perkara yang maksiat ini. Mereka hanya sibuk dirumah mereka mengira duit haram rasuah yang diterima oleh parti pemusnah umat melayu, umno-apco.

Sudahlah tanah orang melayu makin hari makin hilang, sudahlah orang melayu makin lama makin dihalau dari duduk dibandar dipaksa halau ke pinggiran hulu negeri, namun orang melayu masih bebal akal mereka kerana tiap hari memakan benda haram iaitu duit rasuah.

Orang-orang kampung mana tahu duit rasuah itu datang dari mana? Mereka seperti dibutakan untuk melihat keluar ke rumah mereka, terpampang diatas gunung tersergam bangunan tinggi tempat perjudian yang dihalalkan umno-apco untuk dijadikan tabung pilihanraya. Duit-duit judi yang ditabur oleh tokey-tokey judi kepada umno-apco itulah yang digunakan oleh parti pemusnah melayu itu untuk ditaburkan rasuah kepada orang kampung. Maka berseronoklah orang kampung dengan memakan duit yang haram itu menjadi darah daging mereka untuk dibawa bekalan ke alam barzakh nanti.

Kasihan dan sedih melihat mereka-mereka didalam umno-apco. Berlumba-lumba untuk memegang kuasa hanya semata-mata untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara ini. Jika esok mereka mati, apa yang mereka hendak jawab didepan mungkar dan nangkir? Aku ketua cawangan umno-apco, bersekongkol dengan judi, arak dan benci hudud...... naya kalian semua......

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut