Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Jam 10.30 mlm tadi, seorang perempuan bernama Too Hui Min, meninggal dunia semasa berlatih di PLKN Kuala Kubu Bharu. Beliau disyaki sakit perut selepas latihan menembak dan selepas makan nasi ayam.
Tahun ini sahaja sudah 2 insan meninggal dunia akibat berlatih di PLKN. Bagaimana boleh terjadi begini? Mengapa tiap-tiap tahun, ada sahaja kematian di latihan PLKN ini? Mengapa tiada kaji selidik yang lebih mendalam ke atas kematian setiap individu yang berada di dalam latihan PLKN ini.
Kadar kematiannya adalah seperti kadar kematian nyamuk. Kerajaan seperti buat endah tak endah dengan kematian para remaja yang baru mengenal erti kehidupan. Bagaimanakah perasaan ibubapa simati, sudahlah dipaksa anaknya untuk menjalani latihan PLKN, jika tidak pergi boleh dihukum, apabila pergi, mati pula. Sudahlah mati, pihak PLKN seperti tidak mahu bertanggungjawab. Zalim betul. Sepatutnya setiap ibubapa yang kematian anak semasa latihan PLKN mesti membantah PLKN ini diteruskan kerana ada seperti perkara yang tidak betul dengan PLKN ini.
Kerajaan perlu mengkaji semula perkara ini. Ini kerana ianya melibatkan kematian rakyat Malaysia yang baru berusia remaja. PLKN sepatutnya dimansuhkan seketika atau dimansuhkan serta merta agar tiada lagi rakyat Malaysia yang mati sia-sia. Adalah lebih elok pada pandangan ana PLKN ini tidak wujud dimuka bumi, kerana ianya hanya menyusahkan rakyat marhaen.
Jangan kerana sayangkan duit keuntungan kerana program PLKN ini yang menyebabkan kerajaan menutup sebelah mata terhadap kepincangan yang berlaku terhadap program ini. Perkara ini adalah kes berat, kematian telah berlaku dan terus berlaku, jika diperkhidmatan kerja kilang, jika ada kes kematian berlaku di dalam premis kerja, maka kilang akan disita sehingga kes selesai untuk siasatan. Dan ini juga sepatutnya berlaku kepada kem-kem PLKN, ianya perlu disita sehingga siasatan kes selesai.
HARI NI KITA LAYAN LAGU JE BRO..
5 tahun yang lalu
2 comments:
im going to this camp tomoro...
Ini semua adalah takdir Allah.. Tiada siapa mampu menghalang takdir.. Jika ditakdirkan simati mati di kem PLKN pada sekian-sekian waktu.. Ianya mmg x boleh dihalang!! Setiap waktu (masa) kematian sudah dicatitkan pada diri masing2, sewaktu kelahiran.. Kalaupun tanpa PLKN, waktu itu ttp akan sampai (takkan TERLEWAT atau TERAWAL) dan simati ttp akan mati.. Jadi, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jugalah kita kembali..
RENUNG-RENUNGKANLAH..
Catat Ulasan