Solat la wei....

Khamis, 24 April 2008


(Ini lambang makhluk asing.)

Ish, nape ana rajin sangat hari ni. Gatal sungguh tangan ini, asyik-asyik ingin menekan butang keyboard. Hari ini sahaja, sudah kali ketiga artikel yang hendak ana siarkan. Mungkin sindrom gila blogging telah menjangkiti ana ketika ini. Solat asar sudah dibuat. Kerja sudah selesai 5.30 ptg tadi. Apa mahu buat, kita berblog lagi,.... : )


(Ini lambang makhluk asing yang lagi asing.)


Tajuk ini ana hendak bercerita sedikit tentang masalah ahli makhluk asing di bumi Rasa ini. Perkara ini adalah satu perkara yang perlu wajib ditegur dan diperbaiki oleh ahli-ahli makhluk asing. Jika tidak mengerti juga akan dengan istilah ertian makhluk asing, maka ana terpaksa tukarkan unggapan yang pelik lagi asing itu daripada ahli makhluk asing kepada ahli PAS. Mudah untuk difahami.





Cita-cita tertinggi PAS adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dari segi bentuk ekonomi, sosial dan perundangan berasaskan kepada Islam yaitu Al-Quran dan As-Sunnah di negara Malaysia. Maka oleh kerana itu yang kita perjuangkan, diharap, kepada sesiapa ahli yang masih belum ada niat untuk bersolat penuh 5 waktu sehari semalam, diharap laksanakanlah tugas itu secepat yang mungkin, kerana yang membedakan diantara Islam dan kafir adalah solat.


(Masyarakat Hindu juga telah menyokong PR, oleh itu ahli PAS mesti menjaga akhlak agar Islam tidak disalah anggap kerana perangai buruk orang Melayu)






Ana cukup tidak selesa dan berasa amat bersalah, sebagai ketua pemuda PAS, walau ana orang asing di bumi Rasa ini, tetapi ada segelintir rakannya yang masih lalai dengan tanggungjawab utama rukun Islam kedua ini. Ana berharap dan sentiasa berdoa agar rakan-rakan ana mendapat hidayah daripada Allah SWT agar solat itu menjadi rutin kehidupan biasa mereka seperti juga rutin makan minum harian. Bukannya susah pun nak solat. Jika malas sangat, buat yang wajib je le dulu.




Bau busuk badan dan baju ketika bekerja tidak membatalkan solat selagi ianya bukan najis. Kena ingat rakan-rakanku, peluh itu bukan najis. Sedangkan taik hidung itu juga bukan najis. Oleh itu wahai rakan-rakan, marilah menunaikan solat dan berikan zakat agar kita semua menjadi para mujahidin yang betul-betul berjihad di jalan Allah.





Berbincang mengenai solat, ana rasa terpanggil juga untuk melayan akal ini bercerita tentang solat Jumaat. Waktu dahulu kala, ketika ana hanya mempunyai 1 kereta, maka ana terpaksa selepas imam memberi salam, terus ana terjun keluar dari masjid. Bukannya apa, kerana hendak mengejar waktu menghantar isteri untuk mengajar di sekolah di Batang Kali. Bukannya menyampah mendengar khutbah Jumaat yang cukup membosankan lagi menyebabkan ahli kariah seperti saya selalu tidur dari mendengar bacaan teks khutbah, tetapi kesuntukan masa untuk membantu isteri untuk ke sekolah menyebabkannya.





Jadi, analah orang yang pertama keluar dari masjid, tetapi yang pelik lagi ajaib dan asing, semasa ana dalam perjalanan dari masjid ke rumah, terdapat ada segelintir yang rupa mereka ras orang Melayu yang berjalan-jalan tak tentu arah di dalam pekan Rasa. Pelik ye? Mungkin mereka solat zohor sahaja gamaknya. Ye la, nak jadi haram 3 kali berturut-turut,.. gitu ke?

1 comments:

Snowflake berkata...

Assalamualaikum.
Saudara, teman saya pernah berseloroh dengan saya. Bila ditanya adakah dia sudah solat Zuhur (ketika itu sudah hampir masuk waktu Asar), jawapannya, "saya buat TWO in ONE". Dengan jawapannya, saya pun berseloroh, "boleh ke TWO in ONE?, rasanya macam "mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena.
Walallahualam.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut