Alhamdulillah.
Semuanya berakhir dengan selamat dan berjaya. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, segala perancangan untuk melaksanakan projek ceramah perdana Hj. Mat Sabu dapat dijalankan walaupun bukan mengikut perancangan awal.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh jemaah PAS Cawangan Rasa, PAS Kawasan, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Unit Amal dan penduduk sekitar Rasa yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Tempat ceramah ditukar kerana masalah permit.
Program ceramah Mat Sabu ini banyak memberikan pengalaman baru kepada Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan untuk berhadapan dengan karenah2 SB untuk mendapatkan kelulusan permit ceramah ini. Sebanyak 3 kali kami telah 'naik' ke balai polis KKB bahagian unit khas. Kali ketiga kami berjumpa pula dengan kepala SB di KKB, Inspektor Zul. Walaupun SB tidak memberi permit disaat-saat akhir, namun dengan perbincangan ketua dan S.U Cawangan dengan pihak SB, akhirnya mereka izinkan pihak PAS Cawangan Rasa untuk membuat ceramah di Dewan Orang Ramai Kampung Rasa Tambahan. Tempat asal sepatutnya di Dewan JKKK Rasa.
Walaupun pada mulanya perbincangan dengan SB ini agak panas, bukan setakat panas perang mulut, namun kami dipihak PAS juga perlu menjaga nama pegawai-pegawai SB yang dibawah. (Pihak SB yang dibawah mesti tahu apa yang dimaksudkan). Akhirnya, dengan sikap toleransi antara kedua pihak, kata sepakat telah dibuat, atau 'win-win situation' telah dilaksanakan. Biar pihak polis tidak pening kepala dan pihak PAS boleh melaksanakan program ceramah, program dipindah tempat disaat akhir ke dewan Kpg Rasa Tambahan, iaitu pada jam 2.00ptg.
(Kenalkah mereka ini? Inilah dia SB yang sedang menjalankan tugas,.... betuuuul)
Mohon Dewan di Majlis Daerah.
Disini, kami di pihak PAS Cawangan ingin mengucap ribuan terima kasih kepada YDP PAS Kawasan, kerana telah menyenangkan kami untuk proses menggunakan dewan ini didalam keadaan tergesa-gesa. Jam 2.40ptg adalah waktu yang telah melegakan kami sebagai pihak penganjur kerana telah diluluskan untuk menggunakan dewan itu.
Jam 4.30ptg pula adalah waktu yang paling melegakan kami kerana permit polis telah diambil di ibu pejabat polis Daerah Hulu Selangor. Ini menunjukkan pihak SB memegang kepada kata-kata mereka dan kami juga akan memegang kepada kata-kata kami.
(Mana hadirinnya, tidak ramai lagi waktu bermulanya ceramah?)
(Ooohh,.... patutle, hadirin menjamu selera duluuuuu.....)
(Mat Sabu memulakan ceramahnya)
(Barulah ramai hadirin. Ini dalam dewan)
(Ini pula luar dewan)
Kutipan RM1,500 + $2.00 Singapura.
Anggaran hadirin yang hadir ke ceramah ini adalah di sekitar 1000 orang lebih. Paling ramai mungkin ke angka 1,100 orang. Alhamdulillah kutipan derma jihad agak menggalakkan. Kiraan kami pada waktu kutipan itu adalah RM1,500 ditambah $2.00 Singapura. Anggaran keuntungan yang diperolehi adalah sekitar RM800-900. InsyaAllah dengan dana ini, PAS cawangan akan melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan lebih berkesan, efisien dan teratur. Takbir!!!!
(Mereka-mereka yang mengira wang derma jihad, Alhamdulillah, banyak juga)
1 comments:
Salam,
Tahniah dan Alhamdulillah..
Maaf ana tak dapat hadir malam tadi..
sejak lepas maghrib badan rasa seram sejuk..
macam nak demam!
maklumlah la ni demam+selsema sikit2 pun dah jadi satu ketakutan yang amat sangat!!!
Catat Ulasan