BANGKANG NEGARA ISLAM TU BANGKANG ISLAM LA, BODOH!

Rabu, 30 April 2008

'Saya bukan lawan Islam, saya hanya lawan penubuhan negara Islam.' Inilah ayat paling bodoh lagi jahil dari seorang ahli parlimen yang kononnya berlagak pandai, tapi bodoh. Kebodohannya lebih terserlah kerana suka sangat menjaga tepi kain orang sehingga menyuruh parti yang mendokong Islam supaya diam dan jangan bising-bising dengan cita-cita hendakkan daulah Islamiyah.

Mungkin disengajakan atau memang sengaja, isu negara Islam telah dibuka untuk dibuat hujah oleh orang ramai. Sama ada hujah dari orang yang tidak tahu menahu tentang Islam dan dari hujah ilmiah dari mereka yang berlatar belakangkan ilmu Islam. Masalahnya sekarang, hujah-hujah mereka yang jahil sengaja disensasikan agar masyarakat bukan Islam dan malah masyarakat Islam sendiri akan keliru apakah yang dimaksudkan dengan negara Islam itu.

Persoalan yang timbul, apakah dia negara Islam sebenarnya. Ada yang mengatakan dengan selamba penuh kejahilan, semasa zaman nabi dahulu, mana ada negara Islam. Siapa kata tiada negara Islam semasa zaman nabi? Siapa kata semasa zaman nabi cita-cita ke arah melaksanakan negara Islam itu tidak wujud. Siapa kata?

Mengapakah nabi diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah ke negeri Yathrib yang kemudiannya ditukar nama oleh Rasulullah SAW kepada Madinah? Mengapa seluruh umat Islam di bumi Mekah diperintah dengan hukum wajib untuk berpindah ke Madinah? Ingat saja-saja atau suka-suka ke perintah ini diturunkan oleh Allah SWT tuhan seluruh alam kepada umat Islam Mekah.

Semasa di Mekah, umat Islam tiada kuasa, tetapi ketika berada di Madinah, umat Islam berkuasa. Apa pula yang dimaksudkan dengan kuasa? Maksud kuasa ialah Rasulullah berkuasa untuk menjadi ketua. Ketua apa? Ketua negara Madinah lah. Untuk apa jadi ketua? Untuk senang dan mudah Islam ditadbir dan diurus kepada rakyat yang berada di Madinah melaksanakan hukum-hakam kehidupan yang digariskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan daripada perintah dan perlakuan dari Rasulullah sendiri yakni dari Hadith Rasulullah SAW.

Hukum-hakam Allah tu apa dia? Hukum-hakam Allah itu hududlah. Ini tidak, asyik-asyik sebut hudud je, potong tangan, rejam batu, potong tangan, rejam batu. Kalau ye pun potong tangan dan rejam batu, apa masalahnya? Kita rakyat biasa ada masalah ke jika hukuman potong tangan dilaksanakan? Ada masalah ke? Kalau rakyat itu ada bercita-cita hendak menjadi pencuri walau dah kaya, memang anda ada masalah. Tetapi, kita rakyat biasa yang berfikir hendak mencuri pun tidak ada, buat apa nak kecoh-kecoh, buat apa hendak takut-takut? Apa pasal kecoh-kecoh ni? Ahli parlimen yang seorang itu nak jadi pencuri dan berzina dengan perempuan lain ke?

Pelik sungguh manusia yang bergelar manusia ini. Manusia menganggap akal fikiran mereka yang sebesar 2/3 bola ragbi, lebih pandai daripada tuhan mereka. Apalah sangat ism manusia yang banyak mengarut lagi penuh kekurangan. Apalah sangat undang-undang ciptaan manusia untuk menghukum manusia jika hendak dibandingkan dengan undang-undang Allah yang menciptakan kamu. Sombongnya kamu wahai manusia, sombongnya.

Kamu semua yang memperlekeh dan menentang negara Islam memang cukup sombong dengan Allah. Allah yang menciptakan kamu dari setitis air yang hina, kemudian bercantum dengan telur dari ibu kamu, kemudian dilahirkan dengan tidak boleh berbuat apa-apa, yang tidak boleh berjalan, tidak boleh bercakap, tidak boleh berfikir, hendak mendongakkan kepala pun mesti dibantu oleh si ibu, kemudian apabila sudah besar, sudah berpelajaran, sudah ada akal, semasa itulah kamu hendak menentang Allah. Semasa itulah kamu memperlekahkan hukum-hakam Allah. Sombong dan bongkaknya kamu semua wahai manusia yang lemah!

Ingatlah wahai ahli politik semua, kuasa itu adalah tanggungjawab, bukannya hobi. Tanggungjawab adalah amanah daripada Allah, bukan daripada manusia. Manusia hanya alat untuk diturunkan amanah itu kepada. Jangan sesekali kita lalai, jangan sesekali kita sibuk hendak memerintah, tetapi lupa pula kita memerintah itu adalah untuk apa? Kerana hendakkan kuasa atau hendakkan redho Allah?

Ana paling sedih jika ada sebahagian sahabat di dalam jemaah yang berkata, 'kita lupakan negara Islam buat masa ini, sekarang ini kita tumpukan kepada kebajikan rakyat dahulu.'. Apalah jahilnya ayat itu, kebajikan kepada rakyat itu adalah sebahagian daripada isi-isi negara Islam lah syeikh! Manifesto yang dikeluarkan PAS itu adalah semuanya isi-isi daripada sebuah negara Islam. Takkan lah jahil juga jemaah kita ahli PAS ini? Itulah, semasa usrah, tamrin, tidak mahu datang, kan ke dah kurang ilmu,......

(Tajuk di atas dengan ungkapan keras 'bodoh' itu adalah ikhlas daripada ana. Sesiapa yang terasa kekerasannya, alhamdulillah, padan muka ana ucapkan kepada mereka)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan dari saya untuk sahabat PAS Cawangan Rasa - ulau tedong

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut