Hamba selalu mendengar dari ahli-ahli kariah masjid yang mengatakan jangan masukkan hal-hal politik didalam masjid. Sehinggakan AJK-AJK masjid yang sejemaah dengan jemaah Islam pun ada yang mengatakan 'hal masjid, masjid, hal politik, markas.' Betulkah pendirian itu?
Sultan seluruh Malaysia, jika bertitah berkenaan cerita masjid, mesti baginda akan bertitah, jangan jadikan masjid sebagai medan politik. Lebih-lebih lagi di Selangor. Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan sekarang ini, masjid dan politik tidak boleh dicampur adukkan.
Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid sahaja, maka akan seperti perbuatan yang berdosa dan boleh membatalkan iktikaf di masjid jadinya jika kita berkata-kata perihal politik tanah air. Mulut seseorang yang menyebut hal-hal politik seperti dilabelkan sebagai manusia kurang ajar lagi biadap.
Mengapa begitu anggapan orang ramai? Sehinggakan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid pun ada berkata, 'Ana kuliyyah Maghrib tidak pernah pun menyebut berkenaan dengan politik, mengapa pihak sana masih hendak 'ban' ana?'. Ya, sehingga begitu sekali kotornya politik jika ianya disebut didalam masjid, rumah Allah.
Mengapa manusia Muslim sekarang ini telah melabelkan politik itu kotor dan kotor itu adalah politik? Mengapa jika disebut politik sahaja, maka akal insan yang mendengar itu akan beristighfar banyak-banyak kerana sangkaan politik itu adalah seperti laluan ke neraka? Mengapa? Mengapa majoriti umat Islam diseluruh dunia beranggapan politik itu adalah satu budaya kotor, budaya tikam belakang, kutuk-mengutuk, tipu menipu. Mengapa?
Jawapannya mudah. Golongan sekular memang sengaja membenihkan kepada akal fikiran umat Islam bahawa berpolitik itu kotor lagi menjijikkan. Sesiapa sahaja yang ingin berkecimpung ke dalam arena politik, maka insan itu perlulah terlebih dahulu menjadi munafik terlebih dahulu. Hipokrit. Jika tidak hipokrit, maka jangan anda dekat dengan politik.
Begitu licik puak kafir hendak menjauhkan umat Islam dengan politik. Begitu mudah, puak fasik memitoskan satu kaedah untuk menjauhkan orang masjid daripada berkecimpung ke arena politik.Orang masjid, biarlah di masjid. Orang politik, biarlah puak fasik menceburinya. Maka disitu, sahlah, puak sekularis telah berjaya menyesatkan umat Islam agar memisahkan politik dengan Islam.
Jika ini berterusan, maka akan mudahlah para pemerintah yang akan memerintah nanti adalah dari golongan yang tidak beragama, tidak beriman dan tidak kesah halal-haram. Kemahuan menghalalkan cara. Maka akan timbullah para pemimpin yang beriktikadkan kapitalis.
Sepatutnya, Masjidlah yang menjuarai masyarakat didalam bercerita bab politik. Sepatutnya, masjidlah menjadi tempat berdiskusi diantara masyarakat untuk memilih pemimpin. Bukan setakat memilih AJK masjid, bukan setakat memilih Nazir masjid, tetapi wajib menjadi tempat mencetuskan idea untuk memilih pemimpin negara, memilih wakil Parlimen, memilih wakil DUN dan memilih pemimpin umat Islam seluruh dunia.
Masjid bukan hanya tempat bersolat 5 waktu, tetapi masjid adalah sebuah markas politik umat Islam untuk memilih kepimpinan. Masjid perlu dibebaskan daripada belenggu pemikiran sekularisme. Masjid perlu menjadi medan mewujudkan kembali negara daulah Islam. Masjid perlu wajib menjadi tempat dakwah untuk menyedarkan umat Islam agar mewujudkan kembali Khalifah Islam yang musnah pada 1924 yang lalu. Masjid wajib kembali menjadi masjid!
Sesiapa mengamalkan Agama suku, politik suku, ianya adalah haram, sesat, kufur lagi menjatuhkan akidah. (suku = asing, bahasa Terengganu)
-S.U Cawangan.
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..
5 tahun yang lalu
6 comments:
ana rasa muslim seluruhnya cuba menyatakan kita harus stop berpolitik dan mula beromantik. Ini kerana romantik lagi berkesan dalam sesebuah masyarakat.
Yang dimaksudkan politik TAK BOLEH tu..ialah..bincang hal PARTI POLITIK dalam masjid atau surau..
Kalau berkuliah..macam mana Nabi Muhammad SAW menjalankan POLITIK ISLAM..( bukan PARTI POLITIK ISLAM )..maka itu BOLEH..
Parti2 di Malaysia ini..walaupun berjenama ISLAM..tapi masih di bawah sistem politik sekular...
Jadi..langkah sementara ini..sebelum wujud DAULAH ISLAMIAH di Malaysia..PAS kena akurlah..
rakyat Malaysia telah LARUT sistem politik sekular ini lebih 50 tahun..jangan2 tuan sendiri pun tak faham apa yang saya tulis ini..
Bertanya2 lah pada orang2 tua yang komited dulu2 dengan jemaah Islam..
walaupun orang tua tu seolah olah tak minat PAS..tapi dia tak pernah jadi ahli UMNO pun..jangan syok sendiri aje..
'Sementara menunggu Daulah Islamiah di Malaysia'... kita pakat buat-buat tak tau shj politik Malaysia.
Ni lah pemikiran kuno ex jemaah islamic. Ingat daulah Islam boleh datang bergolek ke?
Kena usahalah. Tu la, lain kali tanya la ulama2 bagaimana cara nak tubuh daulah Islam. Jgn syok sendiri depan komputer je.....
Ini yang dikatakan pandai syok sendiri ni..BUAT BUAT tak tahu..dengan buat tak tahu..JAUH langit dengan BUMI makna nya...
Mana kau tahu.. aku duduk depan komputer sahaja..ini namanya syok jemaah sendiri aje..
Mohon saudara Exjemaah Islamic dan jemaah Islamic berkonfrontasi dengan tidak memburuk-burukkan insan lain.
Harap sabar dalam kenyataan masing2. Ini blog jemaah, bukan blog peribadi.
Harap maklum.
Sokong pndapat kamu. masjid mesti bebas bincang hal politik. Tdak kira politik Islam atau parti politik Islam. asal ada kaitan ngn Islam.
Catat Ulasan