TERIMA KASIH KEPADA PAS WP DAN AMPANG.

Isnin, 26 April 2010

PRK Hulu Selangor baru sahaja berakhir semalam. Keputusan telah diumumkan. Sepanduk bendera telah diturunkan. Petugas-petugas telah kembali ke rumah masing-masing. Jentera-jentera pilihanraya telah kembali 'sejuk'.

Pakatan Rakyat telah memenangi pilihanraya ini. Namun kurang 1,725 undi. RM64 juta atau lebih yang telah BN rasuahkan kepada pengundi hanya dapat menambahkan 2018 pengundi. Maksudnya seorang diperlukan RM31700 untuk dirasuah untuk memangkah BN. Inilah Malaysia. Sebuah negara rasuah yang termasyur di dunia.

Perlu dinyatakan disini, bahawa dosa rasuah dan dosa memakan babi adalah sama. Maka rasuah adalah juga sama dengan memakan babi. Mungkin jika itulah istilah yang difahami, orang Melayu tidak akan menerima rasuah lagi semasa pilihanraya.

Target majoriti 6000 BN telah berjaya kami patahkan. Kalah 3000 undi juga telah berjaya kami patahkan. Semua ini adalah dari ketentuan Allah SWT. Kami hanya melaksanakan.

Pihak PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera PAS Wilayah Persekutuan dan PAS Kawasan Ampang kerana telah bertungkus lumus bekerja keras membantu kami di UPU Rasa. Perasaan ukhuwah dan kerjasama jemaah dapat dirasakan sepenuhnya.

Kami juga ingin memohon maaf kepada PAS WP dan Ampang jika terdapat kekurangan dari kami dan jika terdapat perasaan terguris hati kerana salah silap kami, kami mengumpul sepuluh jari memohon ampun maaf.

Dengan kemenangan tetapi kurang 1725 undi ini, diharap dapat meningkatkan istiqomah kita didalam perjuangan. InsyaAllah.

4 comments:

jamil khir berkata...

Salam, boleh tak saudara buat analisa setiap UPU di Parlimen Hulu Selangor?

Tanpa Nama berkata...

Jgn kecewa PC Rasa,DUN Batang Kali & KKB Pakatan menang dlm PRK kali ini..

Bekas UMNO berkata...

PAS Rasa kena buat post mortem ttg kekalahan PR pada kali ini, kenapa undi di Sek. Keb. Rasa PR tewas di kedua2 saluran? kalau tak salah DUN Btg Kali BN 11822 manakala PR 10516, ini menunjukkan ada peningkatan undi PR di Dun Btg kali dan sekiranya PAS Rasa dapat membuat persediaan serta tambah strategi baru InsyaAllah DUN Btg kali akan jadi milik PR....cadangan saya tambah ahli dan kenal pasti pengundi..terutama wanita & makcik2 yang kebnykkan berkarat dgn UMNO..

Tanpa Nama berkata...

PR Rasa kena bekerjasama, lebihkan penglibatan kaum wanita kerana Wanita dan Puteri UMNO banyak kaum kerabatnya di sana tetapi Program2 mereka lebih kepada hiburan yang melalaikan. Hero kalah dulu takpe...

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut