ANALISA PERIBADI S.U TENTANG UPU BUKIT RASA.

Selasa, 3 November 2009

Pendapat S.U PAS Cawangan Rasa:

PAS Cawangan Rasa adalah sebuah cawangan yang agak pelik dan ganjil namun ianya adalah benar. Mengapa hamba mengatakan ianya pelik, ganjil dan benar? Ini adalah kerana PAS Cawangan ini adalah sebuah cawangan yang mempunyai 2 tanggungjawab, iaitu satu di DUN Batang Kali dan satu lagi adalah DUN Kuala Kubu Bharu.

DUN Batang Kali mempunyai 1 UPU, iaitu UPU Bukit Rasa, pengundinya adalah 1001 orang, manakala untuk DUN Kuala Kubu Bharu ada 3 UPU, UPU Pekan Rasa (lebih kurang 1200 pengundi), UPU Kampung Baru Rasa (lebih kurang 1500 pengundi)dan satu lagi UPU hamba lupa namanya lebih kurang 500 pengundi.

Untuk UPU di dalam DUN Batang Kali, iaitu DUN Bukit Rasa lebih 95% adalah pengundi Melayu. Ada 2 saluran. Saluran 1 ada 400 pengundi dan saluran 2 ada 601 pengundi (mengikut PRU 12).

Untuk DUN, kedua-dua saluran kalah kepada Mat Isa, namun untuk Parlimen, saluran satu walaupun kalah tetapi mendapat peningkatan 20 undi dan saluran 2 PR menang lebih kurang 20 undi.

Untuk UPU di DUN Kuala Kubu Bharu pula, PAS Cawangan tidak menghantar wakil PACA kerana pihak DAP telah meletakkan orang mereka di sana. Pihak PAS Cawangan Rasa juga tidak mempunyai cukup kakitangan sebenarnya kerana Cawangan Rasa perlu juga menjaga UPU di kawasan cawangan Kalumpang.

Oleh kerana PAS Cawangan sekarang ini seperti banyak tertumpu kepada perihal penduduk di UPU Bukit Rasa, menyebabkan PAS Cawangan lebih banyak menumpu kepada kerja-kerja politik yang berteras kepada orang Melayu.

Secara peribadi, apa yang hamba nampak semasa PRU 12 dahulu, pengundi Melayu di Hulu Selangor sebenarnya masih mengundi Umno. Mereka tidak mengundi PAS dan PKR apalagi DAP. Tetapi, apa yang menyebabkan mereka mengundi ahli Parlimen daripada PKR berbanding dengan BN yang diwakili oleh MIC adalah kerana undi tidak puas hati mereka kepada G. Palanivel. Bukan Umno.

Dari konteks Rasa atau UPU Bukit Rasa, jika berlakunya lagi PRU 13 pula, jika Umno masih meletakkan Mat Isa, iaitu orang tempatan Rasa, maka kebarangkalian untuk UPU Bukit Rasa untuk PR kalah kedua-dua saluran adalah tinggi.

Persepsi orang kampung, tidak kira mereka itu muda atau tua, akan tetap memangkah orang kampung mereka, jika dilihat dari trend PRU12 dahulu (bukan trend pru11). Jika hendak berlawan dengan mereka, pihak PR perlu meletakkan orang tempatan yang telah dikenal di seluruh DUN Batang Kali, misalnya YDP kita.

Jika Parlimen, pihak BN meletakkan calon Umno berbanding MIC, maka hamba berpendapat, lawannya perlu dari PAS kerana aura PAS pada hati orang Melayu adalah lebih tinggi daripada PKR. Maaf, ini adalah pendapat hamba, kerana hamba mendapati bahawa pihak motivasi dari Umno sekarang ini telah mewar-warkan bahawa PKR sekarang ini lebih banyak bukan Melayunya berbanding Melayu. Orang Melayu seperti disisihkan oleh PKR. Itulah perspektif orang Melayu sekarang.

Jika ini berlaku, iaitu Parlimen ditandingi oleh Umno dan PAS, maka hamba masih mengatakan bahawa pertandingan ini adalah 50-50. Jika 50-50, kebarangkalian untuk PR kalah itu adalah besar. Kerana apa? Kerana SPR pun bukannya telus sangat. Maka PACA mestilah tegas dan efektif didalam tindakan.

Melihat kepada kebajikan orang kampung, alhamdulillah, masih lagi ok. Jika ada yang tidak berpuas hati, mungkin ianya akan diselesaikan dengan segera, kerana berbagai-bagai ragam manusia perlu dibantu dengan berbagai-bagai cara.

Namun perlu diingat, sekarang ini orang kampung telah diberi kebajikan dari 2 sumber, iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Maka kemungkinan untuk orang kampung untuk mempertahankan PR kepada kerajaan negeri dan BN kepada Pusat mungkin juga akan berlaku. Wallahualam.

S.U - Mazwandi Bin Mustaffa

1 comments:

Hamba Allah berkata...

Memang banyak yang perlu dibuat oleh Pas maupun Pakatan dalam Hulu Selangor utk memenangi hati pengundi hulu selangor, kerana peluang mentadbir sudah menjadi realiti apa yang perlu, ambil kesempatan ini dengan bijak utk memenangi hati pengundi jangan pula peluang ini disia-siakan...PRU 13 akan datang Hulu Selangor mungkin tewas krn pengundi india tp untuk DUN Btg Kali saya percaya jika calon datang dari PAS dan anak jati serta ada karismatik, ketokohan, pelajaran atau populariti kemungkinan menang adalah cerah tp jika faktor ini tidak diambil kira peluang adalah tipis...

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut