Sepanjang jalan di pekan Rasa, Batang Kali dan Serendah, bersepah-sepah kain rentang kononnya menyokong Mat Taib bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Ada juga kain rentang yang menyindir G Palanivel untuk jangan bertanding di P94. Itulah dia politik murahan Umno BN untuk merebut bertanding kerusi.
Gila kuasa, itulah perkataan yang paling tepat untuk puak-puak perkauman ini. Pihak kami ambil keputusan tidak mahu menyiar gambar-gambar banner yang bersepah2 merata Hulu Selangor itu, kerana menghabiskan ruang di blog PAS Rasa sahaja.
Sibuk-sibuk Umno BN bermain politik berebut kerusi sesama sendiri, pihak Pakatan Rakyat pula sibuk-sibuk menjalankan amanah memberi bantuan kepada rakyat marhaen.
Pihak JKKK Kampung Melayu Rasa telah turun bersama-sama pihak zakat menemui orang kampung yang layak menerima zakat untuk diberikan sumbangan zakat bagi bulan Februari. Sebanyak RM250 telah diberikan kepada mereka didalam bentuk cek dan tunai. Perlu diingat, duit ini adalah hak mereka dan mereka-mereka ini layak menuntut duit itu kerana ianya telah diperuntukkan kepada mereka menurut hukum Islam.
Pihak JKKK hanya memudahkan urusan mereka dengan terus pergi ke pintu rumah penerima zakat. Tidak perlulah mereka untuk datang ke pejabat Zakat Selangor untuk mengambilnya.
Perlu juga diberitahu, nama-nama penerima zakat ini sebenarnya telah dibuat culaan pada tahun lepas oleh pihak ketua kampung bersama-sama dibantu oleh pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mencula dari rumah ke rumah untuk mendapat informasi kewangan mereka. Maka dengan culaan itu, alhamdulillah, pada hari Rabu lepas, 31 Mac 2010, selepas asar, pihak JKKK Kampung Melayu Rasa dengan kerjasama dari Zakat Selangor daerah Hulu Selangor, telah berjaya menghantar kesemua sumbangan zakat kepada penerima zakat di sekitar Rasa.
Dibawah adalah gambar-gambar sekitar program itu;
1 comments:
tahniah! teruskan menyantuni rakyat..
Catat Ulasan