Baru balik makan di rumah, kembali ke pejabat, ana ambil beberapa snap gambar persekitaran kampung dan pekan tempat tinggalku. Ada terasa teruja sedikit untuk mengambil shot gambar. Selama ni malas je. Yelah, maklum ajelah kita ni dah ada blog sendiri.
(Gambar: Pekan Tionghua yang menyokong PR?)
Untuk makluman, tempat tinggalku dahulunya adalah kubu kuat golongan biru tua. Walau kambing yang dicalonkan, maka si biru tua itu jugalah yang akan dipangkahnya. Kerana apa dipangkahnya juga, kerana ilmu, ilmu dan ilmu. Sungguh tiadanya ilmu bencikan rasuah, hinakan kezaliman dan takutkan akhirat mengakibatkan penduduk di sini sungguh pekat dengan biru tuanya. Maka pabila ana berpindah ke sini, maka jadilah ana seorang makhluk asing.
Tetapi, sebenarnya, bukan ana sahaja yang bermakhlukkan asing di tempat asing ini, malah ada juga sahabat-sahabat tempatan dan senior-senior asing telah diasingkan oleh golongan yang suka kepada pengasingan. Bukanlah ana bermaksud mereka-mereka mengasingkan makhluk asing atau memulau makhluk asing, bukan, bukan, tetapi mereka-mereka menganggap apa yang makhluk asing ingin bawakan kepada masyarakat dan negara Malaysia ini adalah satu perkara yang luar biasa lagi asing bagi mereka-mereka.
Maka, oleh itu, menjadi tanggungjawabku sebagai makhluk asing untuk merapatkan jurang-jurang keasingan itu agar asing itu menjadi kebiasaan. Malah bukan hanya setakat kebiasaan, tetapi menjadikan ianya kewajiban, fardhu ain dan perkara pokok utama setiap perkara.
Walaupun ianya asing, tetapi dengan tiba-tiba, gelombang hitam telah menyebabkan perkara yang lebih asing telah memenangi kerusi parlimen di kawasan ana. Alhamdulillah, dengan pertolongan makhluk asing, makhluk asing yang lebih asing telah memenangi kerusi ini dengan lebihan 198 golongan manusia. Terima kasih diucapkan kepada golongan gelombang hitam ini, kerana golongan ini sanggup menendang golongan mereka yang sama ras, sama kulit dan sama bahasa dengan golongan mereka sendiri daripada terus bermaharajalela untuk sepenggal lagi.
Takbir!!
0 comments:
Catat Ulasan