MAT ISA DAPAT TEKANAN DARI PEMBANGKANG?

Khamis, 30 Julai 2009

Berita dari berita harian:

(Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor. )


Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung

KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.

Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.

“Saya tidak malu melakukan kerja menjual durian ini. Apa boleh buat elaun kena gantung. Nasib rakyat perlu dibela walaupun hidup dalam serba kekurangan ini.

Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.

“Saya bersyukur kerana ramai pelanggan memberi sokongan membeli durian di sini. Pendapatan mencecah RM700 setiap malam digunakan untuk kos penyelenggaraan sewa pejabat, gaji pekerja dan sumbangan kepada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .

“Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Komen PAS Cawangan Rasa :


Ini adalah isi kandungan dari berita harian berkenaan seorang ADUN pembangkang negeri Selangor yang menetap di Kampung Melayu Rasa Tambahan kononnya terpaksa menjual durian untuk menampung kos kerja-kerja wakil rakyat. Eloklah itu, akhirnya pandai juga ADUN Batang Kali anak kelahiran Rasa ini berniaga secara halal, menjual buah durian.

Eloklah juga rasanya agar ADUN pembangkang ini faham bahawasanya dia adalah pembangkang, bukan ADUN pemerintah di negeri Selangor. Yang menjadi tidak bijaknya ADUN ini ialah apabila dia menyatakan dia tidak berputus asa membuat kerja ini kerana mendapat tekanan pembangkang, seperti mana dinyatakan didalam laporang Berita Harian “Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam."


Hendak dikatakan tidak berpelajaran, masakan tidak kerana beliau adalah seorang wakil rakyat. Mustahil rasanya parti Umno tidak melihat kepada kepandaian IQ seseorang sebelum di'nobat'kan bertanding sebagai wakil rakyat. Bila masa pula dia jadi ADUN pemerintah, dia kan ADUN PEMBANGKANG.

Namun, mungkin juga, apa yang dirujuk oleh ADUN batang kali ini iaitu mendapat tekanan dari pihak pembangkang, adalah pembangkang yang sebenar di negeri Selangor iaitu Umno. Bukannya pembangkang yang digelarkan oleh puak Umno ini kepada Kerajaan PR yang MEMERINTAH. Perkara ini tidak mustahil berlaku..... mulut ahli politik umno selalunya berlapik-lapik.

Adakah sebenarnya, pihak pembangkang Umno ini sedang memberi tekanan kepada ADUN Batang Kali, anak jati kampung Rasa ini? Adakah sesuatu sedang berlaku, atau sesuatu pergolakan telah dan sedang melanda Umno di gugusan Batang Kali ini? Adakah kes yang berat lagi teruk sedang ditanggung oleh Umno batang kali kerana terdapat kes sensasi yang berlaku kepada kepimpinan mereka? Bukan PR yang buat cerita, bukannnya PKR dan DAP yang buat cerita, lebih-lebih lagi bukannya jemaah PAS yang buat cerita. Tetapi dari pihak Umno lah punca cerita yang tidak sepatutnya didengar oleh manusia-manusia biasa.

Kasihan juga kami dari jemaah PAS melihat apa yang berlaku kepada ADUN Batang Kali ini. Sudahlah ditarik elaun DUN, kemudian diberi tekanan lagi oleh rakan-rakannya didalam parti beliau sendiri. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula itu, kalau setakat tangga kayu takpe lagi, tetapi ditimpa tangga besi 10 tan. Sakit kepala dibuatnya,......

1 comments:

roh_insan berkata...

Isa..Isa..kene bono aku dgn peal kamu tu,udh2 le tu..jgn ngikut2 orang,dulu sebuk beno nok jd wakil rakyat,ini udoh dpt tak nak buat elok2,yg kamu ngikut dokter gg tu ape ke jadah nye..tak usoh le nak ngagung2 kn kwn dlm politik ni,tak kemane,tak kekei pun..ari ni kwn,esok luse lawan,tengok je Mat Taib,siape yg mbunuh nye,bkn ke kwn baik die si Mat Deris tu,elok je le kamu berkwn krn Islam tu,mdh2an panjang..

Tp klo kamu tak nak ndengo lantok kamu le,yg tumpo kamu,bkn aku.

Teman ngabokn aje,tak le pulak teman nak nyuruh kamu tinggekn umno tu,cumenye klu kamu rase umno tu boleh nyelamatkn org Melayu teruskn aje le,teman mampus baik tak pecaye dah.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut