SELAK KAIN YBK

Ahad, 28 Februari 2010

Mereka mahu bermain politik dengan bertaruh pada nasib rakyat misikin. Demi agenda politik mereka sanggup memperjudian masyarakat yang susah. Nampak gaya isu Yayasan Basmi Kemiskinan YBK tidak mungkin reda dalam waktu terdekat.

Setelah Umno Selangor khasnya dengan berani mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas isu ini, kini giliran kerajaan negeri untuk beri penjelasan. Kita kerajaan yang bertanggungjawab atas amanah yang diberi rakyat. YBK mahu kita uruskan agar ia telus dan menepati cita-cita sebenar penubuhannya.

YBK bukan ditubuh untuk kepentingan politik sesiapa. Tidak juga untuk melindungi kepentingan mana-mana pihak. Apalagi untuk menabur kekayaan pada individu dan kelompok tertentu. Berpuaka dan menanggung dosalah sesiapa yang menunggang kemiskinan rakyat untuk memenuhi tembolok mereka.

Rabu lepas (sila rujuk akhbar The Star 25 Feb, 2010 m/s 29) sejurus mempengerusikan mesyuarat EXCO Negeri Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mendedahkan bahawa anak syarikat YBK iaitu Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan telah melantik dua pemaju iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn. Bhd. untuk memajukan sebidang tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri ketika itu pada tahun 1995 (ketika itu boss Zainal Sakom iaitu Tan Sri Muhammad Taib adalah MB Selangor).

Menurut beliau lagi mengikut maklumat Permodalan YBK rupanya bukan milik penuh YBK. Rupa-rupanya YBK cuma memiliki 12,500 saham di dalam Permodalan YBK. Saham selebihnya dipegang oleh Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (6,200 saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd. (6,250 saham).

Jadi siapakah pemilik Prihatin Ehsan dan Fajar Synergy ini? Soalan ini kita perlu tanya pada ahli-ahli Umno terutama yang bersama berarak, marah-marah ke Bangunan SUK baru-baru ini kononnya menuntut keadilan buat YBK, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat mahu merampas hak orang miskin!

Rupanya Pengerusi YBK Zainal Sakomjuga merupakan pengarah Permodalan YBK dan Prihatin Ehsan yang telah mengadai tanah berkenaan untuk RM100 juta!

Tak cukup dengan itu, pejuang rakyat miskin, iaitu Zainal Sakom juga merupakan pemilik saham terbesar dalam syarikat Tenaga Ehsan iaitu syarikat pemaju yang dilantik untuk memajukan tanah berkenaan.

Demikianlah kehebatan Zainal Sakom bukan sahaja beliau terlibat dalam YBK malah segala syarikat yang berkaitan YBK termasuklah yang memunggah keuntungan dari tanah-tanah miliki YBK yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri, turut dimiliki oleh beliau! Dan kawan-kawan kita berpenat lelah, berpeluh badan dan ketiak berarak ditengah panas tengahari Jumaat, tanpa mengerti hujung pangkal, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat khianat?!

Semalam Tan Sri Khalid dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor berjanji akan mendedahkan lagi cerita sebenar disebalik YBK. Biar rakyat Selangor kenal semasak-masaknya mana yang kaca mana yang permata! - sumber Roslan SMS

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dasar PAS lah yang suka membuat onar.Tuduhan yang mengatakan Dato Zainal pemegang saham besar dalam PYBK ni betul ke? Dah tengok ke borang pemilikan saham PYBK? Ape ke yang orang panggil borang 49/45?

Jangan sebab TS Kahalid kata begitu, kita pun sama juga kata serupa macam burung kakak tua. TS Khalid akan disaman sebab kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pemulangan bayaran cukai tanah oleh Yayasan Melaka. Dalam kolum Salleh Buang di Sunday Times hunjung minggu lalu ada ditulis mengenai isu ini. Tolong pergi baca dulu supaya kita dapat melihat betapa "geliga"nya otak Menteri Besar Selangor yang dulunya aku sendiri sangka seorang yang "genius". Rupa2nya pasal undang2 dalam kanun tanah negara pun tak dapat ditafsirkan sebaik mungkin.

Memang PR tengah berkuasa sekarang ini di Selangor. Buatlah apa yang kau mahu walaupun dulu pernah kau melaung keadilan untuk semua. Semuanya slogan kosong........

Tapi ingat, BN akan bangkit semula pada PRU ke 13. Bagi penyokong PR, bersedilah untuk jadi pembangkang semula!

Pengundi Batang Kali.

PAS Cawangan Rasa berkata...

Kasihan melihat penyokong BN yg masih buat2 buta mata tentang isu YBK.

InsyaAllah kita doakan PR akan berusaha bersungguh2 utk menentang UMNO pd PRU 13 nanti walaupun pengundi 'hantu' telah didaftar sebanyak 50k di Selangor ini oleh BN.

LAWAN TETAP LAWAN!!!! TAKBIR! ALLAHUAKABAR!

azmann berkata...

tak payah pening2, pilihanraya akan datang undilah apa2 pun tak kisah, Asalkan Bukan UMNO (ABU)

orang muda tanpa takda parti, batang kali

roh_insan berkata...

PRU13 bn akn bangkit SEMULE atau BANGKIT MENINGGALKAN BTG KALI.Tak siape yg tau,so jgn ulang sikap ahli umno Btg Kali swkt PRU12,awl2 lg dah ambik keje Tuhan.Akhirnye..Boo...M.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut