Suasana UPU Bukit Rasa amat damai sekali. Tiadanya bising-bising politik yang sedang bermain di atas tanah Rasa ini. Mungkin disebabkan barunya habis suasana Raya, maka perdamaian politik di bumi Rasa kekal dari Ramadhan sehingga sekarang.
Cuma isu yang tertimbul disini ialah isu Tok 4 yang dikatakan akan digantikan. Isu ini bermain bukan kerana PAS hendakkan UG dengan musuh tradisi Umno, tetapi ianya bermain kerana terdapat 'salah sangka' dalaman diantara parti rakan kami.
Salah sangka dalaman yang berlaku kepada parti rakan PAS itu diharap dapat diselesaikan dengan baik dan secepat yang mungkin. Ini kerana, disebabkan salah sangka itu, PAS juga terkena tempiasnya akibat salah sangka yang berlaku kepada rakan kami itu.
PAS Cawangan sudah mengambil keputusan, kami akan mengambil 'kerusi' Tok 4 itu jika isu ini tidak diselesaikan dengan bijaksana dan pantas. Tok 4 yang lama juga ada mengatakan, jika tidak selesai juga isu salah sangka ini antara mereka, dia akan memberi sokongan 100% kepada Tok 4 yang baru yang datangnya dari PAS.
Namun, PAS Cawangan juga berpendapat, seeloknya, Tok 4 yang lama dikekalkan kerana kami tidak mahu ianya akan menjadi buah mulut pihak lawan untuk menghentam pihak Pakatan Rakyat. Namun, sesiapa juga yang menjadi tok 4, tidak kira dari PAS atau PKR, kita semua adalah didalam Pakatan Rakyat, rakan seperjuangan. Allahuakbar!
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..
5 tahun yang lalu
2 comments:
Secara peribadi ana rasa Tok 4 RASA ni memang patut ditukar, beri peluang pada muka baru pulak manelah tau lebih efektif dan efisyen....
Salam, mungkin ana perlu memberi ulasan yang membantu dlm urusan permilihan siapa yg bakal menjadi "Tok 4"walaupun ana bukanlah orang kg di kawasan Rasa. Tapi apapun kita memmerlukan seseorang yg mempunyai kredibili yg mampu menarajui dan memikul tugas yg diamanahkan. Masa berlalu begitu pantas.pejam celik dah masuk tahun kedua "PR" memerintah Negeri Selangor yg kita sayangi bersama. Perlu kita laksanakan tugas dan projek yg membolehkan kawasan Rasa terus membangun setanding dengan daerah-daerah negeri Selangor yang lain. Seperti projek pertanian dan penternakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Banyak kawasan tanah yg masih banyak tidak digunakan serta dimenafaatkan. Cukuplah kita dengari dari penduduk kawasan sekitar walaupun saya ini orang luar mengatakan kawasan Rasa ini dianggap kawasan "MATI" disebabkan kawasan ini menjadi kawasan "Vendor Proton dan Produa" bagi menghasilkan component kereta yg dicetuskan oleh PM terdahulu dan disokong oleh MB yg banyak kontrovesi itu. Kalaulah "Tok 4" atau Pengerusi JKKK baru dilantik, Ana harap dpt kira diberi Nama dan No Tel kerana ingin juga mendapat maklumat beliau.
Salam Ukhwah dari Ana.
Zulkifli
Catat Ulasan