Entah apalah yang hendak dilawakkan oleh mereka-mereka yang bernama Shabery dan Rais ini, macam budak-budak sekolah tadika KEMAS punya pemikiran. Akal kecil ke atau buat-buat akal kecil. Yang pastinya, mereka bermain politik kurang bijak lagi menghina akal rakyat.
Semenjak bila pula UMNO BN sungguh mementingkan etika dan adab sopan santun yang disalurkan oleh telivisyen. Bila pula parti yang memerintah Malaysia ini sungguh prihatin dengan penonton dari mendengar atau melihat perkara-perkara yang tidak boleh didengar oleh orang umum di dalam telivisyen. Sejak kurun ke berapa pihak RTM sungguh mementingkan agar penonton melihat perkara-perkara yang hanya terbaik daripada 'kotak wahyu' yang berada disetiap rumah penduduk Malaysia?
Pelik lagi ajaib, kerana kekecohan 'sarkas' kononnya yang berlaku di Parlimen tempoh hari akan menyebabkan mereka yang menonton siaran langsung parlimen 30 minit di RTM akan menjadi tercemar budaya, terhina fikiran dan pengotoran akal hanya kerana terkejut akan kekecohan dan pendengaran ayat-ayat yang kononnya tidak biasa didengar oleh manusia.
Wahai menteri-menteri penerangan dan luar, sebenarnya akal, fikiran dan adab manusia yang bermastautin di Malaysia ini sudah lama tercemar lagi kotor akan kerana perkara-perkara yang telah disiarkan oleh telivisyen seluruh rangkaian di Malaysia ini. Dengan kehancuran budaya kuningnya, budaya hedonismenya, budaya seks bebasnya, budaya ayat kotornya, budaya adab kurang ajarnya dan berbagai perkara-perkara negatif telah lama disalurkan oleh telivisyen kepada seluruh umat manusia di Malaysia ini. Jadi janganlah hendak buat lawak lagi wahai menteri-menteri yang tidak ana pilih. Tolong jangan bazirkan gaji kamu dengan wang cukai ana. Ana dan seluruh rakyat yang bayar gaji kamu semua!
Tolong jangan bodohkan kami lagi wahai menteri-menteri yang memang bijak hendak memperbodohkan rakyat. Tolonglah, kami dah 50 tahun diperbodohkan oleh kalian semua.
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan