Malam tadi, kami telah menerima SMS dari rakan PKR pejabat Parlimen, saudara Mustafa, bahawa ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato Dr Zainal Abidin telah meninggal dunia jam 9.30mlm.
Kami dari PAS Cawangan ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Dato atas kembaliannya kepada Allah yang menciptakan kita semua. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Semoga roh Allahyarham akan ada bersama-sama dengan roh mereka-mereka yang beriman.
PAS Cawangan juga ingin menambah sedikit, bahawasanya, dengan kematian ini, bukan bermakna akan berakhir penghidupan kita, malah sebenarnya ianya adalah satu permulaan kehidupan yang lain yang lebih lama lagi berbanding dengan kehidupan kita didunia. Dengan berlakunya kematian, maka akan bermulalah hidup simati tadi dialam barzakh sehingga kiamat. Jika kiamat itu akan muncul 500 tahun lagi, maka itulah jangka hayat kita dialam barzakh, sebagai contoh.
Apa yang dibawa dialam barzakh nanti, bukannya harta kita, bukannya anak beranak kita, bukannya pangkat kita, bukannya jawatan kita, tetapi hanya amal dan taqwa selama kita berada didunia ini.
Oleh itu, ingatlah kepada seluruh para pemimpin yang beria-ia merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor yang telah dikosongkan oleh Allahyarham ini. Kerusi parlimen ini adalah sebagai satu amanah Allah kepada hambaNya untuk memimpin rakyat dibawahnya. Amanah yang dipegang ini berat dan susah untuk ditanggung, tetapi memang senang untuk membawa pemegang kerusi ini (ahli Parlimen) untuk masuk ke neraka Allah SWT.
Maka beringatlah, niat untuk menang kerusi bukanlah untuk kepentingan diri, bukan kepentingan hanya untuk kepentingan parti politik, bukan untuk meraih kekayaan dunia yang sementara, malah lebih malang, jika dengan memegang kerusi ini akan menyebabkan pemegang kerusi itu akan ke neraka Allah SWT. Ianya adalah AMANAH ALLAH UNTUK MEMIMPIN MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH RASULNYA.
Jangan kita jadi Yahudi dan Nasrani mengambil sikit bahagian Kitab Allah dan buang yang selebihnya. Allah sudah memberi amaran neraka Jahanam kepada mereka yang mengambil Al-Quran sekerat-kerat sebagai rujukan, dan selebihnya dibuang.
Peringatlah wahai para pemimpin dan ahli politik yang sudah berangan untuk bertanding di PRK Hulu Selangor nanti, memegang kuasa adalah satu amanah yang berat, bukannya tangga untuk menjadi kaya.......
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..
5 tahun yang lalu
3 comments:
"...Peringatlah wahai para pemimpin dan ahli politik yang sudah berangan untuk bertanding di PRK Hulu Selangor nanti, memegang kuasa adalah satu amanah yang berat, bukannya tangga untuk menjadi kaya......."
Satu soalan,andai calun yg tercalun dah dikenal pasti mmg perangai nya nak cari kaya n glamor mcm mana? nak dibantu atau tarik diri? nak dahulukan parti atau prinsip? nak di daulatkan PR atau dahulukan Agama? adus....
Secara Mutlak aku akn dahulukan Agama,MySAS tentu paham sape yg aku maksudkan.
Saya pun pening....tp akan tengok calun....kalau perangainya hendak kejar harta je...baik buat undi BN atau rosakkan je tande protes....harap2 calon kali ni anak jati tempatan dan beriman....
Senario politik PKR yang tidak menentu dan disiplin pemimpin PKR yang mencemaskan akibat perangkap BN yang berterusan, apa kata PKR dengan semangat setiakawannya menyerahkan kawasan ini kepapa PAS. Langkah ini pasti menjadi kemenangan awal di pihak PR dan senjata ampuh pertama yang berjaya dilancarkan atas semangat perpaduan dan keadilan daripada PR...
Dare to fail
Catat Ulasan